Dengan sweater kelabu yang dua kali ganda besar saiznya, hood yang menutup sepenuh kepalanya, Esha duduk di tempat yang sama. Satu-satunya tempat dining yang tersembunyi dari pandangan khalayak ramai tetapi mempunyai pandangan dan laluan mengadap kitchen. Dari situ,dia dapat lihat jelas akan tingkap kecil kitchen itu. Dan di situ, dia dapat lihat Im yang sedang membuat kek dan pastrynya di dapur.
Sebelum mulakan hari dan sebaik menerima order yang pertama, Im akan makan coklat mint yang dibuatnya sendiri.. Kemudian, bila dia leka menyiapkan kek, tanpa sedar Im akan bersiul. Im tidak suka dipanggil ke depan, jadi bila ada pelanggan request untuk bertemunya, dia akan senyap-senyap menghilangkan diri. Lokasi persembunyian adalah dalam toilet.
Dan jika dia terpaksa berjumpa pelanggan di depan, dia akan menjadi lelaki paling gentleman dan sweet tutur katanya. Mulut Im akan muncung bila cuba sembunyikan rasa malunya saat menerima pujian dan bila Im membaca dokumen, dia sering bermain dan gigit pennya.
Esha tersenyum bila mengingati semua itu. Sudah berapa kali dia ke sini? Hmm..tidak terkira.. Sudah berapa kali mereka berjumpa dan berborak selepas peristiwa di festival hari itu? Kosong..
“ Special dari chef kami..” Ary datang dan meletakkan satu keping kek yang cantik pada Esha. Kek yang tiada dalam menu hari ini, kek yang Im buat khas.
“ Terima kasih..” Setiap hari, kek yang berbeza.. special dari Im.
Esha pandang ke arah kitchen dan lihat Im sedang memerhatikannya dengan lirikan mata yang mengusik dan senyuman yang memikat, kemudian Im kembali pada kerjanya, seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Esha tertunduk malu, dia mendengar degupan hati sendiri yang rancak..Dia mengosok-gosok kedua-dua pipinya, cuba mengurangkan kemerahan yang semakin jelas. Ya, setiap hari,Im akan buat dia begini.. dan dia hanyut dalam senyuman dan kenakalan Im. Esha menyuap masuk kek ke dalam mulutnya. Manis.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Zarif perhatikan mereka berdua. Bukan hari ini sahaja, tapi setiap hari. Sambil mengelap gelas dari kaunter display, pandangannya tidak pernah lari dari memerhatikan gelagat mereka. Gadis dalam sweater besar itu Esha, dan Im...
“ Is he ...flirting?”
“ Sapa boss?” sampuk Fai yang tiba-tiba muncul dari belakang. Hampir-hampir sahaja Zarif terlepas gelas di tangan.
“ Kau ni! Kalau pecah gelas kesayangan aku ni... “
“ Tapi tak pecah kan.. Sef pecah lagi banyak.....”
Zarif peluk leher Fai ala-ala wrestling, kemudian bila Fai mengaku kalah, baru dia lepaskan. Fai kembali membuat kerjanya dan Zarif memandang ke arah kitchen lagi, pada Im yang sedang menyanyi-nyanyi dan leka. Sudah lama dia tak lihat diri Im yang seperti ini. Dahulu , Im tidak suka dirinya diperhatikan oleh pelanggan dari tingkap kitchen tu... dia akan mengelak berada di situ.. Jarang sekali mereka dapat lihat Im dari situ. Tapi kini, di situlah Im akan berada. Malah, Im sejak akhir –akhir ini lebih ceria , lebih banyak bergurau, lebih open dari biasanya yang tegas, dingin, garang, gila kerja, kijam..ok yang kijam tu sengaja Zarif tambah. Tapi ini bukan selalu yang berlaku!. Im sudah lama tidak ceria dan open seperti ini.
“ I’m happy , you know...” Itu ayat Im bila dia tanya perubahan diri Im itu.. Happy? Sudah Lama dia tidak mendengar ayat happy itu..sejak 5 tahun lalu. Semua ini Zarif perasan sejak kehadiran Esha di kafe Adora.
Memang Im tidak bercakap dengan Esha, tiada komunikasi antara mereka tetapi Zarif dapat lihat dari mata Im yang kerap memandang Esha, senyuman yang sentiasa terlirik di bibirnya dan Esha yang kelihatan segan setiap kali mereka bertentang mata. Zarif yakin ada sesuatu antara mereka. Dan di mata Zarif, ia kelihatan seperti Im sedang mengusik Esha.. Hanya mengusik tidak lebih dari itu.. dan Esha, terang-terang dia dapat lihat , Esha ada perasaan pada Im.. ia lebih dari suka... lebih dari itu... cinta?
“ Cinta? Aku tidak berminat dengan benda tu.. It’s bullshit..” kata Im sambil bermain PSP.
“ Sebabkan kau tak pernah mengalaminya, kau ambil mudah tentangnya..”
“ Jadi kau pernah mengalaminya?” Soalan Zarif buatkan Im tersenyum sambil tertunduk.
"So, tell me Mr Love... apa itu cinta?” soal Im, berminat. PSP dimatikan.
“ It’s a precious feeling.. That you won’t realise when you had it.. ”
“ Ceeehhhh...”
“ Im, bagi aku cinta adalah perkara paling indah. Jika kau dapat merasainya.. kau akan hargainya lebih dari segala-galanya seperti aku. Dan bagi aku...”
Perbualan dengan Im satu hari dulu, bertahun dahulu, ketika mereka sama-sama belajar di Jepun, mengetuk memorinya. Im bukan lelaki yang ambil mudah tentang cinta, jauh sekali mempermainkan cinta orang lain.. jadi kenapa? Betulkah ini hanya satu permainan ?
“ Dan bagi aku... aku hanya ada satu cinta...hanya satu..”
Zarif renung Esha yang sedang menikmati kek special Im itu. Zarif risau. Ada sesuatu tidak kena, dan antara mereka, seseorang akan terluka.