Bunyi alarm yang bingit mengejutkan Haerin dari tidur. Dia mencapai telefonnya. Sudah jam sepuluh pagi. Haerin terus terbangun. Dia menoleh disebelahnya. Jimin masih tidur.
Haerin mengaru kepala. Punca dia tak dapat tidur semalamlah ni sampai bangun lambat. Jimin pun sama. Tak sudah menyakat dia semalam.
Haerin menyelak selimut ke tepi. Dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Selesai mandi, Haerin menghampiri Jimin.
"Awak. "Haerin menolak bahu Jimin.
"Hmm. "
"Bangun dah pagi. "Kata Haerin. Jimin mengeliat sebelum dia bangun dengan mata terpejam.
Haerin hanya melihat telatah Jimin dengan senyuman.
Auch! Macam mana seorang askar boleh bangun tidur dengan muka comel macam ni?
Baru sahaja Haerin mahu keluar, Jimin memegang pergelangan tangannya. Terkejut Haerin.
"Pukul berapa? "Soal Jimin.
"Sepuluh setengah pagi. "Balas Haerin.
"Oh. "Itu sahaja balasan Jimin. Haerin memandang Jimin yang termenung lama. Memang ini ke tabiat Jimin kalau bangun tidur? Comel!
Ikutkan dia mahu keluar dari bilik tapi Jimin masih tidak melepaskan tangannya.
"Awak nak apa-apa ke? Saya nak turun bawah ni. "Haerin memandang Jimin.
Jimin mengeleng kepala. Tiba-tiba Jimin mengucup tangan Haerin sebelum dia bangun dan menuju ke bilik air.
Haerin terpaku. Apakah itu?
"Argh! "Haerin menjerit. Dia melompat suka. Segera Haerin turun ke bawah.
Haerin menuju ke dapur. Dia mahu siapkan sarapan untuk Jimin.
"Nak masak apa eh? Aku mana reti masak. "Haerin berkata sendirian.
Masa itu baru dia menyesal bila tak mahu belajar masak dengan Puan Miran.
Haerin berfikir sejenak. Akhirnya dia memilih untuk membuat gimbap sahaja. Itu paling senang.
Sementara tunggu nasi masak, Haerin mengoreng telur. Dia memotong bahan-bahan lain.
"Haerin. "Jimin memanggil.
Haerin menoleh. Sekali lagi dia kaku melihat Jimin. Lelaki itu memakai seluar sukan dan baju tanpa lengan boleh nampak otot-otot. Ditelingganya terdapat airpod.
"Buat apa tu? "Soal Jimin
"Emm saya tengah tunggu nasi masak. Nak buat gimpab untuk awak breakfast. "Kata Haerin.
Dalam hati tak sudah-sudah memuji ketampanan Jimin.
"Aku nak pergi jogging sekejap. Lepas jogging aku makan. "Balas Jimin.
Haerin mengangguk. Jimin berlalu pergi.
"Susahlah ada suami hot ni. "Kata Haerin perlahan.
--
Haerin termenung di meja makan. Keluhan berat keluar dari bibirnya. Jam di telefon dilihat. Pukul dua belas tengah hari. Jimin masih belum pulang lagi. Bila dia menghubungi lelaki itu, tidak berjawab pula.
Timbul rasa risau.
"Mana awak ni Jimin? "Soal Haerin sendirian. Gimbap yang terhidang, dipandang sepi.
Ting!
Cepat-cepat Haerin mengambil telefonnya. Nama Jimin yang terpampang di skrin melegakan hatinya.
Aku tak balik hari ini. Kunci rumah. Jaga diri. Kalau nak keluar aku izinkan.
Haerin membaca mesej itu dengan kerutan di dahi.
Awak pergi mana?
Lama menunggu. Mesej itu tidak di balas. Apabila dia telefon, Jimin tak angkat.
"Tak akan dia jumpa Eunseo. "
Haerin mengeleng kepala. Dia perlu bersangka baik dengan suami sendiri.
Seharian Haerin terperap di rumah. Dia fikir Jimin main-main dengan mesej itu tapi sehingga ke malam Jimin tak pulang.
Haih apalah nasib. Baru kahwin suami dah hilang.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...