“ Ok, awak boleh tinggal sini.”
Zarif dengan bangganya memperkenalkan tempat tinggal baru untuk kekasih cinta hatinya yang palsu ini. Putri memandang apartment ini. Apartment Zarif yang tempoh hari dia bermalam di sini.
“Seriously? Tinggal sini dengan awak?”
‘ Yep. Awak cuma cakap suruh sediakan tempat tinggal je, tak kisah kan? Lagipun dengan ini, kita boleh la loving dovey..mmuuahh..”
Zarif sengih bila melihat reaksi Putri yang seperti takut dengan lelaki miang iaitu dirinya.
“ Awak takut ke?” Tanya Zarif. Dia mendekati Putri yang setapak demi setapak menjauhinya.
“ Untuk jenis ‘perempuan’ seperti awak , saya rasa benda ni bukannya satu masalah bukan?.. “ kata Zarif sambil mengusap-ngusap dagu sendiri, dan menjilat bibir sendiri. Matanya merenung Putri dalam miang.
‘ Perempuan seperti saya? Huh, typical man. ”. Zarif tergamam bila melihat cara Putri memandangnya. Ia bukan takut atau marah, tetapi seolah-olah benci dan merendah-rendahkannya.
“So, shall we start? Should I remove my clothes here or inside?.Sinikan tempat tidur awak ? ”
Putri berjalan ke bilik tidur utama. Dia masuk ke bilik yang dimaksudnya. Langkah Putri mati bila melihat bilik itu terkemas bersih. Terdapat satu beg baju besar di tepi pintu. Putri memandang Zarif yang cepat-cepat mengambil begnya.
“ Awak boleh tidur sini. Saya dah kemas everything, so awak boleh selesa.”
“ Beg tu?”
“ Beg saya. Saya akan pindah keluar. 3 bulan ni, this apartment is yours alone.”
Putri diam, seolah-olah memikirkan sesuatu.Zarif mengalas beg bajunya.
“Saya tahu batas-batas antara kita. I’m not that typical man.”
Zarif bergerak ke pintu keluar. Dia menoleh pada Putri.
“ Dan maafkan kata-kata saya sebelum ini. I’m sorry, I didn't mean it .”kata Zarif kesal dengan gurauan nya..
Dia keluar meninggalkan Putri.
~~~~
“ Fuffufuufu… rugilah bos. Dia nak bagi dah, bos tak ambil.. rugilah.."
Zarif mengetuk kepala Fai dengan bucu buku majalah anjung seri yang dipegangnya.
“ Otak kau benda tu jer difikirkan kan?”
“ ,hahah.. Tapi saya tak bermaksud apa-apa, saya bukan begitu dalam real life, ini hanya gurauan, seloroh dalam perbualan kita. ” jelas Fai.
Fai mengosok-gosok kepalanya yang sakit.
‘ Tapikan bos, siapa perempuan tu? Tiba-tiba je muncul.. boss tak pernah beritahu pun boss ada teman wanita? Tiba-tiba nak kahwin..?Pelik ni.."
Fai memandang sekeliling, takut-takut ada yang mendengar.
“ Entah-entah boss buat apa yang saya suggest hari tu ke? Pasal kahwin kontrak tu.. ?” bisik Fai. Dan sekali lagi Fai mendapat ketukan di kepalanya.
“ Kau memandang rendah pada aku yer.. Ish..ish.. Bukanlah~” bohong Zarif, bukannya disengajakan, cuma dia taknak Fai yang mulut cam tempayan ni kantoi kan yang dia dan Putri hanya berlakon. Lagipun ini cuma 3 bulan, dia akan jelaskan pada Fai bila tiba masanya nanti.
“ Betul ke ni.........?” Fai masih tidak puas hati.
Kcing...kcing...
Loceng angin yang digantung di pintu masuk berbunyi, menandakan ada orang yang masuk. Mereka berdua memandang pada dua lelaki yang berada di depan pintu. Im dan Ary.
“ Morning!!” tegur Zarif.
Ary mengangguk tanpa bersuara, manakala Im, dia betul-betul terkejut dengan situasi ini!Terkejut melihat Zarif datang awal pagi untuk buka kedai. Selalunya hanya dia dan Ary yang first datang sini.
