Haerin menghabiskan nyanyian dengan petikan gitar. Kemudian dia memandang skrin komputer. Komen-komen positif dari netizen yang menonton live nya sekarang dibaca dengan senyuman.
Sejak dia pernah post video nyanyiannya di akaun instagram , pengikutnya semakin bertambah hingga 600 ribu. Kadang-kadang dia dapat tawaran untuk menyanyi di majlis-majlis formal. Dia juga terkejut apabila dia menjadi semakin terkenal di media sosial.
Haerin membaca komen, ada yang bertanya pelbagai soalan tapi paling menarik hatinya ialah soalan berkenaan cincin yang tersarung di jari manisnya.
"No. Saya belum kahwin. Ini cincin tunang. "Haerin menjawab soalan peminatnya.
"Tunang face reveal? "Haerin terdiam sekejap membaca permintaan peminatnya. Bukan tak nak tunjuk tapi dia sendiri tak pernah tahu muka tunangnya.
Hubungan mereka macam tergantung kerana dia tak pernah berkenalan dengan tunangnya. Dia hanya pernah berjumpa dengan bakal ibu mertua sahaja.
"Tak naklah tunjuk. Rahsia. Tunggu kahwin nanti. "Balas Haerin dengan senyuman. Haerin hanya ketawa apabila ramai yang memberi riaksi kecewa.
Haerin melihat jam di tangannya. Sudah satu jam dia melakukan live.
"Okeylah. Sampai sini je, saya sambung next time okay? Anyeong! "
Haerin melambai tangannya sebelum live ditamatkan.Haerin menutup komputernya sebelum dia keluar dari bilik. Dia menuju ke dapur. Ibunya yang sedang memasak, dihampiri.
"Mama masak apa? "Soal Haerin.
"Ha bagus, mari sini tolong mama masak. "Kata Puan Miran, ibu kepada Haerin.
"Tak naklah. "Haerin mengeleng kepala.
"Eh Haerin tu dah besar. Dah jadi tunang orang. Tak lama lagi nak kahwin. Tak akan tak mahu belajar masak. Nanti suami lapar nak makan apa? "Puan Miran membebel.
Haerin memuncung. Dia mengambil gelas dan air didalam peti ais.
"Haerin tak nak pun bertunang. Mama yang paksa. "Kata Haerin perlahan tapi masih didengari oleh Puan Miran.
"Mama paksa sebab Haerin tu manja sangat. Tak reti berdikari. Kalau dah kahwin nanti, bolehlah Haerin belajar bertanggungjawab. Buat kerja rumah tak reti. Masak tak tahu. Apa yang Haerin reti? Menyanyi lepastu buat live. "Puan Miran memerli Haerin.
Panas sahaja Haerin mendengarnya. Ini yang rasa nak jadi anak derhaka ni. Kalau boleh apa yang ibunya cakap mahu sahaja dia menjawab.
"Mama, apa yang Haerin buat tu, boleh buat duit tau. Ramai yang tawar Haerin untuk menyanyi. Lagipun bukan ke menjadi famous ialah cita-cita Haerin? "Haerin mengibas rambutnya. Berlagak.
Bukan ibunya sahaja cakap dia manja, orang lain pun cakap. Sampai ada yang kata Haerin ni gedik dan bimbo. Kadang-kadang Haerin terasa juga, tapi apa boleh buat. Mulut orang.
"Menjawab je kerja dia. Dah pergi tukar baju. Puan Jina nak datang sekejap lagi. "Kata Puan Miran.
Hampir sahaja, air yang diminum Haerin tersembur.
Puan Jina, bakal ibu mertuanya.
Haerin tersenyum senget. Bolehlah dia korek rahsia tentang tunangnya.
--
Tbc.
So how first chap? OnXOn lol
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...