Dana dan Fai duduk sebelah menyebelah, sambil merenung sungai di hujung pekan ini. Hembusan angin petang membuai-buai rambut Dana yang panjang dan Fai mencuri pandang pada Dana. Hatinya berdebar-debar melihat kejelitaan Dana ,kemudian bila menyedari Dana perasan yang dia sedang merenung dirinya , cepat Fai mengalihkan pandangannya.
Sejak sampai di sini,dari tadi mereka berdua tidak bercakap.Kesunyian ini membuatkan Fai gelabah. Dia yang selama ini tidak pernah bermasalah untuk memulakan perbualan dengan sesiapa, hari ini hanya membisu seribu bahasa. Tiada apa dalam otaknya yang kreatif ini, saat ini..
Sekali lagi Fai memandang Dana, kali ini dia teringat bagaimana dia muncul di depan Dana yang ketika itu sedang ditahan oleh mamanya. Tanpa berfikir panjang, dia membawa Dana pergi.. Dia telah melarikan anak dara orang!OMG!
“Err...”
Fai cepat-cepat memberi perhatian bila terdengar suara Dana hendak mengatakan sesuatu. Tapi perbuatannya itu, membuatkan Dana tertunduk malu dan kembali mendiamkan diri. Suasana kembali sunyi hanya ditemani bunyi air sungai yang mengalir. Fai teringatkan bagaimana Dana membonceng motornya dan memeluknya. Serta-merta Fai terasa segan..
“ Awak dah buat keputusan ke?” kata Fai, akhirnya, walau bukan itu yang bermain di fikirannya. Huhu~
‘ Emm... masih banyak lagi yang perlu saya buat . Mama takkan menerimanya dengan mudah, lebih-lebih lagi selepas apa yang saya buat hari ini. Tapi, saya kena berdepan jua dengannya, membuatkan dia menerima, pilihan saya.... “
“ Terima kasih Fai.. sebabkan awak, saya jumpa apa yang saya mau, dan siapa diri saya yang sebenarnya.”
“ Saya sukakan awak!” kata Fai, separa menjerit. Dana memandang Fai yang sedang serius menatapnya.
“ Ini kali pertama saya rasa seperti ini dan saya tak tahu bagaimana hendak luahkannya secara romantik pada awak.. Jadi saya akan cakap begini sahaja.. Saya suka kan awak!Saya, betul-betul sukakan awak.. Jadi, walau apapun pilihan awak, atau siapapun diri awak, saya ingin berada di sisi awak..mencintai awak.. “ Mata Fai tidak kedip-kedip merenung mata Dana. Mengharapkan yang Dana dapat melihat dari wajahnya yang dia serius tentang ini, bukan main-main, bukan jua dusta! Tetapi sebaik sahaja Fai habis bercakap, Dana tertawa perlahan. Fai pelik, adakah Dana gelakkan dia sebab confession dia yang teruk ni?? So dia kene reject ke ni?
“ Ahhh.. , malunya... ..”
Fai mengalihkan pandangannya pada motornya yang di'park' berdekatan. Dia malu. Kalau boleh nak je dia lari meninggalkan tempat ini, tapi dia tak boleh tinggalkan Dana keseorangan di sini, walaupun cintanya ditolak, cinta pertamanya pula tu! Dalam keadaan kekok itu, tangannya tersentuh tangan Dana.
“ Ah.. sorry.. “ kata Fai kelam-kabut. Dana memegang tangan Fai, kemudian merebahkan kepalanya ke bahu Fai. Tindakannya membuatkan wajah Fai lagi merah padam, dan hatinya berdebar-debar seperti gila. Apa maksud ini? Adakah..
“ Saya juga ingin terus berada di sisi awak, mencintai awak.. seperti ini.. ” kata Dana. Fai tersenyum. Tangan Dana digengamnya erat-erat. Mereka berdua duduk di situ, seperti itu sambil menanti hari senja.
~~~~~~~~~~Sementara itu, di rumah Dana. Dato’ Yusof dan isterinya berhenti ketawa." Kenapa? Kenapa?" Mama Dana tertanya-tanya.
" Penunggang motor tadi itu adalah anak bujang kami yang hendak dijodohkan dengan Dana."
"Haaaa??"
" Memang takdir kita berbesanlah kan?'