| Park Jimin X Jeon Haerin |
Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya.
Lelaki itu terlalu misteri.
Mesej tidak pernah.
Call lagilah mustahil.
Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...
Haerin meminta diri untuk pulang. Hyeon mahu duduk lebih lama dengan Puan Miran dan Encik Hyuk.
Haerin keluar dari perut lif. Kakinya diatur laju keluar dari bangunan hospital. Sedang dia terleka mencari kunci kereta di dalam bag tangan tanpa sedar dia terlanggar seseorang.
Hampir sahaja Haerin mahu jatuh tapi nasib baik dia sempat mengimbangkan diri.
"Oh my god, your phone. I'm so sorry. Saya tak sengaja. "Haerin terus menunduk mengambil telefon lelaki itu yang terjatuh.
Bulat matanya apabila ternampak kesan retakkan dan calar pada skrin itu.
Haerin memandang lelaki itu. Saat mata bertemu terus jantungnya berdegup kencang. Apatah lagi apabila lelaki dihadapannya ini merenung dia.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Haerin terkaku disitu. Pemakaian lelaki itu sangat menarik hatinya. Dengan pakaian uniform tentera. Beret tidak disarung pada kepala tapi dipegang erat pada tangannya. Rambut lelaki itu yang dibiarkan bebas. Nampak segak.
Argh kacaknya!
"Excuse me. My phone. "Lelaki itu berdehem. Baru Haerin perasan, lelaki itu cuba mengambil telefonnya dari genggaman Haerin.
Haerin terus melepaskan.
"Sorry. Skrin telefon awak retak. Saya betul-betul minta maaf. "Ucap Haerin. Telefon dia bukan biasa-biasa. Jenama IPhone keluaran terbaru pula tu.
"Tak apa. "Ucap lelaki itu. Dia memandang Haerin sekilas sebelum dia meninggalkan gadis itu.
Haerin memandang lelaki itu yang semakin jauh berjalan.