Cinta 7

655 36 0
                                    

Im tidak sangka yang dia akan berjumpa Esha lagi. Malah tidak sangka yang Esha akan datang sendiri ke Kafe Adora untuk bertemunya.Walaupun pada waktu malam, ketika Kafe Adora sedang siap-siap berkemas untuk tutup, dan tiada customer, tetapi situasi ini masih bahaya. Apa akan jadi jika seseorang ternampak Esha lalu menyebarkan khabar angin tentang Esha? Esha , dia seorang artis bukan

" Saya tahu awak tidak kisah pasal imej dan gossip, tapi awak boleh menyamar sikit supaya tidak dicam kan?" tegur Im melihat Esha tanpa samaran. 

" Tahu.. tapi saya tak mahu.. "

 Esha memandang Im yang berkaca mata dan berpakaian serba putih ala chef. Lain dari apa yang selalu dilihatnya,walaupun begitu, Im masih kelihatan kacak, elegant, dan nampak begitu matang. Esha senyum dalam hati memuji Im. 

Im mempelawanya masuk dan sebaik sahaja Esha masuk ke dalam kafe, Fai yang sedang mengelap meja tergamam. Kain lap yang dipegangnya terjatuh ke lantai.  

" Es.... Es...Esha..??" tergagap Fai dibuatnya. 

 Zarif yang baru keluar dari toilet juga terkejut bila melihat seorang artis muncul di kafenya. Esha pula tu.Penyanyi baru yang sedang top sekarang ini. Lagu Cinta adalah ringtone Putri. 

Ary pula seperti biasa hanya memandang dari jauh.

" Duduk dulu. Saya akan buatkan awak sesuatu.."kata Im. 

 Im masuk ke dapur dan sebaik sahaja Im hilang dari pandangan, Fai , Zarif dan Ary bergegas mendekati Esya.

" Ni.. cik Esya kan?" tanya Zarif, tidak percaya. 

" Ha.. yer saya..."

" Autograph... autograph..." Fai cepat-cepat hulurkan kertas putih pada Esya. Esya ketawa.

" Cik Esya ni kawan Im ke?Im tak pernah beritahu pun." tanya Fai menyiasat. 

" Em... boleh dikatakan kami berkenalan.."

" Sejak bila? " sampuk Ary. 

"  baru juga.."

" Cik Esya buat apa di sini? " tanya Zarif pula. 

" Saya ada shooting filem kat sini.."

" Cik Esya berlakon dah sekarang?  Cerita apa? Saya minat lagu-lagu cik Esya..  Lagu cinta ringtone tunang saya hehehe...  " tanya Zarif non-stop. 

" Cerita romantik komedi.Nanti tonton di pawagam yer bila dah ditayangkan nanti ya." 

" Cik Esya, tangkap gambar sama boleh?" 

" Boleh.."

" Cik Esya .. selfie.. selfie..."

 Im keluar dari dapur dengan membawa banana split mendekati mereka berempat. Pening dia melihat perangai budak-budak Kafe Adora ni.. terutama Fai yang sibuk mengambil gambar selfie dengan Esha.

 " Kenapa awak ke sini?" tanya Im sebaik sahaja mereka berdua ditinggalkan bersendirian.

Zarif, Fai dan Ary masing-masing kembali membuat kerja mereka yang tergendala. Namun dari jauh, masih senyap-senyap memerhati.

 Esha mengeluarkan satu tiket dan diletak di atas meja , di depan Im. Tiket masuk untuk Festival  Amal 2014 Rumah Anak Yatim Seri Mahligai.

" Sabtu ni, Saya harap awak dapat pergi dengan saya." ajak Esha. 

 Im tatap wajah Esha tanpa bercakap apa-apa.

 " Tiap-tiap hujung tahun, mereka akan buat festival amal ini dimana mereka yang terlibat akan mengadakan jualan, games, persembahan dan macam-macam  lagi untuk mengutip dana bagi rumah kebajikan ini. ..bla..bla.. bla..."

Im perhatikan Esha yang sedang menjelaskan padanya tanpa henti-henti.  Im sudah tahu tentang festival ini. Ia salah satu festival paling besar dan paling meriah  di bandar ini dan ia dilakukan setiap tahun.  Dan setiap tahun juga, Im tidak pernah menghadiri nya.

Tapi bukan ini yang dia ingin tahu.

" Tiap-tiap tahun saya terlibat menjayakan festival itu dan  tahun ini adalah kali pertama saya akan menyanyi di situ.. sebagai seorang artis, penyanyi yang sebenar.. " Esha masih memberi penjelasan. 

 Im membisu, merenung Esha yang sering melarikan anak matanya setiap kali bertemu renungannya. Penjelasan panjang lebar dari Esha ini  juga bukan apa yang dia ingin tahu. 

" Kenapa awak ajak saya?"  potong Im.Esha terkedu. 

Soalan Im itu,  buatkan dia serba-salah. Kenapa ya?  Kenapa dia ajak Im sedangkan dia boleh ajak Shasha, Kak Safa, sesiapa sahaja selain Im.. tetapi dia berada di sini, memilih untuk susah payah mencari Kafe Adora dan senyap-senyap datang ke sini, kenapa?

 " Ke..kenapa? Emm... Err.. sebab...emm... "

Mata jernih Im itu menantikan jawapannya. 

" Ya, kenapa?" desak Im. 

 " Sebab saya sukakan awak..." bisik Esha di dalam hati. Dia tidak berani meluahkan ayat itu pada Im. Hanya memikirkannya sahaja sudah membuatkan dia malu dan segan.

 "Se.. sebab.. saya nak awak temankan saya... itu sahaja.!  "  

 Esha minta diri dan keluar dari Kafe Adora tanpa menyentuh makanannya. Bunyi loceng angin di pintu masuk mengejutkan semua.

 " Ehhhh..... dah balik dah???" kata Fai tidak puas hati. Dia baru sahaja nak berbual-bual dengan Esha lagi.

"Tergesa-gesanya.. minuman pun tak diteguknya...." kata Zarif yang dari tadi asyik memerhatikan mereka.

" Emm.. takpelah.. upload instagram dulu.." kata Fai. 

Fai mengeluarkan telefon bimbitnya, sedia untuk memuat naik gambar selfie dia dengan Esha tadi. Mesti ramai yang jelez dan terkejut bila lihat gambar mesra dia dan Esha, hehe... tetapi belum sempat dia berbuat apa-apa, Im mengambil telefon bimbitnya dan memadamkan semua gambar tadi.

' EehhhhhhHhhhhhhhhhhh!!!  Kenapa...??." rungut Fai.

" Walaupun Esha tidak kisah, tetapi jika gambar macam ni tersebar, media akan mula siasat dan gossip akan keluar.. Ia tidak baik untuk imej Esha..." 

Jelas Im  sambil mengembalikan telefon bimbit itu pada Fai, ala-ala guru disiplin sambil membetulkan cermin matanya yang jatuh, dengan jari kelingking.

 " Kau ambil berat padanya? Ini pertama kali bukan?" tanya Zarif pada Im yang berselisih dengannya. 

Im tidak membalas, terus masuk ke dapur dan Zarif lihat di poket seluar Im terselit kad jemputan tadi. 

Zarif tersenyum.

Adora CafeWhere stories live. Discover now