empat puluh lima : Something that worrying him

3.3K 344 45
                                    

Enam bulan selepas kejadian itu, Haerin dan Jimin menjalankan hari mereka seperti biasa.

Haerin berterima kasih sangat pada rakan-rakan Jimin dan pihak polis kerana menyelamatkannya. Kaki Jimin juga sudah pulih dan dia kembali berkhidmat di tentera.

Haerin juga mengambil keputusan untuk tangguh pembelajarannya sementara dia sedang sarat mengandung.

San pula dituduh atas banyak kesalahan. Cubaan membunuh, penculikan dan pengedaran dadah. Tak lama lagi dia akan dikenakan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan yang dilakukan.

Somin, wanita itu sedang menjalani rawatan kerana ketagihan. Dia juga sering berjumpa dengan pakar psikatrik kerana trauma yang dialaminya sangat teruk. Tapi sekarang Somin sudah semakin pulih.

--

Jimin yang baru sahaja pulang dari kerja menolak pintu rumah dengan perlahan.

"Sayang? "Jimin memanggil. Pelik melihat keadaan rumah yang sunyi. Selalunya bila dia balik mesti Haerin ada di ruang tamu sedang menonton televisyen.

Tapi hari ini sunyi sahaja. Jimin meletakkan kunci keretanya diatas meja.

Langkahnya diatur ke bilik tidur mereka. Tersenyum Jimin saat melihat Haerin terlena diatas katil.

Jimin menghampiri Haerin. Dia merebahkan badannya di sebelah Haerin. Perut Haerin yang semakin membesar diusap perlahan.

"Sayang. Bangun. "Jimin mengejutkan Haerin. Rambut Haerin yang menutupi muka diselak ke tepi.

Haerin mencelik mata apabila terasa tidurnya diganggu. Wajah Jimin yang terpampang di depan mata, menimbulkan senyuman nipis di bibir Haerin.

"Bila abang balik? "Soal Haerin. Dia bangkit dari baringnya. Hidung yang tersumbat akibat selesema digosok perlahan.

Sejak mengandung ni, dia asyik demam dan selesama sahaja. Tapi syukurlah dia tak ada apa-apa alahan teruk.

"Baru je. "Kata Jimin. Jimin bangkit dari katil. Baju tenteranya ditanggalkan, hanya tinggal tshirt nipis dan seluar tentera sahaja.

Haerin terkial-kial berdiri mahu hidangkan makanan untuk Jimin di dapur.

"Emm sayang. "Langkah Haerin terhenti apabila Jimin memanggil.

"Ya? "

Jimin memandang Haerin lama.

"Tak ada apalah. "Kata Jimin. Dia terus mencapai tuala dan masuk ke bilik air.

Didalam bilik air, Jimin termenung. Kepalanya sarat memikirkan pelbagai perkara.

"Macam mana aku nak bagitahu Haerin ni? "

--

Haerin memandang Jimin lama. Dia hairan apabila melihat Jimin senyap sahaja. Makanan pun tak luak. Banyak termenung.

"Abang fikirkan apa? "Soal Haerin.

Jimin tersentak. Dia memandang Haerin lalu mengelengkan kepala.

"Tak ada apa. "

"Kalau abang ada masalah share dengan saya. Jangan pendam seorang diri. "Kata Haerin.

"Tak ada apa sayang. "Jimin tersenyum. Dia kembali makan dan berbual dengan Haerin supaya isterinya tak rasa risau.

Haerin mengangkat pinggan kotor ke sinki. Baru sahaja, dia mahu basuh Jimin sudah menghalang.

"Biar abang basuh. "Kata Jimin.

"Tak apa. Saya boleh buat. "

"Jangan degil. Sayangkan tak sihat. Duduk diam-diam. "Ujar Jimin.

Haerin akur. Dia duduk di meja bar. Memerhati Jimin membasuh pinggan dari belakang.

Haerin tersengih. Mengandung ni, buatkan dia rasa angau je nampak Jimin. Apa Jimin buat semua nampak indah di mata.

"Macam mana abang boleh jadi kacak macam ni? "Soal Haerin tiba-tiba.

Tangan Jimin berhenti dari membasuh. Dia memandang Haerin dengan kerutan.

"Genetik mungkin? "

"Oh. Cepatlah basuh pinggan. Saya nak peluk awak. "

"Eh mengadanya dia. "

--
Tbc.
Arghh a few more chapter to go!!

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now