Cinta (edited)

902 38 0
                                    

Kafe Adora hari ini sunyi, tidak sesibuk biasa, hanya terdapat beberapa orang customer. Keadaan lenggang ini membolehkan pekerja-pekerja Kafe Adora berehat sambil menonton television plasma yang terpasang.

Paparan rancangan Melodi di kaca televisyen, menarik perhatian mereka.

" Artis ini lagi! Asyik –asyik gossip dia. Kali ini dengan artis lelaki mana pula?"  kata Zarif yang berdiri dengan kedua belah tangannya diseluk di bawah ketiak.

Ary yang di berada di sebelahnya pula hanya mengangguk bersetuju, walaupun sebenarnya dia tidak peduli dan tidak ambil tahu akan industri seni tanah air. Ini baru pertama kali dia menonton rancangan Melodi ni 😅.

" Oo .. Faza ni! Aku minat dia ni, cantik! Suara dia sedap. Dia berlakon pun best! Baru-baru ni dia dapat award artis paling popular! " balas Fai.

Dia membaca headlines yang tertulis di bawah imej Faza yang sedang disoal jawab oleh pengacara Melodi. Tajuknya ; FAZA BERCINTA DENGAN PENERBIT FILEM.

"Eh, hari tu bukan dia bercinta dengan penyanyi  Rez ke? Kan ada gambar diorang berpelukan hari tu?" tanya Zarif.

" Aah.. sebelum tu dengan model antarabangsa, Maxx .." sambung Fai.

Mereka berdua kembali diam dan fokus mendengar soalan-soalan panas pengacara itu pada Faza. Namun,  tidak lagi berminat sebaik sahaja wawancara itu tamat dan digantikan dengan  wawancara seorang artis baru; Esha ❤️.

" Im tu tak kosongkan letter box die lagi ke?" tanya Zarif , menyedari yang letter box Im penuh dengan surat dan hadiah hingga hampir terjatuh isinya.

Letter box  @ peti surat khas itu diwujudkan oleh Zarif bila peti surat utama Kafe Adora selalu dipenuhi surat-surat cinta , anak patung, keychain dan hadiah-hadiah yang diberikan oleh customer, secret admire, peminat, stalker kepada pekerja-pekerja kacak di Kafe Adora ini. 😎.

"Em.. rasanya dia tak kosongkan letter box ini, sejak birthday dia hari tu. Ni masih ada lagi kad hari jadi!" jawab Fai sambil membelek kad-kad di dalam letter box Im.

Kemudian dia mengosongkan pula letter box nya yang berada di sebelah letter box Im. Mereka semua mempunyai personel letter box dan memang selalu ia dipenuhi dengan surat dan hadiah dari peminat masing-masing.

"Nampak sangat yang Im tu tak peduli tentang konsep Kafe Adora dan hubungan customer dengan pekerja. PA penting okey! Apa yang seronok sangat terperuk di kitchen tu? " bebel Zarif.

" Ary! Nanti ingatkan Im untuk ambil surat dan hadiah di dalam letter box dia ni. Suruh dia kosongkannya" pesan Zarif pada Ary yang sedang menyapu lantai.

"Dah banyak kali cakap dah boss.. Im takkan peduli pun. Dia tidak berminat nak layan peminat atau customer  yang sukakan dia. Dia tu sukakan pastry sahaja."  bebel Fai pula . Dia sedang duduk di kaunter display sambil  membaca kad-kad yang diterimanya.

"Ingat  tak dulu kita cuba date kan dia dengan seorang customer perempuan yang dah 2 tahun lebih menyukainya? Dia marah-marah dan cakap yang dia tidak berminat. Siap warning lagi,  jangan kenalkan dia dengan mana-mana perempuan lagi. " sambung Fai mengingatkan Zarif.

" Ingat! Teruk aku kena lepas tu. Satu minggu customer complain yang kek yang diorang beli masin. Rupanya, Im yang sabotaj. Dia buat semua kek tu terlebih garam. Mentang-mentang la dia chef. Serik dah aku nak memandai-mandai tenetkan dia dengan mana-mana perempuan lepas tu. Taubat.." ujar Zarif disambut dengan gelak tawa oleh Fai dan Ary.

"Tapi! " tiba-tiba Fai bersuara mengejut. Tawa mereka terhenti. Sambil tersengih, Fai menarik Ary dan Zarif rapat , membentuk bulatan seperti satu kumpulan rugby sebelum masuk padang.

" Mungkin tak Im ada girlfriend tanpa pengetahuan kita? Sebab itu dia marah bila kita cuba kenalkan dia dengan perempuan." Kata Fai.

" Atau..mungkin dia tak berminat dengan perempuan?" Ary pula membuat andaian.

" Boleh jadi juga!  Sebab tak pernah nampak dia berborak, hang out,atau ada kawan perempuan selain kita.." sokong Fai.

"Tapi boss dulu pun camtu. Tengok-tengok sekarang dah nak kahwin dengan Putri." balas Ary pula.

" Ok.. ok.. apa sebenarnya yang korang berdua nak cakap ni? Fai? Ary?" Zarif mencelah. Menghentikan spekulasi melalut dorang ni tentang Im.

" Jom siasat pasal Im nak? " cadang Fai sambil tersengih.

"Kau ni Fai.. berapa kali aku nak cakap...setiap orang ada secret masing-masing..Privasi .. " bebelan Zarif tidak sempat habis apabila mereka perasan Im tiba-tiba menghampiri mereka.

Lantas , mereka bersurai.

" Apa yang korang buat ni?" tanya Im sambil membetulkan cermin matanya yang senget sedikit.

" Takde apa-apa." Jawab Zarif laju.

" Im, tengok artis ni cantik kan? " panggil Fai sambil menunjukkan iklan sabun lux oleh artis Faza yang sedang tertayang di kaca televisyen.

Im hanya melihat sekilas lalu , langsung tidak berminat, walaupun tubuh seksi Faza yang ditutupi buih sabun itu mampu menggiurkan setiap pandangan seorang lelaki-normal.

" Ni buku account, aku dah check perbelanjaan bulan ni." Kata Im sambil menyerahkan buku akaun pada Zarif.

Kemudian, semasa Im hendak kembali ke kitchen, dia tiba-tiba berhenti sejenak untuk menonton satu iklan model lelaki yang kacak, yang tiba-tiba muncul di kaca televisyen. Lama direnungnya.

"See...I told you.. " bisik Fai pada Zarif sebaik sahaja Im masuk ke kitchen, hilang dari pandangan mereka.

Zarif getap bibir. "Tak mungkin.."

Adora CafeWhere stories live. Discover now