My Heart (Hatiku) 10 - edited

986 50 0
                                    

Peraturan ketiga: Bunuh atau dibunuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Peraturan ketiga: Bunuh atau dibunuh.

Inilah peraturan yang paling penting bagi Gale. Untuk hidup dalam dunia 'gelap' ini, dia perlu terus berpegang pada satu peraturan ini.

Kisah hidupnya bermula dengan titik hitam. Dia adalah anak seorang pelacur dan membesar menjadi anak peleseran di kaki jalan. Dia mencuri untuk sesuap nasi. Menipu pula baginya seperti satu permainan.

Namun, dia tidak dapat lari dari menjadi  punching bag bagi samseng-samseng dan pelanggan ibunya. Ibunya kadang-kadang membantu, tetapi apalah kudrat seorang wanita, kecuali sama-sama dibelasah. 

Saat kehilangan ibunya, tiada tangisan di hatinya. Wanita itu tidak melakukan apa-apa untuknya kecuali melahirkannya. Dia tekad yang dia tidak akan mati sia-sia seperti ibunya.

Diam-diam dia mempertahankan dirinya, belajar melawan, untuk terus hidup. Tetapi, seorang anak kecil tanpa orang dewasa di sisinya, tidak akan mampu untuk terus menjaga diri sendiri. Dia terus menjadi mangsa baran pemabuk-pemabuk dan gangster di jalan gelap itu.

Hinggalah pada suatu hari ketika dia mencecah usia 12 tahun, dirinya ditangkap dua orang penagih dadah untuk diliwat. Dengan menggunakan kekuatan dan akalnya, serta tekad untuk mempertahankan dirinya, entah bagaimana, dia dapat mencederakan mereka berdua. 

Memang tidak dinafikan dia juga cedera teruk hari itu, tetapi mereka jauh lebih teruk darinya. Seorang buta sebelah mata dan seorang lagi patah kaki dan retak dagunya.

Hari itu, dia berjaya 'hidup' dan menyelamatkan dirinya. Dan peristiwa itu disaksikan oleh lelaki yang kini dia panggil sebagai tuannya.

Gale diambil dan di jaga lelaki itu. Hidupnya terus berubah. Dia diberi pelajaran dan kekuatan tetapi bukan kebebasan. Namun itu lebih baik dari menjadi anak peleseran.

Mulai saat itu juga, dia berjanji pada dirinya yang dia akan lakukan apa sahaja untuk 'tuan' ini. Hidup dan matinya bukan lagi miliknya. Dan Gale menjadi namanya.

Hinggalah..

" Sehingga tuan arahkan yang lain, kau dekati perempuan ini, mainkan perasaannya dan buatkan dia jatuh cinta pada kau."

Gambar Sefarina diletak di atas meja. Alamat dan maklumat terperinci tentangnya terselit sekali. Mereka juga telah menyediakan tempat tinggal untuknya, berdekatan dengan gadis ini.

Permintaan tuan kali ini pelik tetapi Gale tidak mempersoalkannya. Itu peraturan pertama.

" Tuan mahu perempuan ini menconteng arang pada kedua ibu bapanya. Musnahkan masa depan anak gadis  ini, kau tau maksud ini bukan?"kata Tang, pembantu 'tuan'.

"Arahan selanjutnya akan diberi dari semasa ke semasa. "  tambah Tang lagi.

Kemudian, dia pergi tanpa menunggu keputusan Gale.  Dia yakin yang Gale tidak akan membantah. Kerana ini arahan tuan. Dan apa jua arahan tuan, Gale sentiasa turutkan. Tidak kira samada melibatkan anak kecil, orang tua atau wanita. Gale tidak pernah gagal.

Kerana itu, tuan sangat sayang pada Gale berbanding yang lain.

Namun tuan juga menghukum Gale lebih dari mereka yang lain.

Kerna itu, Gale tahu apa yang akan terjadi jika dia berpaling tadah.

** Hati, jika salah atur, it will become death for you.**

Adora CafeWhere stories live. Discover now