Esha leka memerhatikan Im. Dia tidak tahu yang lelaki bila bekerja di dapur boleh kelihatan begitu seksi seperti ini.:D. Apron, lengan panjang yang disinsing ke siku, jemari yang lincah dan selesa membuat decorating icing pada permukaan kek, segala perbuatan Im dan gerakannya, senyumannya dan ketelitiannya begitu indah di mata. Bagaimana Im boleh kelihatan kacak walaupun berpakaian seperti ini, di dapur pula tu!
Esha khayal. Membayangkan Im setiap pagi menyapanya di kitchen dengan sarapan pagi dan kek cherry yang cantik.. . lelaki kacak dan makanan yang sedap, it's like a dream that exist in a fantasy.
" Siap, rasalah.." Im menghulurkan sepotong kek yang sudah siap dipotong pada Esha.
" emm.. ok.." Esha capai garfu lalu dirasanya sedikit kek yang Im sediakan di depannya tadi.
" Sedapnya!!" puji Esha .
Dia tidak pernah rasa kek seperti ini. Sekali lagi dia menyuap masuk ke mulutnya dan kali ini buat tanda good dengan ibu jari.
" Betul?" tanya Im mendapatkan kepastian. Im terus duduk di depan Esha sambil menongkat dagu, memerhatikan Esha yang sedang makan di depannya. Renungan dan mata jernih itu sekali lagi bertaut pada mata Esha. Serta merta, Esha yang tadi lahap jadi segan lalu dimakannya dengan perlahan-lahan dan penuh kesopanan
." Ia resepi baru saya...."
" Resepi baru?"
" Saya chef di Kafe Adora.... " jelas Im memperkenalkan dirinya.
Esha baru perasan yang mereka tidak ada sessi memperkenalkan diri ,tapi boleh berdua-duaan dalam apartment Im, makan kek bersama seolah-olah teman akrab dan ini semua berlaku disebabkan dirinya sendiri. Bila Im menahannya, bila Im mengajaknya masuk,bila semua itu berlaku tadi, serta merta dia bersetuju tanpa berfikir panjang, seolah-olah terpukau dengan Im. Sekali lagi Esha rasa dirinya ni dah tak betul.
Sebaik sahaja mereka masuk, Im kata dia sedang buat kek dan terus menyambung kerjanya dengan membiarkan Esha sebagai pemerhati. Mereka tidak bercakap apa-apa, dan inilah perbualan pertama mereka.
" Waaahhh... Kek ni sedap sangat!" puji Esha sekali lagi, tidak tahu hendak cakap apa lagi. Hatinya berdebar-debar, setiap kali Im memandangnya dan bercakap dengannya. Im yang seolah-olah tahu keadaan Esha, beredar dari Esha, terus membuat jus dari buah mangga yang dikeluarkan dari peti ais.
" Awak minum jus?"
" Em! " sahut Esha sambil memandang Im yang sedang menyediakan minuman untuknya. Tubuh Im membelakangi Esha dan Esha hanyut kembali dalam khayalannya. Kenapalah walau hanya memandang tubuh Im dari belakang, dia masih merasakan debar di hatinya? Kenapa Im terlalu elegant?Susuk tubuh itu, ketinggian itu, suara itu.... Seriously, dia dah angau.. too much..
" Awak tak takut ke?" tanya Im tiba-tiba.
" Takut apa?"
" Dengan 'mata' yang melihat.. Khabar angin mungkin tersebar.. "
Esha tidak mengerti.
" Tajuknya mungkin ... emm... Artis Esha bersekedudukan tanpa ikatan dengan teman lelaki.." Im meletakkan gelas juice mango di depan Esha, kembali duduk di depan Esha. Rupanya Im kenal siapa dirinya..
"Bila saya mengajak awak masuk tadi, awak patut menolaknya...Imej awak.." kata Im lagi.
" Saya tak takut! Buat apa saya nak takut jika ia tidak benar. Jika ia benarpun, saya masih tidak takut kerana tiada apa yang saya hendak sembunyikan, jika itu kebenarannya." potong Esha dengan tegas.
Raut wajah Im berkerut saat mendengar kata-kata Esha. Tidak disangkanya, gadis yang kecil molek ini berfikir seperti ini.. Keberanian untuk memperjudikan imej nya dan popularitinya.. Disebabkan pendiriannya itu, dunia hiburan akan berlaku 'kejam' padanya, menjadikan kenaifannya sebagai alat untuk dipermainkan.. dan peliknya Esha tidak gentar untuk terus berada dalam 'dunia' ini..
" Awak sangat menarik..." puji Im.
