Pasukan Alpha lengkap memakai baju khas mereka. Hoseok, Taehyung dan Eunseo memeriksa senjata yang mereka bawa.
"Ready? "Soal Jimin pada mereka bertiga.
Mereka mengangguk. Senjata sudah siap disisi.
"Move. "Arah Jimin. Mereka bertiga keluar dari General M934 Truck Van.
Jimin mengambil tempat dihadapan beberapa komputer yang telah mereka pasangkan didalam trak van itu. Dia segera memakai headphone dikepala.
Oleh kerana kecederaan yang dialaminya, Jimin akan memantau pasukan Alpha melalui komputer. Mereka akan menerima arahan dari Jimin sekiranya apa-apa berlaku.
Dari semalam dia dan Hoseok sudah mengodam CCTV di kilang itu. Setiap pergerakan musuh semua dibawah pemerhatiannya.
Pasukan Yunho juga sedang menanti arahan dari Jimin. Mereka sudah bersiap dengan kelengkapan.
"Bahagian pintu masuk. Ada pengawal. "Kata Jimin. Suara Jimin didengari oleh mereka melalui ear monitor.
Dengan pantas mereka bergerak ke pintu masuk. Ada beberapa orang pengawal sedang menjaga. Setiap dari mereka ada pistol.
"Letakkan senjata! "Arah Taehyung. Rifle diacu pada mereka.
Pasukan Alpha melepaskan tembakan apabila mereka mengikari arahan Taehyung. Sekejap sahaja, beberapa orang pengawal tadi sudah terkulai kerana ditembak.
Mereka berjalan masuk. Mata mereka sentiasa berjaga agar tidak terlepas atau tertangkap oleh musuh.
"Yunho get ready. Team satu masuk. Team dua kepung keliling kilang. Ingat, jangan tembak kalau penjenayah menyerah diri. "Kata Jimin.
Yunho terus mengarahkan pasukan khas polis yang lain.
Mata Jimin beralih pada komputer yang lain. Setiap komputer mempunyai rakaman pada sudut yang berbeza.
Mata Jimin tersentak saat melihat Haerin berada disebuah bilik. Terikat dikerusi bersama dengan Somin. Keadaan Haerin nampak lemah. Somin disebelah Haerin pula seperti tidak sedarkan diri.
"Tak guna Choi San. "Jimin menghentak meja marah.
Jimin mengalihkan pandangan pada komputer disebelah. Mencari laluan lain untuk membawa pasukan Alpha menemui Haerin.
"Alpha team, move to the right. "Arah Jimin. Matanya memandang beberapa orang pengawal yang berada di bahagian lorong yang menghubungkan mereka ke bahagian dimana tempat membungkus dadah di dalam paket makanan.
"Hati-hati. Mereka dah sedia dengan senjata. "Kata Jimin. Beberapa orang pengawal seperti sudah mengetahui kehadiran mereka disitu. Mereka berjaga-jaga menunggu kehadiran pasukan Alpha atau polis.
Baru sahaja pasukan Alpha mahu bertindak, suara Jimin menghentikan mereka.
"Stop! "Arah Jimin. Pasukan Alpha segera bersandar pada dinding.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...