Arghhh!!!!
Zarif menjerit sekuat hatinya. Kepalanya pening dengan permintaan ibunya semalam. Baginya permintaan itu tidak rasional, ianya satu kegilaan yang tidak mampu dia penuhi. Sukar, mustahil, tidak mungkin!Arghh!!! Sebolehnya dia ingin menjerit sekuat hatinya, biarkan café ini bergegar. Biarkan…Arghh!!!
Pap!!
Berdegang gegendang telinganya dan serentak kepalanya terasa sakit.
" Bising saje!! Larilah pelanggan nanti!" marah Im. Di tangannya terdapat sebuah dulang yang digunakan sebentar tadi untuk mengetuk kepala Zarif yang keras dan dalam kebingungan itu. Dia membetulkan kaca matanya dengan air muka yang langsung tidak bersalah memperlakukan pengurus, bos dan pemilik Kafe Adora sebegini rupa.
" Auchh… " lambat pula tindakbalas Zarif ini. Kepalanya digosok-gosok; berpura-pura macamlah sakit sangat seperti dihempap batu 10 kg. Im tidak peduli. Sebenarnya, Im memang sentiasa tidak peduli dan mukanya yang serius tidak berperasaan itu selalu menyakitkan hati bos, rakan sekerja, sahabat handai, semua orang.
"Im… berani kau buat bos kau macam ini…grrr...." gertak Zarif.
" Heh." Seperti biasa, Im tidak peduli, sebaliknya sempat meng'heh' kan Zarif. Tidak langsung tercabar atau tergugat ; sebaliknya Zarif yang rasa tercabar diperkotak-katik oleh Im.
" Im…… " panjang sahaja nama Im di sebutnya. Geram ni.. geram…O-O
" Bos!! Apsal bos!!? " Fai kelam kabut mendekati bos nya itu." Im.. buli..huhuuhu…" adu Zarif sambil mengosok-gosok matanya meniru gaya budak kecil yang dibuli. Dia menyorok belakang Fai,kunun cute la tu.. Sempat dia menjelir lidah pada Im, mengajuknya. Ini menyebabkan Im lagi bertambah baran melihat kelakuan tidak matang Zarif itu. Rasa hendak dihentaknya bos dia ni dengan tray untuk kali ke-2. Ya, hentak…hentak.. hentak.. bos ngada-ngada ini. Zarif sengih seakan tahu apa yang difikirkan dalam kepala hotak Im tu. Nak hentak aku le tu… wek, dia terus berulang kali menjelir lidah dari belakang Fai.
" Im!! Meja 12 nak ambil order!" panggil Ary yang sedang sibuk mengambil pesanan dari meja lain. Hari ini terlalu ramai pelanggan, sampai tak cukup tangan Ary dibuatnya. Sampaikan chef Im diorang ni pun kena buat keja juga.
" Shoh… shoh… gi amik order…shOh…" kata Zarif meng'halau'.ala-ala kucing. Berkerut jer muka Im menahan marahnya yang tersindir. Fai menyabarkan Im yang seolah-olah gunung berapi yang hendak meletup. Payah betul melayan 2 ekor ini terutama si boss yang suka menyakat Im dan selalu buat Im marah-marah dengan usikannnya. .
"Huh…" Im beredar akhirnya walaupun masih tidak berpuas hati.
" Yeah!! Kejayaan! Kejayaan kali ke 55!! "
Zarif menyambut kejayaannya itu dengan mengipas-ngipas kipas kertas pada dirinya, siap baling kertas-kertas kecil bewarna warni, macam parti akhir tahun. Fai tertanya-tanya manalah boss dia dapat benda-benda ini, selalu sangat dibawanya.
" Boss, apsal tadi. Panjang jer keluhan?."
Zarif dah agak dah Fai yang sangat prihatin ini akan bertanya. Oohh… Fai…tidak sia-sia dia mempunyai Fai yang prihatin, mengambil berat dan comel di Kafe ini.. Ecehh...
" Haish… Umi aku buat satu permintaan la…susah…susah…" Kipas kertas yang dibelinya dari kedai kraftangan jepun disimpan ke dalam jaketnya. Kali ini Zarif kembali serius. Dia duduk dengan muka yang serius. Senyuman dan perangai anak-anaknya tadi terus hilang.
" Apa permintaannya??"
" Umi nak aku bawa bakal isteri dalam 2 minggu ini, untuk kenalkan pada satu family. Susahler, aku kan free,sexy and single . Kalau aku gagal penuhi permintaannya.. Umi ugut nak amik alih café ni dari aku… uWa!!!…… Fai!!….." Zarif memandang Fai dengan matanya yang berkaca-kaca air itu, mengharap simpati dan sokongan dari Fai.
" Ya… I sayang you juga.. Nanti malam ya.. Love you…" Fai tersengih-sengih melayan Dana, teman wanitanya di talian..Rupanya dia langsung tidak dengar dan memberi perhatian pada luahan hati Zarif yang emo itu.
" Fai-sal Fakh-ran!!" Tinggi jer suara Zarif menyebut nama Fai. Telefon bimbit dimatikan.
" Hehe….." tersengih-sengih Fai macam kera busuk.
"Kamu mempermainkan jiwa raga aku yer.."Fai masih tersengih.
" Kemas semua ini, sekarang!" kata Zarif secara garang sambil merujuk kepada sampah kertas kecil bertaburan di lantai yang dicampaknya tadi dalam pesta yang dilancarnya sendiri.
" Dan minggu ni... ..kau cuci toilet ~"
Tidak!!!!!! Fai rasa nak menjerit. Zarif ni bos yang kejam. Kekekekekek…~ Zarif ketawa jahat
Hahahaahahahaah…;~~
Nota kaki : Sehari dalam hidup Zarif sebagai boss Kafe Adora ~