Im masuk ke hotel. Langkahnya teratur dan tenang, seolah-olah ini tempat dia. Gayanya jua jauh berbeza dari biasa, dengan rambut digel, jaket dan seluar jeans, serta cermin mata hitam.. dia seakan orang lain. Bukan si Im Pastry chef Kafe Adora.
“ I ada shooting filem kat sini for a week... so i datang jumpa you..”
“ I stay kat hotel somewhere here... “
“ Esok pula I ada persembahan kat hotel Starz... jumpa I sebelum I start... di backstage.. “
“ Like always.. don’t let the crew and media to notice you..”
Itu pesannya semalam dan disebabkan itu, Im berada di sini..Di depan bilik persediaan makeup yang tertulis tag nama Faza. Setelah memastikan tiada sesiapa memberi perhatian padanya, dia masuk.
“ Im!!” Faza menyapa sebaik sahaja melihat Im . Faza sedang menyolek dan dia begitu teruja saat melihat kehadiran Im. Tidak sia-sia dia membuat surprise pada Im semalam.
“ Sekejap yer darling.. I siapkan make up I dulu...”
Im berdiri di sisi Faza, memerhatikan Faza dari cermin.. Hubungan mereka dah berjalan selama 5 tahun, tanpa sesiapapun mengetahui kecuali mereka berdua.Walaupun berjauhan dengan Faza yang semakin sibuk dan semakin popular, mereka terus berhubungan melalui telefon malah sering bertemu setiap kali masing-masing lapang...Contohnya seperti kali ini, Faza membuat surprise muncul di sini.
“ What?” tegur Faza melihat Im seakan termenung
“ You look beautiful..”
“ I know..”
Setelah siap segalanya, Faza bangun dan mendekati Im, meraba dada Im.. kemudian perlahan-lahan, membuka butang kemeja Im, 1, 2 butang.. Im tahu, apa yang Faza cuba lakukan.
“ I miss you...” kata Faza, leka.
“ Me too..” Im memegang tangan Faza, menghalang Faza dari terus membuka bajunya. Dadanya yang bidang kini terdedah sedikit, lalu dia mengancingnya kembali.
“ Only with you I become so naughty.....” usik Faza.
“ Do you?”
Im memandang satu majalah di atas meja solek yang terbuka Di dalamnya tertera gambar Faza berpelukan dengan seorang artis lelaki di kolam mandi dengan gaya posing yang seksi. Faza perasan apa yang mengganggu Im, lalu dia mengalihkan majalah itu dari Im.
“ It just work you know.. just work..” Im membisu.
“ Im, sejak dulu lagi... selama ini dan sampai bila-bila.. I’m yours...” pujuk Faza cuba meyakinkan Im yang dia masih kepunyaan Im dan masih mencintai Im.. Faza mencium bibir Im dan Im membalasnya dengan memeluk Faza seerat-eratnya.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka seseorang. Pantas mereka berdua berenggang dan melihat tetamu yang tidak diundang itu.
“ Ah.. salah bilik.. sorry.. sorry...” kata perempuan itu kelam-kabut. Pintu ditutup segera dan dia terus meninggalkan tempat itu.
“ Dia nampak ke?” soal Faza bimbang.
Tiada jawapan dari Im, sebaliknya dia menarik Faza, merangkul pinggang Faza dan mencium tengkuk Faza.
“ I’m not jealous.. I trust you...” bisik Im.