Cendana 2

988 52 2
                                    

“ Demam dah kurang dah.. “ 

Ary mengalihkan tangannya dari dahi Fai, check suhu badannya.  Fai tarik hingus kemudian bersih 3 kali.

“ Kau takyah gi kerja lagi hari ni. Nanti aku beritahu boss.”

“ Beritahu boss, esok kompom aku masuk.” janji Fai, sambil sengih memanjang. 

Ary senyum, demam-demam pun gembira jer mamat ni. Dia memastikan air kosong dan ubat Fai diletak di sebelah katil Fai, bersiap-siap dan barulah keluar. Fai bertuah mendapat roommate seperti Ary yang sentiasa ambil berat dan tolong menolong akan dirinya yang sebatang kara-eceh... Lepas  Ary perjelaskan kisah dan siapa dirinya pada mereka , mereka semua tiada  masalah menerima Ary dalam hidup mereka, no hal.. semua orang punya masa silam, punya rahsia,.. Im ada, Zarif ada, dirinya pun ada.. ahh.. emo pula dia hari ini.  Lagipun setiap orang ada rahsia sendiri.. tidak adil kita menghakimi mereka disebabkan itu

Lepas hal itu, Zarif cadangkan Ary untuk tinggal bersama Fai. Kafe Adora menyediakan tempat tinggal  untuk pekerja, dan sebelum ini hanya dia seorang tinggal di apartment 3 bilik ini . Pastry chef; Im, tinggal sendirian sebab dia sudah mempunyai rumah sendiri. Bila Ary jadi roommate dia, tidak lah  terasa sunyi sangat apartment ini. Bila sakit-sakit begini ada teman yang menolong, bungkus makanan dan pastikan dia makan ubat.  Fai memang liat sikit nak makan ubat, tapi Ary tegas, so nak-nak taknak ditelan gak ubat doktor.  Dalam 3 hari jer, demamnya dah kebah, selalunya lama.

Haish cakap pasal demam, ni semua gara-gara dia kena hujan hari tu, si Dana tu nak satu cake yang ingredient nya dah abis, so nak taknak dia kena jadi runner ambil satu ingredient tu dari kedai supplier yang berdekatan 2 blok jer, tapi bile nak balik dari sana, hujan turun mendadak, habis kuyup die.. Ishh.. Fai bangkit dari katil, dia tak rasa nak lepak sorang-sorang kat rumah ni. Demam pun dah kebah.. Baik dia lepaskan rindu pada kekasih hati intan payung dia. Lepas bersiap-siap, Im keluar dan kunci pintu.

~~~~~~

“ Selalu juga datang tengok ini motor.. tak boring ke?”

Tegur mekanik yang badan sasa ala-ala juara angkat berat . Fai gosok-gosok Superbike Kawasaki R6 -600cc, warna merahnya sambil diperhatikan mekanik yang dipanggil Abang Tot. 

“ Rindulah bang..satu hari tak tengok dia, tak lena tidur saya bang.. “

“ Mengalahkan orang dilamun cinta.”

“ Memang dia sweetheart intan payung saya ni.. hehehe..” balas fai sengih-sengih cam kera busuk.

“Tau tak bang camne saya nak dapatkan dia ni? 2 tahun bang, saya makan maggi dengan biskut kering jer.. cut cost gile-gile, baju pun tak tukar-tukar bang 2 tahun.. fuuhhh... gila tak, gila tak?” cerita Fai.

“ ha memang gila..  bile nak bawa gf ko ni kuar bengkel?. Dah sebulan dok kat sini..”

“ Hehehehe....hujung bulan lah bang, time gaji nanti saya bayar..sekarang takde duit ni.. “

“ Yolah... tu jer kojo ekau slalu simpan kek bengkel aku ni sampai berkulat, selamat aku tak cas ko per malam cam hotel tu tau..”

“ Hehehe..... “

Abang Tot tu senyum sahaja. Dia dah biasa dengan Fai dan sudah beberapa kali Fai datang sini servis motor dia,sejak dia beli motor itu.. Malah dia dah anggap Fai cam adik sendiri dan dia tak kisah sebenarnya nak baiki motor Fai secara percuma. Tapi Fai tolak mentah-mentah niatnya, katanya dia akan bayar sendiri, dengan usaha sendiri,.. camtu lah..Walaupun Fai tak kaya, tapi dia tidak suka berhutang.. dan sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf hidupnya. Bila dia nak sesuatu, dia akan lakukannya. Contohnya motor ni, dalam 2 tahun tu, Fai buat banyak part time, kerja salesman dan lain-lain,.. nak dikatakan setiap waktu terluangnya digunakan untuk buat kerja dan menambah pendapatan. Akhirnya, dia dapat beli motor impiannya ini.

Susah nak jumpa budak lelaki sepertinya, sebab itu Abang Tot suka melayan Fai. Walaupun hidup susah, Fai ni sentiasa positif.

“ Saya akan berdiri dengan kaki sendiri..”

 

Itu trademark Fai dan kata-katanya .

“ Oklah bang.. saya blah dulu.. sok saya datang lagi hehehhe. Abang jaga motor saya leklok yer..  saya sayang awak 200%  .”

Fai melambai  dan meletakkan  kedua belah tangannya ke atas kepala, membentuk rupa love, sempat bergurau .Abang Tot senyum sambil geleng-geleng kepala.. Fai.. Fai... ada-ada saja..

