empat puluh enam : My name in the list

3.2K 339 46
                                    

Kaki Haerin mengigil cuba mengimbangkan berat badan. Tangannya mencengkam dinding supaya tubuh tidak jatuh ke lantai.

"Ini last sayang. Tahan. "Kata Jimin. Haerin mengemam bibir. Jimin memaksa dia melakukan wall slide squad.

Katanya dia perlu rajin bersenam supaya nanti senang nak bersalin. Berpeluh-peluh Haerin dibuatnya.

"Dahlah abang. Tak larat. "Kata Haerin. Dia berdiri tegak.

Jimin memandang Haerin. Pipi isterinya yang semakin berisi ditekup dengan tangan. Comel je dia tengok.

"Ok fine esok buat lagi tau. "Kata Jimin.

Haerin mengangguk. Dia duduk di kerusi. Meneguk air mineral untuk menghilangkan haus.

"Teman abang exercies. "Pinta Jimin.

Haerin hanya patuh. Dia mencebik apabila melihat Jimin menanggalkan baju yang dipakainya. Jimin suka sangat bersenam tak pakai baju.

Nasib baik seksi. Hek.

Melihat Jimin membuat tekan tubi, Haerin terus menghampiri lelaki itu. Tanpa berkata apa-apa Haerin duduk bersila di  belakang badan Jimin.

Terbaring Jimin dibuatnya. Terkejut bila ada beban di badannya.

"Sayang buat apa ni? Turun. "Arah Jimin.

"Alah awak kan special forces, bag 35 kg awak boleh angkat. Tak akan saya awak tak boleh angkat. "Kata Haerin.

"Sayang, awak tu lebih dari 35 kg tau. Lagi-lagi tengah mengandung. Lagi berat tahu? "Ujar Jimin.

"Oh abang nak kata saya gemuklah kan? "

Dahi Jimin berkerut.

"Bukan macam tu. Saya faham kalau mengandung berat badan naik. Itu normal. Tapi macam mana saya nak buat push up kalau awak duduk belakang saya? "Jimin berkata dengan lembut.

Haerin memeluk leher Jimin dari belakang.

"Abang try lah dulu. "Kata Haerin.

Jimin mengalah. Dengan Haerin duduk dibelakangnya, dia melakukan tekan tubi. Dia boleh buat tapi mengigil tangannya menahan berat Haerin.

"Abang. "Haerin memanggil.

"Hmm? "

"Saya minta maaf tau kalau saya mengada-ngada dengan abang. I don't know, sekarang saya asyik nak melekat je dengan abang. "Ujar Haerin. Tangan kiri memeluk leher Jimin, tangan kanan pula mengusap rambut Jimin.

"Macam mana abang nak tinggalkan sayang kalau macam ni? "Soal Jimin perlahan.

Haerin terus melepaskan pelukannya. Dia bangun dari badan Jimin.

"Apa maksud abang? "Tanya Haerin. Dia memandang Jimin. Jimin mahu tinggalkan dia? Mulalah dia rasa mahu menangis.

Jimin terus duduk. Dia menarik tangan Haerin perlahan untuk duduk dihadapannya.

"Jangan salah faham. Abang langsung tak kisah sayang nak manja dengan abang. Abang lagi suka. Tapi abang risau, due date sayang lagi beberapa bulan. Masa tu abang tak ada. "Kata Jimin.

Ini masa sesuai untuk dia bagitahu.

"Abang pergi mana? Abang tak nak jaga saya dah ke? "Haerin mencebik bibir. Air mata sudah bergenang.

"Abang kena sertai misi keamanan dekat Afghanistan. Nama abang tersenarai. "Kata Jimin.

"Jauhnya. Saya tak boleh ikut ke? "

"Mana boleh sayang. Abang kena bertugas dekat sana lama. Dalam lima bulan. "Kata Jimin.

"Ha?! "

--
Tbc.
Eii aku cringe
Btw aku cepatkan jln cerita ni

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now