Aku berjalan sambil menendang batu-batu kecil di jalanan. Sekarang pukul 6 petang, dan aku dalam perjalanan balik ke rumah selepas habis mengajar di kelas tusyen. Yep, sepanjang cuti semester ini, aku buat part time mengajar tusyen untuk pelajar tingkatan 3. Selain itu, aku juga menolong Zarif di kafenya- Cafe Adora. Bz kan aku? Hmm~ Cafe Adora.
Apa yang menarik tentangnya?
Well, ia diinspirasi dari kafe di japan. Sebuah kafe yang menghidangkan dessert seperti kek, teh, coklat dan ice-cream. Ia juga diterajui oleh pekerja-pekerja yang mempunyai paras rupa, or in english - good looking man.
Disebabkan itu, cafe ini cepat menjadi terkenal di kalangan gadis remaja dan golongan wanita, Boleh dikatakan terus viral la.
Tiba-tiba aku teringatkan jejaka semalam.
Jejaka yang mengundang kekecohan semalam.
"Seriousla apa kena dengan aku ni!" rungutku. Ini dah kali ke 27 , aku teringatkan dia dalam satu hari ini. Apa tak kena dengan aku ni!
Hampir gila aku teringatkan dia. Dari pagi sampai ke petang. Setiap kali aku terfikirkan cafe Adora, aku lihat wajah dia. Dan setiap kali aku sendirian seperti ini, mesti dia akan bermain-main di fikiranku.
Wajah dia, sosok badannya, suaranya, segalanya tentang dia menghantui aku. Sedangkan aku dan dia tidak berkenalan pun semalam.
Dia hanya datang sebagai customer, makan dan kemudian blah.
Itu pun dah boleh buat aku tak keruan seperti ini.
Angau kah ini?
Dah 21 tahun aku hidup, ini ke angau?
Jap, aku masih mandi basah, makan masih lalu, tidur agak lena , so takde ler angau mana pun kan?
Aku sentuh dada yang berdegup kencang.
Ia masih tidak keruan. Hanya memikirkan tentang dia, hati ini terus berdegup kencang, mengila.
Itu sahaja, yang ini sahaja masalahnya. Hati ini.
' No problem! This will pass. Yarghhh!! !" aku berteriak dengan penuh semangat. Bagai budak junior taekwando, semasa aku menjadi instructor di universiti.
Sekumpulan burung merpati yang sedang berehat di tiang, terus berterbangan melarikan diri, terkejut dengan jeritanku.
Aku sengih.
Hati terasa lebih lega.
Sambil mengalas beg sandang, aku menuju ke port rahsiaku. Lokasinya adalah di puncak bukit belakang taman dekat-dekat sini. Di situ terdapat satu pohon rendang dan besar . Di sana aku dapat melihat sebahagian bandar ini. Dan paling penting, dapat lihat Kafe Adora dari situ.
Sebaik sampai di situ, angin yang bertiup nyaman, menyambut kehadiran aku. Membuatkan aku tidak sabar untuk lepak-lepak di bawah pokok sambil main psp.
Tetapi langkah aku mati.
Cis, ada orang lain pula berada di sana!
Dia berpakaian serba hitam, berdiri membelakangi aku. Aku lihat dia seakan merenung jauh ke arah Kafe Adora. Kelakuannya mengundang rasa ingin tahu lalu aku menghampirinya.
" Woi!" panggil ku.
Dia menoleh dan secepat kilat aku membelakanginya.
"Alamak! Lelaki Kafe hari tu!" jerit aku dalam hati.
Kenapa? Kenapa dia ada kat sini pula?
Nak je aku pecut melarikan diri dari sini, tapi nanti dah nampak macam orang tak betul pula. So. better aku relaks , jalan dan blah dengan relaks dan cool.
Itu perancanganku.
Tetapi belum sempat aku berbuat apa-apa, bahu ku ditepuknya perlahan.
Terkejut, bukan sebab dia tiba-tiba menepuk aku, tapi disebabkan sentuhannya membuatkan darahku berderau naik, dan hati ini berdetak macam di serang heart attack. Seluruh anggota badanku terasa longlai.
Aku menoleh padanya dan lihat wajahnya begitu dekat, begitu hampir dengan diriku.Anak matanya yang bewarna coklat keperangan merenungku tajam
Dup dap...
Sekali lagi aku dapat dengar degupan jantung ini,yang semakin kuat.
Badan ini terus kehilangan keseimbangan dan dalam keadaan itu,entah bagaimana aku dan dia terhantuk kepala.Kami berdua jatuh dengan masing-masing terduduk sendiri.
" Argghhhhhhh!!! " jerit aku sambil mengosok dahi yang bergema sakitnya.
Jeritan aku yang ala singa betina mengaum itu mengejutkan dia .
Aku juga terkejut. Sebab untuk kali pertamanya, aku baru sedari yang aku ni kasar gila. Aku gigit bibir bawah, rasa malu. Pertama kali aku terasa self- conscious.
Dia menggosok -gosok dahinya yang sakit. Disebabkan kulitnya yang putih bak Izzue Islam tu, dahinya jelas kelihatan merahnya.
Aku tertanya-tanya bagaimana seorang lelaki boleh seputih salju ini? Jika snow white adalah lelaki, dia adalah snow itu.. fikirku.
Aku memerhatikannya.
Dia dalam keadaan sakit, terkejut, mungkin juga takut. Jeritan dan kekasaran aku menakutkannya. Reaksi wajahnya sudah menceritakan semuanya.
Aku sedar kesalahanku.
" Maafkan saya , awak tak apa-apa ke?" Itu yang patut aku ucapkan padanya, tapi yang keluar dari mulut ini.
" Bodoh ke?!!" aku mengamuk.
Oh my...(=_=;;)