Somin keluar dari kedai serbaneka. Tiba-tiba dia teringin nak makan makanan segera walaupun sudah tengah malam.
Somin masuk semula ke dalam kereta. Dia memandu perlahan pulang ke rumah kerana jalan yang dilaluinya gelap, jadi dia tak berani bawa laju. Hanya ada beberapa buah kereta sahaja yang lalu.
Lima minit memandu, sebuah kereta yang berada di belakang Somin memandu rapat hampir sahaja melanggar kereta Somin. Apabila Somin laju sikit, kereta itu mengejar.
Somin jadi takut. Sebelah tangannya mengambil telefon. Mendail nombor sesiapa sahaja yang terlintas di fikirannya.
"Hello, Haerin! "Somin terus memanggil nama wanita itu apabila Haerin menjawab.
"Kau kenapa call aku malam-malam buta ni? "Soal Haerin. Mamai.
"Tolong! Aku takut. Ada orang kejar aku. Aku tak tahu nak buat apa. "Kata Somin. Matanya tak lepas melihat cermin pandang belakang.
"Kau pandu laju-laju. Pergi mana-mana balai polis yang dekat. Kau.. "
Buk!
Tak sempat Haerin habis cakap, kereta Somin dilanggar dari belakang. Telefon Somin terlepas dari tangan. Somin berhenti mengejut.
"Buka pintu ni! "Beberapa orang lelaki mengetuk cermin kereta. Somin menyorokkan mukanya. Dia mengeleng kepala. Dia terlalu takut sekarang ni.
Tak semena-mena cermin kereta Somin dipecahkan dengan kayu besbol yang mereka bawa. Somin terkejut. Pintu kereta Somin dibuka. Mereka menarik Somin terkeluar.
"Lepaslah! Tolong!"Somin menjerit.
"Diam! "Kata salah seorang dari mereka. Somin meronta-ronta apabila tangannya diikat. Kepalanya pula ditutup dengan kain.
"Tolong! "Somin menjerit.
--
"Lepaskan akulah. "Somin masih meronta apabila dia dibawa ke satu tempat yang dia sendiri tak tahu. Dengan penglihatannya terhalang.
Tubuh Somin ditolak kasar sehingga dia terduduk disebuah kerusi. Somin diikat pada kerusi sebelum ikatan tangannya dibuka. Kain yang menutup kepalanya dicabut.
Somin melihat sekeliling. Dia di dalam bilik kosong. Hanya ada beberapa orang lelaki yang menculiknya tadi.
Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka. Melihat San yang masuk buatkan Somin sangat terkejut.
"Kau! Apa kau nak buat dengan aku ha? Lepaslah! "Marah Somin. Dia memandang San tajam.
"Tutup mulut kau! Bising tahu tak perempuan?! "Kata San.
"Aku dah agak. Dari awal kau kacau Haerin, kau memang jahat. Budak tak guna! "Somin memaki semula.
San mengetap gigi. Rahang Somin dicengkam.
"Sebab sikap kau yang suka menyibuklah, kerja aku nak dapatkan Haerin jadi susah. Dekat mana ada Haerin mesti ada kau. Menyemak tahu tak?! "San marah. Somin menjeling lelaki itu.
"Padan muka kau! Kau fikir Haerin nak dengan kau ke? Kau tu bodoh! Dia dah kahwin lah. Suami dia jauh lagi baik dari kau! Kau fikir kau setanding dengan dia? "Selamba Somin mengutuk lelaki itu.
San melepaskan cengkamannya. Dia paling tak suka dengan Somin. Mulut Somin lancang.
"Hongjoong sekarang. "Kata San. Hongjoong mengangguk. Dia keluar dari bilik sebelum masuk semula bersama dengan dulang besi berbentuk petak kecil. Diatasnya ada plastik berisi sesuatu bewarna putih.
San menuang serbuk putih itu diatas dulang. Serbuk itu dikacau-kacau sebelum dia letakkan diatas tapak tangan.
"Buka mulut. "Arah San pada Somin. Somin mengeleng. Orang bodoh sahaja dengar arahan dia.
San memberi isyarat mata pada Hongjoong. Lelaki itu menghampiri Somin, mulut Somin dibuka secara paksa dan kasar.
San terus memasukkan serbuk itu ke dalam mulut Somin. Mulut Somin ditutup kasar. Melarang wanita itu dari membuang semula.
"Kau tahu aku masukkan apa? "San memandang Somin dengan senyuman sinis.
Somin memandang San dengan mata berair. Baru beberapa saat benda itu masuk ke dalam badannya, dia sudah rasa lain. Badannya rasa panas. Degupan jantungnya terasa laju dari kebiasaan.
"Aku masukkan flakka."
--
Tbc.
Tak tahu flakka apa? Search lh google
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfic| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...