“ Kenapa… terkejut ke.. percayalah…” usik Zarif.Dia mendekati Im yang mukanya sedang berkerut-kerut, terkejut, tidak percaya. Suka Zarif tengok wajah kekalahan itu Bukan selalu.
“ Mulai sekarang, sempena azam tahun baru, aku, Zarif, pengurus kafe Adora, akan menjadi orang pertama membuka kafe ini setiap pagi. So, sapa yang datang lambat, akan di punish. Hehe..” lagak Zarif, walaupun hakikatnya dia tanpa pengetahuan semua, telah menjadikan loteng tingkat atas sebagai apartment sementaranya. Nak tak nak, memang dialah yang akan membuka kafe ini di awal pagi. Ary mengangguk setuju. Fai pula sengih dan member tepukan sokongan pada Zarif. Im? Dia masih lagi kaku, tidak bergerak. Jasadnya seperti kehilangan roh. Dia tidak dapat percaya semua ini berlaku sekarang ini. Zarif yang dikenalinya selama ini adalah seorang insan yang tidak pernah betul-betul bertanggungjawab pada kafe Adora. Zarif banyak main-main dan selama ini dialah yang mengatur plan dan strategi, mengurus financial kafe Adora ni. Zarif merenung Im yang masih kaku. Nampaknya Im perlukan masa untuk mengumpul kekuatan dan kepercayaannya tentang keajaiban ini. Sukanya dia , Hehe…
“ Ok, mari kita abaikan Im. Semua, sila start keje.. Fai kemas dapur. Ary kemaskan meja depan.kita nak buka kedai..”
Mendengar arahan Zarif, masing-masing terus bertindak pantas. Semuanya bersemangat. Begitu juga Zarif. Dia pun tidak membuang masa untuk membantu apa yang patut. Sedang mereka semua busy menyediakan persiapan untuk pagi yang ceria ini, sekali lagi loceng di pintu utama berbunyi.
“ Selamat pagi sayang...” tegur satu suara yang manja padanya.
Zarif menoleh. Putri berada di depannya dengan membawa bekal makanan. Wajahnya ceria dan manis. Dia memakai blause labuh kosong warna peach yang menyerlahkan warna kulitnya. Rambutnya pula disanggul rendah dengan penyepit rambut yang cantik. Wajahnya bersih bermake up simple. Buat seketika Zarif terpana dengan kecantikan asli si Putri ini.
“ Saya rindukan awak...”
“ Err..”
“ Tak suka ke saya datang sini?”
“ Err…”
Zarif masih tidak mengerti kenapa Putri datang ke sini, sehinggalah dia perasan yang Puan Salimah juga hadir bersama Putri.
“Zarif, kenapa?” soal Puan Salimah bila melihat Zarif yang tidak bereaksi apa-apa.
“ Eh!!.. u..umi? Umi buat apa kat sini?”
“ Takde.. Umi on the way ke sini nak bagi kamu dan kawan-kawan kamu sarapan. Jadi Umi bawa sekali Putri ke sini. Hari ni Zarif buka kafe ke?”
Bekas makanan sarapan pagi yang dibawanya beralih tangan.
“ Aah, kenapa umi?’
“ Bukan ke kamu nak bawa Putri keluar jalan-jalan hari ini? “
Zarif blur.
“ Jangan cakap kamu lupa. Putri dah bersiap cantik-cantik ini. ”
“ Takpelah umi, dia tak sengaja terlupa…” wajah Putri jadi muram.
Zarif serba-salah, walaupun dia tahu Putri hanya berlakon.
“ Ah, takpe.. mana ada sibuk. Im boleh jaga Kafe. Kita keluar yer..”pujuk Zarif, walaupun confius kenapa Putri menipu tentang mereka hendak keluar bersama.
Putri gembira. Puan Salimah pula tersipu-sipu malu melihat kemesraan dua kekasih ini, terutama anaknya Zarif yang begitu menyayangi Putri. Tak sabar dia nak melihat mereka berdua bersanding di atas pelamin, macam pinang di belah dua, sama padan.. Dia perlu gesa mereka kahwin secepat mungkin.. 3 bulan lambat sangat..