Cinta 22

604 38 0
                                    

Sebaik sahaja Im keluar dari Kafe Adora,  dia terserempak Ary yang sedang berdiri sambil bersandar di dinding, di luar pintu . Dari gayanya, Ary seolah-olah sudah lama berada di situ dan dari wajahnya, Im tahu Ary telah melihat semuanya- apa yang berlaku di dalam.

“ Sudah berapa lama?” tanya Im lalu berdiri di sebelah Ary yang kelihatan serius

“ Agak lama juga...”  jawab Ary dengan wajah tanpa apa-apa reaksi. Jika tiada Sefarina di sisi, mukanya sentiasa ketat, kurang bercakap dan jarang menunjukkan perasaan berbanding Fai dan Zarif. Disebabkan itu, Im tidak dapat mengagak apa yang Ary sedang fikirkan.

 “Cinta, hanya ini yang dapat membuatkan seseorang kecewa seperti itu..  Ingat tak kau pernah cakap begitu?”

“Apa yang kau cuba sampaikan?”

“Bila Fai beritahu aku tentang itu, aku ingat kau arif tentang cinta tapi rupanya kau lebih bodoh dari yang aku sangkakan.. ”

Zrapp!! Tubuh Ary dihentak keras ke dinding dengan kolar bajunya Im rentap kuat.   “ Kau sengaja nak bangkitkan kemarahan aku?”

“ Kau marah?”Im tersentak.

Dia melepaskan Ary, menyedari yang tindakannya ini tidak waras.  Hari ini dia tidak mengerti mengapa dia begitu emosi.. Dia seorang yang deduktif, tenang ,mereka semua kenal dirinya yang tidak mudah terpengaruh dengan perasaan..tapi hari ini.. semuanya tidak kena.. sejak Esha muncul dalam hidupnya, dia tidak kenal dirinya.. Seolah-olah Apa yang Ary cakapkan itu, benar! Dia tidak tahu apa-apa.

“ Hati, jika salah atur, it will be the death of you... seseorang pernah ingatkan aku tentang itu..”

“ Aku bukan kau...”

“ Memang,  tetapi ia ‘game’ yang sama dan rule yang sama. Bila kau mempermainkan hati dan perasaan seseorang, kau juga terdedah untuk dipermainkan..”

Mempergunakan Esha.. Ah, dia teringat itu niatnya membenarkan Esha di sisinya.. tetapi.. sejak bila dia terlupa tentang itu? Dia tidak ingat... Perasaan ini mengaburi ingatan dan tujuannya.

“Kau seperti aku dahulu,bezanya aku tidak  menafikannya bila aku sedar tentangnya..” Ary melangkah hendak pergi. Dia sebenarnya datang sini untuk memberikan Im kunci Kafe Adora, tetapi ..

“ Im, apa yang aku lihat tadi... Itu cinta..”

Im diam, kaku.

~~~~~~~

Cinta? Apa itu cinta? Apa yang dia miliki bersama Faza ini cinta! Cintanya.

“ Im, apa yang aku lihat tadi... Itu cinta..”Im ketawa sendirian.

“Kau seperti aku dahulu,bezanya aku tidak menafikannya bila aku sedar tentangnya.”

Menafikannya? Jadi Ary rasa dia menafikan perasaannya? Maksudnya, adakah selama ini dia sudah sedar yang dia mencintai Esha?  Adakah dia membenarkan Esha terus berada di sisinya, bukan untuk mempermainkan perasaannya, tapi sebaliknya?

“ Jadi awak patut tahu apa yang saya lakukan dengan awak adalah untuk kepentingan diri sendiri. It just a tantrum , an angry feeling,of being neglect.. .. “Kepentingan dirinya?

“Usah ingatkan aku...” bisik hati Im. Dia memejamkan matanya, membiarkan cuaca dingin pagi ini membaluti tubuhnya yang sedang menunggu seseorang di luar pintu rumahnya.Kepentingan itu, adakah kerana dia ingin berada di sisi Esha, mencintainya?

Bunyi hentakan kasut yang semakin dekat itu, Im kenal. Dia membuka matanya dan melihat teddy bear itu berada dalam pelukannya.

“ Esha, malam ini, di tempat kita, bolehkah awak tunggu saya?Ada sesuatu yang saya ingin beritahu awak.”Esha tidak pasti apa yang Im maksudkan tapi ayat seterusnya telah membuatkan Esha tergamam.

“ Kali ini, jangan tinggalkan buaian itu lagi...Saya pasti akan datang.. ”

Esha sedar yang kini Im tahu siapa dirinya.

Adora CafeWhere stories live. Discover now