Esha sedang tidur di meja. Tangan Esha terjulur menampung kepala yang dibaringkan di atas meja dan wajah lena itu comot dengan krim dan tepung. Im yang duduk di sebelahnya , yang sedang merenungnya sejak tadi, tersenyum bila mengingati memori mereka untuk hari ini.
Tepung bertaburan di baju, krim kek tercalit di muka , coklat melekat di apron dan 5 buah kek yang tidak menjadi. Jika Zarif dan yang lain-lain tiba-tiba masuk ke kitchen , mereka pasti akan terkejut melihat betapa bersepahnya kitchen Im ini. Pasti mereka akan menganggap yang Im dan Esha bermain campak-campak tepung, calit-calit kek, lari sana sini; macam kanak-kanak. Dan tanggapan mereka itu tepat. Itu yang berlaku tadi. Im gembira.
Hari ini, Im mengajar Esha membuat kek, tapi apa yang Im ingat cumalah gelak tawa Esha, senyumannya, pipi merah itu, mata itu, bibir itu,perangainya, kecomelannya.. .. dan segala-galanya Esha.. hanya Esha. Mereka bermain-main dan bergurau senda di sini dan Im tidak pernah rasa seperti ini. Gembira, teruja, bebas dan tenang.. seolah-olah hari itu kembali. Hari dimana dia bertemu Esha dan bermain bersama. Hari yang tidak pernah dilupakannya..
“ Mencintai saya dan tidak menyembunyikan perasaan itu. Saya ingin lakukan perkara yang sama untuk awak.... boleh kah?”
Im menyentuh pipi Esha lalu dengan lembut dia mengelap krim di pipi itu. Kemudian, Im meletakkan kepalanya ke atas meja, mengadap Esha yang masih lena. Dia rasa tenang melihat wajah Esha. Walaupun berjam-jam, dia tidak rasa bosan, dia tidak mahu berhenti... dia....
“ Bagaimana saya boleh mencintai orang lain? " bisik Im perlahan.
"Bagaimana saya sanggup katakan yang saya tidak ingat?sedangkan.. ”
Perasaannya ini sedang mempermainkannya.
“ Hari ini.. saya rindukan awak lebih dari biasa..”
Im mengangkat kepala dari meja. Dia merenung Esha yang masih tidak terjaga. Wajah itu sedang tersenyum, bermimpikan yang indah-indah.. Im terfikir adakah dirinya ada dalam mimpi Esha? Jika ada, adakah Im itu jua merasakan apa yang dia rasakan saat ini? Rambut Esha dibelainya dengan perlahan.
Perasaannya ini mendesaknya...menyeksanya..
Dan perlahan-lahan dia mendekatkan bibirnya ke dahi Esha, ingin menciumnya.Namun sebaik sahaja bibirnya begitu hampir menyentuh Esha, Im tersentak...Dia berhenti..
“ Gila.. aku betul-betul dah gila...” Im keluar dari situ.
~~~~~~
“Huarrghhhhhhhhhh!!!”
Esha menguap panjang sambil mengeliat. Bila teringat yang dia masih di kitchen Kafe Adora, cepat-cepat dia control dan memandang sekeliling, khuatir Im ternampak perangai comot dia tadi. Tetapi, Im tiada di situ. Tiada sesiapa di sini kecuali dirinya. Esha memeluk tubuhnya yang terasa dingin dan baru menyedari yang di bahunya ada satu jaket sejuk milik Im.
“ Im?” panggil Esha..
Tiada jawapan. Confirm memang dia seorang diri di sini.. Teruknya Im tak kejutkan dia .. huhuuhuhu...Esha lihat jam di tangannya yang sudah jauh melangkau ke pukul 6.30 pagi... Dia bermalam di sinikah? Mampuslah dia kena bebel nanti dengan Shasha, dah lah hal di Dessert Table hari tu pun belum settle lagi dengan bebelan dan kemarahan Shasha, ni tambah pula dengan dia tak balik malam.. Bernanahlah telinganya lepas ni.. . Esha bangun dari tempat duduk. Matanya ternampak satu teddy bear kecil di atas meja. Esha yakin malam tadi tiada.. Teddy bear coklat dengan subang di telinganya itu Esha ambil dan subang ungu berbentuk rama-rama itu, dibeleknya.. Esha rasa dia pernah lihat subang ini.
'Subang awak tertanggal."
“ Ahh... festival tu....” kata Esha teringat. Ini adalah subangnya yang hilang hari itu.. Im masih ingat? Teddy bear itu tiba-tiba berbunyi bila Esha tertekan perutnya.
“ I Love You...”