Haerin menjalani hidupnya tanpa Jimin. Pada mulanya agak susah, hari-hari dia rindu pada Jimin. Lagi pula dia mengandung, emosi asyik terganggu sahaja.
Tapi lama kelamaan, dia mula biasa dengan dengan situasi itu. Sudah hampir tiga bulan Jimin meninggalkannya, dia boleh hidup sendiri sekarang.
Kebenarannya, dia bukan boleh berhubung dengan Jimin selalu kerana dekat sana panggilan terhad.
Jimin juga sibuk dengan kerjanya."Akak. "Pintu bilik Haerin dibuka. Muncul Hyeon.
"Kenapa? "Soal Haerin. Dia bangun dari baringnya.
"Kak Somin datang. Turunlah. Dia nak jumpa akak. "Kata Hyeon.
Haerin terkejut. Somin. Lamanya dia tak jumpa wanita itu. Haerin terus turun dari katil. Dia turun ke tingkat bawah. Dari jauh dia sudah nampak seorang wanita duduk membelakanginya.
"Somin! "Haerin berlari mendapatkan Somin. Tubuh sahabatnya terus di peluk erat.
Somin tersenyum.
"Rindunya aku dengan kau. "Kata Haerin.
"Aku pun. Kau sihat? Baby macam mana? "Soal Somin. Dia melihat perut Haerin.
"Dua-dua sihat. Kenapa tak bagitahu aku kau nak datang? Boleh aku sediakan makanan sedap-sedap. "
Haerin dan Somin duduk bersebelahan.
"Tak payahlah. Kau tu mengandung. Duduk diam-diam. Aku datang nak melawat je bukan nak makan. "Kata Somin.
"Mengandunglah kena banyak gerak. "Balas Haerin. Somin mengeleng kepala. Menjawab je kerja.
"Kau dah okay? "Soal Haerin. Berhati-hati dia bertanya supaya Somin tidak terganggu.
"Dah. Aku makin sihat sekarang. Aku dengar budak tu kena hukuman gantung. Betul ke? "
"Dia dah tak ada Somin. Hukuman dia dah berlaku tiga bulan lepas. Masa kau dalam rawatan. Itu balasan untuk dia sebab buat kau dan aku macam ni. "Kata Haerin.
Somin mengangguk. Sekarang dia sangat berjaga-jaga bila ke mana-mana. Kalau keluar malam dia akan keluar dengan orang lain bukan seorang diri. Dia juga tekad nak duduk dengan keluarga sebab trauma tinggal seorang diri.
Memori pertama kali dadah masuk ke dalam badannya, sangat sukar untuk dia lupakan. Ibarat mimpi ngeri baginya.
"Makin comel lah kau sekarang. Kau dah gemuk. Habislah nanti Jimin tak suka. "Somin mengusik. Dah lama tak bergurau dengan Haerin.
"Ish kau ni. Janganlah cakap macam tu. Nanti lepas habis pregnant aku kuruslah balik. "Haerin memukul bahu Somin. Boleh tahan kuat.
"Aku guraulah. Bila due date kau? "
"Esok. "
"What? Biar betul kau bersalin esok? "Soal Somin. Tak percaya.
"Ya. Buat apa aku tipu. Esok aku dah kena pergi hospital. "Kata Haerin.
Sebenarnya dia takut dan berdebar. Pertama kali dia akan melahirkan seorang anak tanpa suami di sisi.
Ah dia rindu dengan Jimin.
--
Tbc.
Ingat ya aku cepatkan cerita dia.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...