Cinta 25.5

620 39 0
                                    

Telefon bimbit Shasha tidak henti-henti berdering.Berpuluh-puluh sms diterimanya; sampai penuh inbox. Tapi yang paling merisaukan adalah Esha yang tidak gelisah walaupun kariernya sedang berada di hujung tanduk. Imejnya telah dicalar teruk oleh Faza. Jika dibiarkan , Esha tidak mungkin dapat kembali ke dalam industri ini.

“ Tengok gambar ini, Ini superimpose!  Fitnah! Faza tu memang tak guna!” marah  Shasha. Mengoyakkan gambar Esha berpesta arak itu. Kemudian satu-satu artikel fitnah lain dibacanya. 

“ Aku pasti akan saman semua orang yang terlibat ini!  Terutama si Faza tu!” Shasha terus membebel dan naik berang. Esha pula tiada reaksi. Dari tadi, dia hanya duduk di sofa nemerhatikan Shasha dengan wajahnya yang tidak bermaya. Sejak Esha balik dari playground itu, Esha seolah-olah mayat hidup, tidak berperasaan, tidak bercakap. Matanya tidak lagi galak dan ceria., bibirnya tidak lagi tersenyum..Dia makan cuma setakat alas perut dan setiap hari Esha hanya duduk berbaring di sofa, hanyut dalam apa yang bermain  di fikirannya. Perkara yang berlaku malam itu juga Esha tidak pernah bercakap mengenainya.

“ Lihat ini, gambar kau dengan seorang lelaki keluar dari sebuah kafe pun diorang nak jadikan gossip!! ” 

Esha mengambil artikel itu dari Shasha. Dia membeleknya dengan risau, memastikan sesuatu.  Lelaki itu adalah salah seorang pelanggan di sebuah kafe yang dilawatinya di China dua bulan lalu.. Pelanggan itu terselit gambarnya seolah-olah sedang berjalan keluar dengan Esha walhal mereka hanya berselisih, tanpa kenal satu sama lain.

“ Ah.. selamat bukan Im dan Kafe Adora..” Raut wajah Esha bertukar lega.  “Aku tidak mahu dia diganggu media disebabkan aku nanti.. ”

“ Kau masih ada hati fikirkan tentang Im? Setelah apa yang dia lakukan pada kau!”

Esha tidak membalas kata-kata Shasha yang benar itu. Ya, dia masih fikirkan Im, walaupun setelah apa yang berlaku.. dia masih tidak dapat lupakan Im, Dia masih sukakan dan cintakan Im.  Bezanya kali ini dia kekal dengan realitinya ; membawa memori Im di hatinya;  terluka dan kecewa dengan cinta ini.

“ Kau sedar tak situasi kau sekarang ni Esha? Kau mungkin takkan dapat menyanyi lagi! Kita kena buat sesuatu tentang gosip dan masalah ini...”

“ Aku tidak kisah.. Biarkan sahaja..“

“Esha!”

“ Aku tidak mahu lagi menyanyi..” Wajah Esha kekal tidak berperasaan.

Shasha tahu Esha tidak bermaksudkannya!  Nyanyian adalah kehidupan Esha, Shasha sendiri lihat bagaimana Esha berusaha untuk mencapai tahap ini jadi bila Esha beritahu dia ingin berhenti, Shasha tidak mahu mempercayainya. Shasha percaya Esha cuma dipengaruhi kepiluan lalu membuat keputusan yang tidak betul.  Bunyi loceng pintu menganggu mereka.

“ Wartawan dah tahu ke kita kat sini?”  tanya Shasha khuatir untuk membukanya. Esha bangun dan berjalan ke arah pintu. “ Esha, jangan buka!”

Pintu terus dibukanya, tanpa mempedulikan larangan Shasha dan sebaik pintu terbuka, Im meluru memeluk Esha.

“ Syukur awak tidak apa-apa!”

Esha tergamam, tidak bergerak, membiarkan tubuhnya dipeluk Im.

“ Saya risaukan awak..Saya tahu kehadiran saya tidak akan membantu mengembalikan apa yang awak telah hilang.. Ia juga tidak akan mengubah apa-apa.. tetapi, saya tetap ingin berada di sisi awak.. to be your shoulder to cry..." sambung Im lalu Esha memeluk Im dan dia menangis sekuat-kuatnya.

~mengapa aku ingin berada di sisinya... saat ini.. aku tidak tahu ~Im mengeratkan pelukannya. 

Adora CafeWhere stories live. Discover now