Haerin membuka matanya perlahan. Silauan cahaya lampu membantu dia melihat sekeliling.
"Somin! "Haerin tersentak melihat Somin duduk tidak bermaya berhampiran dengannya. Dengan keadaan mukanya yang berdarah. Luka-luka pada bahagian tangan.
Baru sahaja dia mahu menghampiri rakan baiknya itu, pergerakkan Haerin terbatas apabila tubuhnya sudah diikat pada kerusi.
Mata Haerin melilau mencari apa-apa sahaja yang boleh bantu dia tapi malangnya bilik itu kosong. Hanya ada dia dan Somin.
"Yah! Apa budak tu buat dekat kau? "Soal Haerin.
Somin yang dari tadi tunduk, kini mengalihkan pandangannya pada Haerin.
"Tolong aku Haerin. Aku tak tahan. Aku nak benda tu lagi. "Kata Somin. Sejak San memaksa dia untuk telan dadah flakka tempoh hari, dia jadi ketagih.
Sudah beberapa hari dia dikurung di dalam bilik itu dengan perasaan ketagih mahukan dadah lagi dan lagi. Tak diberi makan atau minum.
Dia rasa macam mahu gila walaupun baru pertama kami mencuba.
"Dia bagi kau dadah ke? Bodohlah budak tu. "Haerin mencarut buat pertama kali. Betul-betul geram.
Haerin melihat Somin, hanya tangan wanita itu diikat.
"Somin, kau tolong buka ikatan aku ni. Lepastu aku buka kau punya pula. Kita cuba lari dari sini. "Kata Haerin.
"Tak guna kau berusaha. Kau tak akan dapat keluar. "Haerin tersentak apabila pintu dibuka.
Muncul Choi San dengan senyuman sinis dia.
"Lepaskan aku lah! "Haerin menjerit. Dia bergelut mahu merungkaikan ikatan tali yang membelit tubuhnya.
"Auw i miss you so much. "Tangan San naik menyentuh pipi Haerin. Haerin segera mengalihkan mukanya. Matanya tajam menjeling San.
"Kalau kau tak tolak aku, kau mesti hidup dalam kemewahan sekarang. Tapi tengoklah kau, degil. Kau pilih Jimin dari aku. "Kata San.
"Hey bodoh! Aku langsung tak kenal kau sebelum ni. Kau muncul tiba-tiba lepastu kau nak harap aku jatuh cinta dekat kau? Tak masuk akal. "Maki Haerin. Pedulilah bahasa dia kasar.
Orang macam San layak kena maki.
"Wow kau dah berani kasar dengan aku kan? Dengar sini. "Pipi Haerin dicengkam.
"Aku akan pastikan kau jadi milik aku! "
Haerin tergelak sinis.
"In your dream! Sampai mati pun hati aku tetap dekat Jimin. Suami aku! Dengan perangai syaitan macam kau ni nak buat aku jatuh hati? Bukan aku sahaja, perempuan lain pun tak ingin dengan kau. "Balas Haerin.
Pap!
Pipi Haerin ditampar. Ayat Haerin berjaya memprovok San.
"Kau cabar aku. Kau jangan ingat aku tak tahu. Dalam perut ini ada anak Jimin. "San mengeluarkan pisau dari poket belakangnya.
Haerin tersentak. Tersekat nafasnya apabila pisau itu San dekatkan dengan perutnya.
"Anak aku tak ada mengena dengan kau. Jangan buat gila. "Kata Haerin.
"Bertenang. "San tersenyum sinis. Pisau disimpan semula. Tanganya naik memegang dagu Haerin.
"Aku tak akan bunuh dia. Aku cuma akan masukkan dadah dalam badan kau supaya nanti budak tu lahir dalam keadaan cacat. "Kata San.
Haerin memejam mata. Dia tak faham dengan fikiran gila lelaki itu.
"Nasib kau baik. Aku masih sayang kau. Aku biarkan anak kau membesar sihat dalam beberapa hari baru aku masuk kan dadah. Okay? "San mengusap kepala Haerin.
Haerin menjeling. Rasa nak mencarut lagi.
San berdiri tegak. Tiba-tiba kakinya dipeluk. San menunduk ke bawah melihat Somin yang memeluk kakinya.
"Aku nak dadah tu lagi. Tolong aku. "Kata Somin.
San tergelak. Dia segera menendang Somin.
"Semaklah perempuan ni. "San terus keluar dari bilik itu.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfic| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...