San bersandar pada sofa. Minuman beralkohol diteguk berkali-kali sehingga dia menjadi lalai dan mabuk. Tak puas satu botol, satu lagi diteguk.
"Hongjoong! Hongjoong! "San terjerit-jerit memanggil nama lelaki itu.
"Cepatlah bodoh! Lembap! "Marah San dengan keadaanya yang mabuk.
Hongjoong tergesa-gesa mendapatkan San. Dia berdiri disebelah kerusi yang diduduki lelaki itu.
"Aku nak Haerin. Sekarang! "San memekik. Tiba-tiba dia ketawa. Betul-betul luar kawalan.
"Tapi tuan nak buat apa? Macam mana saya nak.. "
"Aku rindu dia! Ah! Tak kisahlah kau nak buat macam mana sekali pun. Culik dia atau paksa dia. Aku nak Haerin sekarang! Buat atau aku bunuh kau! "Kata San.
Hongjoong mengaru kepala. Bos dia ni, kalau tak menyusahkan orang tak sah. Mentang-mentang banyak duit, asyik mengarah dia sahaja.
"Baik tuan. "Hongjoong akur. Dia terus beredar. Nak tak nak, kena culik Haerin juga.
San merebahkan badannya diatas sofa. Tangannya mencapai telefon. Gambar Haerin ditenung lama.
"Aku rindu kau sayang. "Kata San sendirian.
"Kau milik aku. Hanya aku seorang. "
--
Ting! Ting!
Haerin menoleh ke muka pintu. Baru sahaja dia mahu bangun, Jimin terlebih dahulu berjalan dengan tongkatnya mahu buka pintu rumah.
Jimin membuka pintu. Baru sahaja dia mahu buka mulut bertanya, tiba-tiba kepalanya dipukul dengan kayu yang mereka bawa.
Jimin terjatuh. Kepalanya terasa sangat sakit sehingga berdarah.
"Ambil perempuan tu cepat. "Arah Hongjoong.
"Kau nak buat apa dengan isteri aku? "Tangan Jimin mencengkam kaki Hongjoong yang berjalan masuk ke dalam rumahnya.
Tangan Jimin segera ditendang.
"Kau belasah dia. "Kata Hongjoong sebelum masuk ke rumah.
Jimin bangun secara paksa. Walaupun kakinya sakit. Kepala dia sudah berdarah, tapi dengan segala ilmu seni mempertahankan diri yang dia belajar di pasukan khas, dia gunakan.
Jimin memukul sesiapa sahaja yang mara padanya. Tapi satu sahaja kekurangan kerana kakinya yang patah dan dia berlawan seorang diri berbanding mereka ada lima orang.
Hongjoong mencari kelibat Haerin. Di ruang tamu tak ada. Dia berjalan ke dapur. Dia tersenyum sinis melihat Haerin sudah berdiri tegak dengan pisau ditangan.
"Jangan dekat! "Haerin mengacu pisau pada Hongjoong.
Hongjoong tergelak. Tangan mengigil pegang pisau, ada hati nak lawan dengan dia.
"Aku tak nak cederakan kau. Baik kau letak pisau tu. "Kata Hongjoong.
"Orang bodoh je dengar cakap kau! "Balas Haerin.
Hongjoong diam. Dia terus menyepak pisau yang berada ditangan Haerin sehingga terlepas. Dia berjalan mendekati Haerin yang sudah berundur.
Tak nak buang masa, hidung dan mulut Haerin ditekup dengan kain sehingga Haerin terhidu sesuatu sebelum dia pengsan.
"Senang kerja aku. "Hongjoong terus mendukung Haerin di bahunya.
Hongjoong membawa Haerin ke muka pintu. Nampaknya Jimin tak sudah-sudah lagi berlawan.
"Argh kau nak bawa isteri aku pergi mana?! "Jimin menarik Hongjoong kasar. Hongjoong menepis.
"Selesaikan dia cepat. "Arah Hongjoong pada mereka sebelum dia berlalu pergi.
Jimin menjerit kesakitan apabila mereka memukul kakinya yang patah. Tak cukup dengan itu kepala Jimin turut dipukul lagi.
Jimin jatuh terbaring. Matanya samar-samar melihat mereka membawa Haerin pergi sebelum dia pengsan disitu.
--
Tbc.
Ok cerita ni dh nak habis wuhuuuu
Apa pun aku tak reti buat scene lawan ii maafkan patik.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...