Haerin segera keluar dari kereta. Dia berlari menuju ke wad yang ditempatkan untuk Jimin. Tidak peduli orang pandang dia pelik.
Keluar dari lif, Haerin menuju ke wad persendirian. Dia menolak pintu wad.
Mati langkahnya saat melihat Eunseo berada disisi Jimin. Jimin masih terbaring tidak sedarkan diri. Apa yang buatkan dia sakit hati ialah Eunseo mengengam tangan Jimin, siap dibawa ke bibir. Seolah-olah sedang mengucup tangan Jimin.
"Yah! "Haerin hilang sabar.
Eunseo yang terkejut dengan kehadiran Haerin terus melepaskan tangan Jimin.
"Haerin. Awak dah sampai. "Kata Eunseo dengan senyuman.
Haerin tersenyum sinis. Dia cuba berlagak baik ke? Sedangkan dia ada hati dengan Jimin.
"What are you doing? "Soal Haerin.
"Saya jaga Jimin sementara tunggu awak. "Kata Eunseo.
Jawapan Eunseo buatkan Haerin tergelak.
"Keluar. Aku boleh jaga suami aku sendiri. Lagi satu, sedar diri kau. Kau kawan dia tak bermakna kau ada hak nak sentuh Jimin sesuka hati. "Kata Haerin. Dia tahu dia sudah berkasar tapi peduli apa.
Eunseo masih dengan lakonannya. Membuat riak muka seolah-olah terasa hati dengan ayat Haerin dan terkejut dengan Haerin kerana berkasar dengannya.
Eunseo keluar dari wad itu. Mukanya terus berubah masam.
Haerin mengeluh kuat. Dia terus duduk di kerusi yang disediakan.
"Kenapa jadi sampai macam ni? "Soal Haerin. Wajah lena Jimin dipandang.
Tangan Jimin yang digengam Eunseo tadi terus dikucup. Benci bila teringatkan perbuatan gadis itu.
Melebih!
Tak sedar ke Jimin ini suami orang.
--
Pagi menjelma, Haerin bersyukur apabila Jimin sudah sedar. Rasa mahu sahaja dia peluk Jimin tapi risau kalau lelaki itu sakit.
"Nak air. "Pinta Jimin apabila terasa tekaknya kering.
Haerin terus menghulurkan gelas pada Jimin. Dia membantu lelaki itu bangun. Jimin mendesis apabila terasa ngilu di perut. Kesan dari tembakkan.
"Kenapa tak bagitahu saya awak ada misi? "Soal Haerin.
Jimin memandang Haerin sekilas sebelum memejam mata.
"Nantilah kita cakap pasal ni. Aku penatlah. "Kata Jimin sedikit kasar.
Haerin agak terasa dengan percakapan Jimin. Tapi cepat-cepat dia menepis perasaan negatif itu. Mungkin sebab Jimin sakit jadi dia tak ada mood mahu bersembang.
"Aku lapar. Tolong belikan makanan. Aku tak nak makanan hospital. "Kata Jimin.
Haerin mengangguk.
"Awak tunggu sekejap, saya beli. Kalau rasa sakit tekan butang kecemasan ni tau. "Pesan Haerin.
Jimin mengangguk. Haerin terus keluar menuju ke kafeteria. Dalam setengah jam juga dia membeli akhirnya dia dapat makanan untuk Jimin.
Haerin segera menuju ke wad Jimin. Sampai disitu, dia terhenti apabila melihat Eunseo sedang bersembang dengan Jimin.
Dapat dia lihat Jimin tersenyum ketika berbual dengan Eunseo tanpa sedar kehadiran dia.
Entah kenapa Haerin rasa sedih. Terasa hati dengan Jimin. Tadi bila dia mahu berbual, Jimin kata penat tapi bila Eunseo muncul elok sahaja lelaki itu bergelak tawa.
Dengan dia, Jimin berkasar dan dengan Eunseo, Jimin ketawa.
"Ehem. "Haerin berdehem. Automatik dua orang itu menoleh.
"Nah saya dah beli. Berbual lah dulu. Saya tunggu dekat luar. "Kata Haerin. Langsung tidak memandang mereka berdua.
"Haerin. "Panggil Jimin tapi isterinya sudah pergi.
"Biarkanlah dia. Aku nak cakap dengan kau sesuatu ni. "Kata Eunseo.
Jimin berkerut memandang Eunseo. Suka hati dia je nak biarkan.
"Aku sebenarnya dah lama suka kau. Tapi kau dah kahwin dengan dia. Aku tahu kau tak cinta dia kan Jimin? Kau terpaksa kahwin dengan Haerin sebab keluarga. Aku sanggup Jimin, jadi isteri kedua. Tolong terima cinta aku. "Kata Eunseo.
Jimin memandang Eunseo lama. Perasaan marah muncul dalam hatinya.
"Kau cakap apa ni? Excuse me, aku anggap kau kawan dalam satu pasukan je tau. Tak lebih. Siapa kau nak nilai cinta aku? Untuk pengetahuan kau, aku cintakan isteri aku. I love her so much. Sekarang dia tengah mengandungkan anak aku. Darah daging aku. Kau nak jadi isteri kedua? Maaf aku takut aku tak mampu nak hadap kau. Kau dan aku tak lebih dari seorang kawan. Ingat tu Eunseo. "Kata Jimin dengan kasar.
Tak sangka Eunseo berperangai sebegini.
"Keluar. Tak perlu lawat aku. Isteri aku ada untuk jaga aku. "Kata Jimin.
Eunseo menunduk. Malu luahannya ditolak Jimin.
--
Tbc.
Nah ambil lah double update.. prgi serang eunseo patt
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...