"Oh my god, Somin! "Haerin berlari anak mendapatkan Somin. Kalau jatuh, sia-sia je malu depan orang ramai.
"Jangan lari-lari. Tersadung nanti. Aku gelakan kau. "Kata Somin. Dia memeluk Haerin. Tak sangka, rakan baiknya sudah berkahwin. Selepas ini, tak boleh keluar selalu.
"Aku suka! Tak menyesal aku terima perkahwinan yang mama aku aturkan. "Kata Haerin.
Haerin memandang Jimin yang sedang bersembang dengan rakannya. Tengok senyuman dia, kacaknya!
"Gembira semacam je aku tengok. Bukan sebelum ni, kau sedih ke? "
Haerin mengeleng kepala. Dia tersenyum lebar.
"Sebenarnya dia lah cinta pandang pertama aku. "Kata Haerin.
"Aih pelik-pelik lah kau ni. Aku nak balik dah ni. "Ujar Somin. Jam ditangan dibelek.
"Ha? Kejapnya. "Haerin memuncung.
"Aku ada hal lain nak buat. Aku balik dulu tau. Dah jadi isteri orang tu behave sikit. Dah bahagia jangan lupa aku. Bye! "Sempat lagi Somin berpesan.
Haerin melambaikan tangannya pada Somin. Argh lepas ni tak boleh lepak dengan Somin selalu.
"Jeon Haerin. "Haerin menoleh apabila namanya dipanggil.
Jimin!
"Jom kawan aku nak berkenalan dengan kau. "Kata Jimin.
Haerin mencebik. Jimin ni, tukarlah panggilan. Tak romantik langsunglah.
Haerin memandang. Dari jauh dia boleh nampak ada beberapa orang lelaki dan perempuan memakai baju tentera.Haih tak menyempat nak tukar baju ke apa?
"Kenalkan. Taehyung, Yoongi, Hoseok dan Eunseo. "Ujar Jimin. Haerin menunduk hormat pada mereka.
"Anyeonghaseyo, bertuahnya awak dapat jadikan Jimin suami. "Kata Eunseo.
Haerin hanya tersenyum.
"Beruntung tau awak. Dekat kem tentera tu ramai askar perempuan minat dekat Jimin. Dari kadet sampai ketua platun tapi Jimin pilih awak juga. "Kata Eunseo lagi.
"Dahlah Eunseo. Jangan lebih-lebih. Kau buat dia tak selesalah. "Ujar Hoseok.
Haerin hanya mengeleng kepala. Kesian pula dia tengok muka Eunseo serba salah apabila Hoseok berkata begitu.
"Eh taklah. Saya okey je. "Kata Haerin.
"By the way tahniah atas perkahwinan korang. "Ucap Hoseok ikhlas.
"Saya harap awak terima Jimin seadanya. Ini kali pertama saya nampak Jimin selesa dengan perempuan selain saya. Awak kena faham kerja macam kami ini tak boleh ada full time dengan orang tersayang. Kalau awak nampak cedera dekat badan dia, dia balik dalam keadaan kepenatan.. "
"Enough Eunseo. "Kata Taehyung memotong percakapan Eunseo. Jimin memberi isyarat mata kepada rakannya supaya balik. Mereka mengangguk.
Setelah mereka pulang, Jimin memandang wajah Haerin yang menjadi keruh.
"Sorry. Eunseo memang jenis yang banyak mulut. "Kata Jimin.
Jimin melihat Haerin yang kelihatan muram.
"Kenapa kau buat muka macam tu? "
"Eunseo tahu semua benda pasal awak. Sedangkan saya, isteri awak langsung tak tahu apa-apa tentang diri awak. "Kata Haerin.
Mula-mula dia tak nak cemburu buta dengan Eunseo tapi bila nampak Eunseo asyik mengingatkan itu, ini tentang Jimin, timbul rasa cemburu.
Tiba-tiba Jimin menarik Haerin ke dalam pelukannya.
"Jangan cakap macam tu. Kitakan baru kenal. Dengan perkahwinan ni lah cara untuk kita tahu tentang each other. Eunseo kawan tapi kau isteri. Kau akan tahu lebih banyak tentang aku berbanding dia. "Jimin memujuk.
Haerin tersenyum dengan pujukan Jimin.
"Haerin Ah. "Automatik pelukan Jimin terlepas. Haerin terus menoleh apabila ada lelaki yang dia tak kenali memanggilnya.
"Tahniah. "Ucap lelaki itu.
"Thanks but who are you? "Soal Haerin. Dia hanya jemput kenalannya sahaja.
"Saya Choi San. Junior awak. Awak tak kenal saya? "
"Maaf mungkin saya terlepas pandang. Terima kasih datang. "Ucap Haerin. Tak mahu, lelaki itu terasa.
"Sampai hati awak tak kenal saya. Saya sebenarnya suka sangat dengan awak tapi awak dah kahwin. Saya rasa kecewa sangat. "Kata San.
Haerin tergamam. Tak sangka dengan luahan lelaki itu.
"Em ramai lagi perempuan yang boleh awak suka. Jauh lebih baik dari saya. "Kata Haerin.
San mengangguk.
"Ramai tapi i still want you. "Kata San perlahan. Tak didengari oleh Haerin tapi sampai ke pendengaran Jimin.
"Saya balik dulu. "Kata San. Dia menghulur tangan mahu bersalaman dengan Haerin tapi Jimin yang menyambut.
San memandang Jimin kelat sebelum meninggalkan majlis itu.
"Aku tak suka budak tu. Dia ada muslihat lain. "
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...