Cinta 17

763 35 1
                                    

Di belakang rumah anak yatim di situ, Im sedang menyidai cadar-cadar yang baru dibasuhnya tadi di ampaian. Atas ajakan Esha, sekali lagi dia dibawa ke sini untuk jadi sukarelawan di sini, Esha dan charity worknya. Esha ni betul-betul dedicated pada rumah anak yatim ini. Rasanya ini sudah beberapa kali dia menurut permintaan Esha walaupun dia tahu dia sepatutnya tidak melakukannya. Semakin mereka terus mendekati satu sama lain, Esha akan makin  terluka..  Tapi dia terus membenarkan kegilaan ini.. Dia betul-betul dah gila.. mementingkan diri sendiri.. 

Im menghabiskan kerjanya sambil di kelilingi Zaid  yang sedang bermain kejar-kejar dengan temannya, Lisa, seorang budak perempuan sebayanya. Mereka menganggunya tapi walau banyak mana pun Im memarahi nanti, Zaid yang nakal itu tidak akan  mengendahkannya.. Jadi dia mendiamkan diri, membiarkan mereka. Lagipun dia kekok hendak berborak dengan budak kecik seperti Zaid dan Lisa ni..Im tiba-tiba berhenti.. Dari balik cadar, tidak jauh, kelihatan Esha sedang duduk di bangku kayu sambil leka membaca buku. Dia tidak perasan yang Im sedang memerhatikannya.

Im perhatikan rambut panjang Esha yang dilepaskan dan berbuai-buai ditiup angin.  Esha suka lepaskan rambutnya bila sedang membaca novel.  Sambil membaca, mulut Esha akan kumat-kamit mengulang dialog yang dirasanya menarik dan romantik kemudian tersengih seorang diri.  Kemudian bila cerita itu tidak lagi menarik,  Esha akan  mulai menguap, tetapi hanya selepas 5 kali menguap barulah Esha akan berhenti membaca. Im tersenyum manis.. 

“ Cikgu! Cikgu sukakan kak Esha ke?” suara halus itu mengejutkan Im. Im pandang Zaid yang rupa-rupanya perasan apa yang dia lakukan tadi.

“ Cikgu beritahulah yang cikgu sukakan kak Esha..Kak Esha mesti suka.. ” sampuk Lisa. Diapun lebih kurang becok seperti Zaid. 

“ Cikgu takut yer.....” laju mulut Zaid membuat tuduhan sebelum sempat Im buka mulut. 

“ Kenapa cikgu nak takut? Cikgukan dah besar...” tanya Lisa.

“ Mestilah cikgu takut.. kak esha kan garang cam harimau” jawab Zaid suka hati dia jer....  

“ Kak Esha mana ada garang cam harimaulah.. dia cam singa.. Singa lagi garang dari harimau...”

“ Mana ada... harimau lagi garang...”

“ Singa!”

“ Harimau!”

Im membiarkan sahaja Zaid dan Lisa berborak sesama sendiri. Budak-budak ni kalau bercakap berterusan macam mesingan.. Dia dah terbiasa dengan mereka setelah beberapa kali jadi volunteer di sini.. Semuanya sebab Esha..Dia meneruskan tugasnya yang tergendela namun baru beberapa minit Zaid mengacau lagi.

“Hari tu Kak Esha berikan saya hadiah sebab saya tolong orang buta melintas jalan.. Dia kata, saya boleh gunakan hadiah ni untuk minta apa sahaja dari dia. " Zaid membuka cerita.

 "Mula-mula saya nak guna untuk suruh Kak Esha bawa pergi Legoland.. tapi...   “Zaid menyeluk kocek seluarnya.

“ Saya nak bagi cikgu..  Cikgu boleh pakai dan minta Kak Esha sukakan cikgu kannn...?.”   Zaid menghulurkan satu kupon buatan sendiri dari kertas manila warna merah yang tertulis, PASS  HERO.

“ Kupon ni namanya PASS HERO, sebab hanya hero boleh menunaikan semua perkara..  ”

~~~

Esha terjaga. Boleh pula dia tertidur di bangku ini. Cuaca yang mendung dengan angin yang bertiup  betul-betul buatkan dia rasa mengantuk.  Esha capai buku yang terjatuh dari ribanya, kemudian baharulah menyedari yabng Im yang sedang berdiri di depannya, sejak tadi. 

“ Dah habis dah?” tanya Esha sambil lihat cadar-cadar yang sudah siap bersidai.

Kelibat Zaid dan Lisa sudah tiada, mungkin sudah kembali ke dalam rumah. Esha pandang pada Im yang membisu.

“ Kenapa?” tanya Esha bila lihat raut wajah Im yang berkerut, merenungnya.

“ Apa yang tak kena pada saya?” Esha belek diri sendiri kalau-kalau ada sesuatu pada dirinya. Air liur basi ke? Pantas Esha lap mulut dan tiba-tiba Im terus memeluk Esha. Membenamkan dagunya ke bahu Esha dengan dahi yang masih berkerut dan renungan yang semakin kosong..

“ Ke.. kenapa?” Esha terpinga-pinga.Im mengeratkan lagi pelukannya dan perbuatannya buatkan Esha berdebar-debar amat gembira...Hampir terlupa.. hampir hanyut..  tetapi...

“ Jadi awak patut tahu apa yang saya lakukan dengan awak adalah untuk kepentingan diri sendiri. It's just a tantrum , an angry feeling,of being neglect.

Esha tersentak teringatkan kebenaran itu yang hampir dia terlupa... 

“ Sesuatu terjadi ke antara awak dan Faza?”tanya Esha menahan rasa kecewanya.

Pelukan Im terasa sedikit lerai...

“Tidak.., sesuatu cuma terjadi...” 

Adora CafeWhere stories live. Discover now