Kata-kata itu dan renungan itu, buatkan Esha terkedu. Im kelihatan seolah-olah sedang tertarik pada dirinya..Bibir itu yang menguntum senyum pula seolah-olah mengusiknya. Esha tunduk malu dengan perasaan yang semakin terpaut pada Im.
"Cakaplah apa yang bermain di fikiran awak. " arah Im lembut.
"' Huh?"
"Sudah beberapa kali kita terserempak, awak kelihatan seperti hendak memberitahu saya sesuatu..apanya?"
Beberapa kali? Jadi adakah ini bermaksud Im perasan Esha pernah terserempak dengannya 3x? Jika Im ingat setiap kali pertemuan mereka itu, adakah ini bermaksud yang Im tahu Esha tahu hubungan Im dan Faza?
" Atau mungkin awak hendak bertanya sesuatu. Setelah apa yang awak lihat dan dengar." kata Im lagi, bagai membaca fikiran Esha.
Esha serba salah, tapi memang ini yang bermain di fikirannya sejak beberapa hari ini... walaupun Faza sudah menjelaskannya, tetapi dia ingin mendengarnya dari mulut Im sendiri.
" Apa hubungan awak dengan Faza?"
Im terdiam seketika.
" Ia seperti apa yang awak dengar dari Faza.. I'm just a delivery guy.. Kami tiada apa-apa hubungan."
Jawapan Im itu tidak mengembirakan Esha.Kerana walaupun Im menafikannya, tapi nada suaranya dan kemuraman di wajah itu gagal disembunyikan. Esha dapat lihat dengan jelas yang Im sedang membohonginya.. menyembunyikan kebenaran yang dirinya dan Faza adalah pasangan kekasih. Kebenaran yang Im amat mencintai Faza dan sanggup melakukan apa sahaja untuk Faza walaupun ini bermaksud dia akan hidup dalam bayang dan cinta mereka hanya wujud dalam rahsia.
" Ahh...begitu rupanya... "balas Esha sedikit kelat cuba tersenyum walaupun hatinya rasa kecewa. Jadi inilah kebenaran Im , cinta Im.. Tidak akan ada ruang bagi Esha di hati Im. Esha tidak mahu mengharap lagi.
Esha memotong satu keping kek lagi. Dia tidak mahu cakap apa-apa lagi, hanya ingin menyumbat mulutnya dengan makanan yang manis dan melupakan Im dan semua perasaannya pada Im.
Dia suka pada Im, jatuh cinta pada Im tapi bukannya mencintai Im.Esha yakin perasaan dan debaran ini hanya satu permainan hati yang datang sekejap untuk mengusik.
" Esha..." panggil Im.
" Hemm......"
Esha jawab dengan mulut yang penuh dengan kek tetapi tidak memandang Im. Tiada lagi rasa segan silu control control ayu. Dia tidak mahu menganggap Im special, dia perlu tukar mindsetnya sekarang juga, Im... BUKAN SPECIAL. DIA TAK JATUH HATI PADA IM.. DIA TAK SUKA IM Pun...
" Sedap sangat ke?" tanya Im.
Esha angguk kepala laju-laju, masih tidak memandang Im. Mulutnya masih disumbat dengan kek, tanpa henti. Gayanya seperti seorang yang merajuk, atau marah... tapi taknak cakap apa-apa. Seperti budak kecil yang mengamuk..Esha tidak mahu tunjukkan perangai ini pada Im, tapi dia tidak juga mahu berbual lagi dengan Im. Esha ingin pulang.
Melihat itu, Im merapatkan diri pada Esha, memegang dagu Esha dan mendonggakkan wajah Esha. Dengan ibu jari, Im mengelap krim yang comot berada di atas bibir Esha..Lembut dan perlahan. Mata mereka bertaut. Kemudian, Im menghisap krim di ibu jarinya itu.
Esha rasa terkejut.
"Emm... krim ini terlalu manis.Mungkin saya perlu tukar resepinya?"kata Im berfikir. Dia memandang Esha yang tiba-tiba kaku macam patung.
" Kenapa?" soalnya seolah-olah dia tidak faham , tetapi renungannya bagai sedang mengusik Esha.
Esha pantas bangun dengan menutup kedua belah pipinya. Pipinya terasa sangat hangat, sangat merah dan dia tidak mahu Im melihatnya , mengetahui yang dia jatuh cinta pada Im.. sangat menyukai Im...dan dia tidak mampu mengawal perasaannya lagi...
Esha terus keluar dengan debaran hati yang semakin kuat.
Im yang ditinggalkan berseorangan, tersenyum sendiri.
" ...menarik." katanya sendiri.