Cinta 11

669 34 1
                                    

“ Ini apa?”

 “ Kucing.”

“ Ini?”

Esha mengambil satu lagi cupcake yang lain.

“ Rabbit.”

Jawapan Im itu buatkan muka Esha yang manis berubah stress, kerana apa yang Esha lihat sekarang ini, kedua-dua cupcakes tu mempunyai corak yang sama!   Corak muka beruang, kesemuanya!!Dan Im yang lukis, semuanya!!  Di belakang mereka berdua, budak-budak kecil mulai bermain sesama sendiri,bosan melihat dua orang dewasa ini yang tidak dapat buat keputusan lagi. Cupcakes yang sudah dibakar semuanya masih belum dihias toppingnya. 

“ Takde satu pun nampak kucing, rabbit cam awak cakap tu..”

“ Taklah... ini kucing, ini rabbit.. cuba awak tengok betul-betul..” tegas Im sambil menunjukkan perbezaannya. Satu beruang mempunyai gigi taring, satu lagi mempunyai gigi jongang. Tetapi perbezaan itu tidak mengubah apa-apa, sebab semuanya beruang.. beruang!!

“ Awak tak reti lukis binatang yer?”

“ Reti!!!” marah Im terasa diperendah-rendahkan. Budak umur 5 tahun pun boleh melukis muka binatang yang simple seperti kucing, arnab..Inikan pula dirinya, seorang chef!

“ Jadi lukiskan saya satu muka ayam..” cabar Esha.

Im capai satu cupcake yang belum dihias toppingnya dan dengan piping yang tersedia, dia melukis ayam yang Esha mahukan. Sekejap sahaja dia lakukannya.

“ Nah, satu ayam.”  kata Im dengan bangga,

 Cupcake dengan wajah beruang berparuh itu diserahkan pada Esha. 

Esha tepuk dahi, pening-pening...tapi dalam masa sama tidak dapat menahan tawanya,  lucu dengan Im.

“ Di kafe Adora, corak haiwan, awak buat camne?”

“ Ada cake mould Zarif sediakan.. saya gunakan itu sahaja.. “

“ Ohh.. Jadi mesti Zarif juga tahu yang awak tak reti lukis binatang.. Buta haiwan, hukhuk...   “ 

“ Ha!! Bu.. bu.. buta haiwan?”

“ Saya keluar sekejap belikan cake mould tu.. Awak tunggu sini jap dan ajar mereka lukis bunga ke, daun ke.. anything kecuali haiwan, awak akan buat diorang confius.. “

“ Eh? “

Itu perbualan mereka setengah jam lepas. Kini Esha kembali dengan barang yang dibelinya, dan senyuman yang tak lekang dari tadi. Im.. im... Esha tak sangka di sebalik wajah kacak, perangainya yang tenang itu, terselit kecomelan Im. Im takut dengan budak-budak, Im kelam-kabut, Im tak reti melukis haiwan, Im lucu, lembut hati dan cepat terkejut , meradang macam anak kecil.Tak sangka lelaki yang mencuri hatinya ini, lelaki yang dia  hanya mampu dia pandang dari jauh  kerana terlalu elegant dan misteri;   rupanya seorang lelaki normal yang punya peribadi yang unik. Sisi Im yang lain ini membuatkan dia semakin jatuh hati padanya. Tapi elokkah dia membiarkan perasaannya membuai seperti ini? Sedangkan dia tahu Im tiada perasaan padanya?

Esha sampai tetapi peliknya lot mereka kini penuh dengan gadis-gadis muda, dan cupcakes sudah terjual . Bau cake dan biskut yang enak datang dari bilik khas di belakang lot mereka.  Esha masuk dan lihat budak-budak sudah enjoy membuat cupcake mereka sendiri untuk dijual nanti.

“ Camne awak buat ni?” Esha melihat cupcakes dengan corak haiwan yang betul, tersusun di atas pinggan.

“ Saya bawa pembantu khas dari kafe ...Dia yang lukis topping tu..”  Im tunjuk  pada Ary yang sedang sibuk mengeluarkan cupcakes dan biskut dari oven.  Ary berhenti sejenak untuk berbalas senyum dengan Esha kemudian meneruskan kerjanya.

“ Ary selalu tolong saya  di kitchen dan dia sangat cekap..”

“ Takpe ke? Cam susahkan dia je..”

“ Takpe.. takpe... “ kata Im cuba meyakinkan.

“ Mana ada takpe! Aku ni camne?”Kemunculan seorang perempuan tomboy dengan kedua-dua tangannya memegang aiskrim kon., mengejutkan Esha.  Garangnya...

“ Im!! Pulangkan balik Ary!!” marah Sefarina, sedia untuk mem 'flying kick' Im.

Yerlah, tiba-tiba je Ary hilang masa mereka jalan-jalan di festival ini, rupa-rupanya di kidnap oleh Im.  Im kelihatan tenang, tidak takut  tetapi tidak menjangka yang Sefarina dapat cari lot ini dengan cepat. Cis..

“ Eh.. ni... ni Esha penyanyi lagu CINTA tu kan?”Sefarina baru perasan yang Esha sedang memerhati mereka dengan wajah innocent.

“ Ah.. emm ye saya..”

“ Wahhh!!!” Sefarina terus membuang aiskrim di tangan semata-mata untuk berjabat tangan dengan Esha.

“ Saya minat dengan cik Esha.. kak ipar saya pun minat dengan cik Esha..Cik Esha boleh panggil saya Sef..Selamat berkenalan..”

“ Err.. selamat berkenalan..”

“ Ok, set! “ tiba-tiba sahaja Im bersuara. Apron yang dipakainya ditanggalkan. Dia mendekati Sefarina, memegang bahu Sefarina, memandang mata Sefarina dengan serius..

“ Tolong take over sekejap dengan Ary... ““ Huh?”

Im sengih, memegang tangan Esha dan membawa Esha lari keluar bersamanya. Setelah mereka berdua berjaya meloloskan diri, Im lepaskan tangan Esha. 

“ Haish.. barulah kita bolah berdua-duaan sekarang...”  Im pandang pada Esha.

“ Seperti yang awak mahu.,saya akan temani awak hari ini, menemani awak, melakukan apa sahaja untuk awak.. Hari ini saya kepunyaan awak..”  kata Im sambil kenyit mata, mengusik hati Esha.

Esha keliru kenapa Im tiba-tiba berubah sekelip mata dan dia tidak faham kenapa Im dengan mudahnya mengucapkan kata-kata itu. Namun Esha tidak dapat kawal perasaannya yang semakin berdebar-debar diperlakukan begitu oleh  Im.  Hatinya terus mempermainkannya walaupun dia tahu, sesuatu tidak kena. 

 “ Jadi , apa yang awak ingin lakukan dengan lelaki yang awak sukai ini? ”

Esha terkejut.  Im tahu? Sejak bila?

" Awak cintakan saya..bukan?" kata Im tersenyum nipis.

Adora CafeWhere stories live. Discover now