Puteri Lindungan Bulan 8

645 36 0
                                    

"Bismillahirahman nirahim... !!"Semangat Fai hendak menjamu selera. Makanan yang dibawa oleh Putri semuanya sedap-sedap, semalam nasi tomato ayam madu, dua hari lepas lasagna dan spaghetti.. Untung Zarif bakal berbinikan Putri,cantik dan rajin masak.Zarif meninggalkan Fai dan Ary yang sedang menjamu makan tengah hari mereka. Im masih di dapur,dah dua hari Im merajuk. Zarif tahu Im masih slow-slow menerima kenyataan yang makan tengahari bebudak kafe Adora ini, tidak akan lagi disediakan olehnya. Putri bakal bini Zarif yang akan sediakan. Im merajuk sebab rasa diri tidak diperlukan lagi..Nampaknya, Zarif kena pujuk lah camni.. huhu.. member dia yang nampak cool jer, tapi hati ada bunga-bunga. Ceit..

Di luar kafe Adora, Putri hulurkan tapak tangan, seperti biasa. Apa yang dia buat ini bukannya percuma. Dia akan minta bayaran untuk perkhidmatannya menghantar makanan walaupun Zarif tak pernah meminta. Tapi perempuan licik ini ada sahaja caranya untuk membuatkan Zarif membayarnya. Hari itu, tiba-tiba perempuan itu muncul di lotengnya, mengemas lotengnya tanpa dia izinkan, lalu hantar bil cas untuk perkhidmatannya. Boleh dikatakan apa sahaja yang Putri buat untuknya, ada cas.. uiii.. licik.. licik...

" 50  ringgit.

" Mahalnya... Makan kat luar pun tak mahal gini."

 " Caj untuk bahan masak.."

" Bukan ke semua cost barang mentah dan bahan masak di taja oleh dapur saya kat apartment tu?"

" Then, ini cas untuk masak dan kasih sayang yang dimasukkan sekali, 100~." Aik, up pulak!

" Nak bayar ke tak? Kalau taknak saya takkan buat lagi, then diorang akan cakap yang bakal isteri Zarif sombong dan pemalas.. Umi ajak saya pergi teman dia shopping weekend ni, mungkinkah saya patut reject dan tidak mengembirakannya?

Saya tak perlukan pertolongan awak!  lelaki macam awak...

Zarif tidak tahu apa masalah Putri hingga dia mudah mengeluarkan kata-kata itu, mudah membenci lelaki seperti itu... tapi dia tahu wajah rungsing  di atm tempoh hari,kemuraman dan kerisauan itu membuatkan dia ingin membantunya, walaupun dengan apa cara jua.. dia tidak boleh biarkan Putri keseorangan.Zarif mengeluarkan wang kertas 50 dua keping. Dia hulurkan pada Putri.

" Yerlah.. bakal isteri saya seorang yang cantik, rajin masak dan sayangkan saya. I'm one lucky man. "  Duit diambil dengan kasar. "Apa-apa jelah!" 

Zarif perhatikan Putri yang meninggalkannya dengan perasaan melenting .. lagi sekali. Tidak pernah dia lihat Putri tidak marah-marah bila bersama dengannya. Tetapi bila ada orang lain, Putri seolah-olah menjadi orang lain. Baik, mesra , sopan  serta sentiasa tersenyum. Malah lakonan cinta mereka walaupun hanya lakonan, ia kelihatan real, dan buatkan ramai yang cemburu. Hanya dia dan Putri tahu kebenarannya. Tiada sesiapapun tahu akan perjanjian yang dibuat dengan Putri, termasuklah Fai. 

Fai pernah persoalkan kenapa tiba-tiba dia hendak berkahwin dengan Putri dan tertanya-tertanya samada Zarif terfikir pasal idea kahwin kontraknya yang gila itu, Zarif nafikan sekeras-kerasnya.

" Aku cintakan dia... " Itu jawapannya.Fai tidak lagi persoalkannya malah terima jawapan Zarif ini dengan baik. Seolah-olah , ia kebenarannya. 

" Aku cintakan dia.."

Ayat itu, dia tidak pernah ucapkannya pada sesiapa,tidak pernah terfikir yang dia akan menyebutnya tetapi sebabkan Putri, dia mudah untuk mengucapkannya... walaupun  semua ini cuma sebuah lakonan..kah?

Adora CafeWhere stories live. Discover now