dua puluh satu : Shooting lesson

4K 413 113
                                    

Jimin memandu kereta audi kepunyaannya ke suatu tempat. Haerin hanya diarahkan untuk mengekori lelaki itu.

Dia sendiri tak tahu ke mana Jimin suruh dia teman.

"Kita nak pergi mana Jimin? Bagilah tahu saya. "Soal Haerin. Tak tahu kenapa Jimin nak berahsia sangat.

"Aku nak bawa kau pergi dating. Jangan risau aku bawa kau ke jalan yang benar. "Jimin bergurau.

Haerin hanya mencebik. Bawa ke jalan yang benar apanya? Merapu je.
Haerin membuka instagram.

Jimin menoleh pada Haerin sekilas sebelum kembali memandang jalan raya.

"Apa main telefon tu? Layanlah suami kau ni. "Kata Jimin.

Haerin menyimpan telefonnya semula. Nak buat apa? Dia tak tahu nak cakap apa dengan Jimin.

"Awak nak saya buat apa? "Soal Haerin.

"Anything. "

"Okay fine. Awak pernah ada girlfriend tak? "Soal Haerin.

"Pernah. Eunseo. "Balas Jimin.

Air muka Haerin berubah. Menyesal pula tanya. Jimin menoleh melihat Haerin.

"Hey aku bergurau je lah. Pernah, tapi zaman sekolah lah. Aku pun tak ingat nama dia dah. "Jimin tergelak. Pantang betul Haerin mendengar nama Eunseo.

Jimin selesa berkawan dengan Eunseo sebagai satu pasukan tapi kadang-kadang dia kurang selesa juga dengan sikap Eunseo yang banyak mulut dan terlalu mengambil berat.

"Oh. Cepatnya awak lupa nama dia. "

"Buat apa nak ingat. Tak penting pun. Lainlah kau, aku tak akan lupa nama kau sebab kau dah jadi sebahagian dari hidup aku. "Kata Jimin.

Haerin hanya tersenyum kecil. Suka mengayat.

"Kalau macam tu, janji awak nak jatuh cinta dengan saya dah tertunai ke belum? "Soal Haerin.

Jimin diam. Dia menghentikan keretanya.

"Dah sampai. Jom. "Jimin keluar dari kereta terlebih dahulu.

Haerin mengeluh. Jangan terlalu mengharap.

--

Haerin tercengang melihat Jimin dari belakang. Walaupun bunyi disitu agak bingit tapi dia masih tak boleh alihkan mata dari Jimin.

Jimin sedang berlatih menembak. Kalau pakain tentera tersarung ditubuh Jimin sudah menarik hati apatah lagi sekarang ini.

Dikepala Jimin tersarung topi hitam. Matanya memakai eye protection dan telingga Jimin terdapat ear muffs. Kedua tangannya memegang erat rifle.

Argh hotnya!

Jimin mengakhiri tembakannya. Dia menghampiri Haerin.

"Wah, selalu ke awak berlatih? "Soal Haerin. Tertarik dia melihat kepakaran Jimin menembak.

"Tak selalu. Aku banyak berlatih dekat kem tentera. Tapi menembak hobi aku. Dekat rumah pun ada pistol. Kau tak pernah jumpa ke? "

Haerin mengeleng. Sepanjang dia kemas, tak pernah pula nampak.

"Boleh ke awak simpan? Bukan itu satu kesalahan? "Haerin tertarik mahu tahu.

"Aku ada lesen untuk simpan senjata api. Kau nak belajar menembak? "Pelawa Jimin.

Haerin mengangguk laju.

Jimin terus membawa Haerin ke tempatnya menembak tadi. Haerin terpaku melihat ruang luas dengan sasaran yang terdapat di tengahnya.

"Pakai ni. "Jimin memberi eye protection dan ear muff.

"Berdiri tegak. Pegang pistol macam ni. "Jimin memberi demonstrasi. Dia membantu membetulkan posisi Haerin dari belakang.

Tak sangka Haerin dia memegang pistol. Kata Jimin ini pistol Glock 17. Boleh tahan berat.

"Tarik picu dan. "

Bang!

Terkebelakang Haerin akibat momentum dari pistol itu. Nasib baik Jimin masih memegang tangannya, kalau tak mesti terlepas. Nasibnya juga baik apabila Jimin berada dibelakang menahan tubuhnya dari jatuh.

"It's okey. Percubaan pertama. "Kata Jimin apabila peluru jauh tersasar.

Jimin membantu Haerin menembak lagi. Sepanjang berlatih, tak pernah Jimin lepaskan Haerin.

Haerin pula segan apabila terasa diri seolah-olah dipeluk.

"Okay kali ini, aku biarkan kau buat seorang. Cuba fokus pada sasaran. Abaikan segala gangguan. "Kata Jimin apabila mereka sudah banyak kali berlatih.

Tangan Haerin dilepaskan. Jimin masih setia berdiri dibelakang Haerin.

Haerin bersedia dengan posisinya. Matanya memandang sasaran.

Tiba-tiba, terasa lehernya diusik.

"Janganlah kacau saya Jimin. "Kata Haerin. Dia menarik picu.

Kali ini, terasa telinganya pula ditiup. Haerin abaikan.

Jimin mendekatkan bibirnya dengan telinga Haerin yang memakai ear muff.

"Tentang janji aku tu, ini jawapannya. I love you. "Ucap Jimin.

Haerin tersentak. Dia terus menoleh memandang Jimin. Terkejut.

"I said focus sayang. Abaikan segala ganggu baby.  "Jimin menolak kepala Haerin perlahan.

Sayang?

Baby?

Haerin mengetap bibir. Ini gangguan yang Jimin maksudkan. Haerin terus menembak dan kena pada sasaran.

Haerin menoleh memandang Jimin.

"You know what? I love you too. "Haerin menjengkit. Leher Jimin ditarik dan pipi kanan lelaki itu dicium.

Pada mulanya Jimin terkejut tapi senyuman nakal terukir.

"Auch nakalnya sayang ni. "

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now