~~~~~~~~~~~

Fai mengira duit dalam dompetnya yang nipis. Ada 30 ringgit jer? Waktu beginilah dia harap sangat gaji masuk awal, letih nak makan maggi jer tiap-tiap hari. Orang sakit mana boleh makan maggi.. huhuhuh... Fai mengambil sebungkus Mi Sedaap dan satu aiskrim magnum Gold. Dia membayar kesemua barang itu di kaunter. 

“ Orang sakit kena makan aiskrim, baru sihat.. hehehe...” di depan KK MART, dia membuka bungkusan askrim magnum laju menyuap masuk ke dalam mulut. Ahhh nikmatnya, lupa sekejap yang dia baru kebah demam. Sambil berjalan menuju ke perhentian bas, sambil itu otak laju berkira-kira camne nak dia jimatkan budget bulan depan lepas bayar motor.

Pon!!Pon!! Pon!!! Bunyi hon bertalu-talu mengamit suasana yang tenang. 

Fai perhatikan 3 kereta  yang membunyikan hon bertalu-talu pada sebuah kereta merah Audi R8 yang parking senget dan menghalang jalan. Memang lah jalan ni tak sesibuk jalan lain, tapi ada kereta yang menggunakannya, dan bila ada orang yang jenis tak reti bahasa camnie parking menghalang laluan jalan, memang kurang ajar lah.

Fai jilat aiskrim sambil perhati dari dekat, menanti siapa pemandu kereta mewah ini..  Kalaulah dia jadi dalam situasi ini.  dia dah langgar kereta ini, takpun calarkan sahaja. Camne ambik lesen ni, parking senget, makan jalan.. apa ingat ni jalan mak bapak dia punya? Selamatlah dia bukan pemandu yang terperangkap ni, dan selamat ada aiskrim yang sejuk dapat meng cool kan dia.

Setelah agak lama juga, barulah keluar seorang perempuan dari sebuah butik baju mewah dan dengan lenggang kangkung dan catwalk nya, dia menuju ke keretanya. Oo... owner perempuan rupanya.  Fai perhatikan sahaja, susuk tubuhnya, fesyen , gayanya dan hentakan kaki yang kuat dan tinggi tu, cam kenal. Tubuhnya dilanggar oleh seorang budak remaja lelaki dan kawannya yang mengekori perempuan itu.. Aiskrim yang dipegangnya terjatuh, tapi  Fai tidak kisah sebab dia pun rasa dah tak selera nak habiskan aiskrim.

“ Oooo... padanlah.. dia rupanya.. ”

Dana masuk ke keretanya dan sedikitpun tidak rasa segan, atau minta maaf pada pemandu-pemandu yang terganggu disebabkan diri dan perangainya. Egonya setinggi hentakan kakinya. 

Fai meninggalkan tempat itu, cool dan rileks..not my problem.. 

Adora CafeWhere stories live. Discover now