My Heart (Hatiku 8) (edited)

994 48 0
                                    


Sejak malam itu, sudah seminggu Ary tidak hadir kerja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak malam itu, sudah seminggu Ary tidak hadir kerja. Nombor telefon yang diberinya pada Zarif pun tidak dapat dihubungi. Dan walaupun aku menunggu dengan setia di luar rumahnya, dia tiada lagi  di situ. Dia telah menghilangkan diri dari aku. Sengaja menjauhi aku.

Memikirkannya, hatiku rasa pedih. Tetapi aku gagahi juga untuk mencarinya, untuk berdepan dengannya.Aku tidak mahu hubungan kami ini berakhir tanpa penjelasan.  Lebih tepat adalah aku tidak mahu kehilangannya!

Ary, apakah kesalahan ku?

Malam itu, adakah kerana aku mencintainya, dia telah membenciku?

**Saya ingin awak jatuh cinta pada saya**

Bukankah itu yang dia beritahu? Dia ingin aku mencintainya jadi kenapa dia melarikan diri dariku, setelah hatiku mengikut kemahuannya? Apa sebenarnya yang Ary mahukan? Aku tidak mengerti.

Ary keluar dari restaurant kak G.Dia memakai hoodie serba hitam jauh berbeza dari imej dirinya yang ku kenali. Secara sembunyi,aku mengekori dirinya.

" Nak hujan ni, kuatnya angin!"seorang remaja perempuan bercakap dengan kawannya. Mereka berdua bergegas untuk pulang.

Aku pandang langit yang kelihatan gelap.  Memang nampak seperti akan hujan. Anginnya pula bertiup kencang, seakan menanti kehadiran ribut.

Ary yang sedang berjalan tak jauh di depanku tiba-tiba berhenti. Dia berpaling menghadapku. Di keliling kami tiada sesiapa, hanya aku dan dia. Perlahan-lahan aku mendekatinya. Dan semakin aku dekat , semakin jelas renungan matanya yang membenci diriku.

" Fuck off, Sefarina!."

Kata-katanya juga tidak lagi seindah dulu. Kasar dan menyakitkan hati.

"Kenapa kau tiba-tiba berubah?" tanyaku cuba memahami.

"Aku tak pernah berubah, inilah diri aku yang sebenarnya. Kau sahaja yang tertipu selama ini."

" Tertipu?"

Dia sengih.

"Tak faham lagi ke? Biar aku beritahu dalam bahasa mudah untuk perempuan bodoh cam kau ni."

Dia mengeluarkan rokok, menyalakannya dan menghisapnya. Kemudian, dia menghembus asapnya ke muka ku. Dia tak ubah seperti seorang samseng.

"Test market. Itu je. Sebabkan aku tak pernah rasa tomboy cam kau, jadi aku try kau. Well, it was fun, tengok kau yang budget ganas tapi cair dengan ayat-ayat manis aku. In the end, kau sama je cam perempuan lain yang pernah aku permainkan."

Pap!

Aku tampar dia. Kuat! Hinggakan rokok yang dihisapnya terjatuh ke tanah.

Dia ketawa.

"Aku expect tumbukan dari kau, tapi rupanya hanya penampar. Kau betul-betul berubah, jadi perempuan yang lem..." kata-katanya terhenti saat
memandang wajahku.

"Aku tak pernah berubah. Ini diriku sebenarnya." kataku sambil mengesat air mata.

" Kau sahaja yang tertipu."

Ary diam.
Anak mata jernih nya merenungku sayu.

"You are so pathetic, Sefarina. Why don't you just get out of my life?"

" It's you that enter my life first. " balasku.

" And i ruined in."

Rintik-rintik hujan mulai turun.

" Ary, malam tu, kau dengarkan my heart? It was beating crazily because of you. Hati ini sudah jatuh cinta dengan kau. Dan walaupun kau beritahu yang kau cuma mempermainkan aku, tapi aku, saat ini, hati ini, masih , sukakan kau. "

"Sefarina, semua ini hanya game. I win and i don't want to play it anymore. How many times do you want me to say this and hurts you?"

Aku diam, menyedari yang walau apa yang aku cakapkan, dia tidak rasa apa-apa. Ary terang -terang tidak pernah mencintaiku. Dari awal lagi semua ini hanya satu permainan baginya. Yang sudah dirancangnya.

Tapi mengapa , dia mengalihkan pandangan nya dariku? Adakah aku terlalu hina di matanya?

"Sefarina, aku tidak pernah sukakan kau."

Mengapa, walau begitu kejam kata-katanya, namaku begitu lembut dalam lafaz katanya? Mengapa raut wajahnya begitu sayu?

Simpati kah?

" Cool, thanks for everything. Game ini sangat seronok and i enjoyed it." 

Pantas aku berlari meninggalkannya. Ary telah membuat keputusan dan aku menghormatinya. Walaupun, hatiku hancur seperti kaca yang berderai.

.................,,

Ary  masih berdiri di situ. Dia mendongak ke langit sambil memejamkan matanya. Membiarkan hujan yang mulai turun membasahi wajahnya. Tubuhnya tiba-tiba dilanggar seseorang.

" Buta ke?!" marah lelaki botak yang mempunyai tatu ular di lengan kanannya. Lima orang temannya yang sasa mengelilingi Ary.

" I'm not in the mood." kata Ary memberi amaran .

Keenam-enam mereka ketawa besar. Belum sempat tawa mereka berakhir, Ary terus menendang perut si botak hingga dia tersungkur. Kemudian dia menghentak muka lelaki di belah kirinya. Bunyi tulang hidungnya yang patah menyebabkan lelaki itu menjerit kesakitan.

Ary senyum sinis.

Seterusnya, tanpa memberi mereka apa-apa peluang untuk mempertahankan diri, Ary terus menyerang mereka . Satu persatu dari mereka rebah ke bumi, mengerang dengan darah di muka dan tulang yang patah.

" Gale!"

Ary berhenti bila namanya dipanggil.

Dalam hujan lebat yang diiringi kilat dan guruh, Ary lihat seorang lelaki  berpayung sedang memerhatikannya dari tadi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Adora CafeWhere stories live. Discover now