" Saya nak berpisah."
Dia tekad mengeluarkan permintaan itu. Walaupun nada suaranya agak bergetar menahan ketakutan, dia tekad. Dia akan tetap beritahu kerana ini adalah satu kenyataan yang pasti.
" Hmm… "
Sambil merenung meja di depannya, tangannya yang sejuk itu mengenggam erat-erat lutut yang terasa semakin kuat gigilannya. Apa reaksi Zack ini? Apa maksud Zack mengeluarkan keluhan hmmm itu. Adakah Zack sedang memikirkan atau cuma berpura-pura tidak mendengar permintaannya itu? Atau…
" Saya nak berpisah!" kali ini ditinggikan sedikit suaranya, cuba membuatkan Zack yang asyik menonton televisyen itu ambil serius pada perbualan ini. Perbualan yang akan menentukan masa depannya. Televisyen ditutup. Perlahan-lahan Zack mendekatinya yang sedang duduk di ruang meja makan. Nampaknya dia berjaya menarik perhatian Zack. Sekarang terpulanglah pada keberanian dirinya untuk memberikan penjelasan. Hatinya berdebar-debar. Walaupun wajah Zack tersenyum tapi dia dapat rasakan satu perasaan dingin dan satu ancaman yang mengerunkan. Seluruh tubuhnya terasa sejuk, mengigil ketakutan. Tekaknya terasa kering dan degupan jantung ini semakin rancak.
" Kenapa nak berpisah? Sebab duit?" tanya Zack lembut.
Zack membelai rambutnya yang panjang itu. Sentuhan yang lembut itu membuatkan gigilan badan ini semakin tidak tertahan.
" Saya nak berpisah…" katanya perlahan.
Suaranya terputus-putus dan dia tidak pasti samada Zack dengar atau tidak kerana buat masa ini, dia rasa pandangannya seakan berpinar-pinar. Perasaan takut menyelubungi dirinya, mengikatnya! Membuatkan dirinya terasa sukar bernafas. Tetapi dia … dia sudah berjanji dengan dirinya. Hubungan ini harus ditamatkan.
" Hmm…sebab kasih sayang kurang ke… orang ketiga ke.. or…?"
Zack membuat andaian-andaian yang dirasanya menyumbang pada permintaan tidak munasabah kekasihnya ini. Dan sepanjang itu, kekasihnya ini hanya merenung lantai, tidak berani memandangnya.
" Hmm…lelaki?."
Hatinya terasa semakin berdebar-debar. Dia mengenggam lututnya cuba mengawal ketakutan ini.
" Ini tentang lelaki bukan??" Kata Zack.
Nada suaranya agak tinggi menahan kemarahannya kerana melihat reaksi kekasihnya ini, dia tahu andaiannya ini betul.
" Pergi!."
Dia terkejut. Betulkah ini ? Bukan mimpikah? Zack melepaskannya tanpa mendengar penjelasannya. Zack bertindak rasional? Semua ini tidak termasuk dalam pengiraanya. Semua ini… Seakan tidak kena.
" Zack, saya.."
" Pergi, sebelum I ubah fikiran…"
" Zack.. I'm so sorry…"
" Sampai 10. Go, before it's too late. " nada suara Zack kali ini lebih dingin, tegas dan berbaur ugutan. Zack tidak memandangnya. Tidak ingin mendengar penjelasannya kekasih yang dicintainya selama 3 tahun ini.
Dia tergamam. 10?? Apa maksud Zack? Dia memandang Zack yang kini duduk di sofa di ruang tamu, meninggalkannya dengan perlbagai persoalan. Hatinya berbisik, tidak mungkin! Suasana ini buatkan dirinya lebih rasa berdebar. Gerun, takut…
" 1…."
Zack mulakan kiraan. Dan dia terus mengambil beg tangannya yang dari tadi berada di meja makan.
"2.."
Dia tahu dia tidak perlu mengambil baju-bajunya dan semua barangnya. Lebih tepat dia tidak akan sempat mengambil semua barangnya.
' 3"
Dia berlari keluar. Dia perlu pergi dari sini sejauh mungkin..Rasa takut ini cuma akan hilang sekiranya dia pergi jauh dari Zack, jauh dari tempat ini. Kerana,dia tahu ketua kumpulan gangster ini sedang menahan marah. Dan dia tahu itu adalah lebih dahsyat dari segala-galanya. Langkah kakinya semakin laju. Please… please..
" Jimi, aku nak semua budak-budak kita cari my little princess, hidup atau mati."
Zack mematikan telefonnya. Dari balkoni penthouse hotel 5 bintang ini, dia merenung bandar KL yang sedang disinari bulan penuh.
" 10"