Jimin memandu masuk ke dalam kem tentera. Enjin dimatikan. Jimin masuk ke dalam bangunan. Dia berjalan perlahan kerana luka di perutnya masih rasa ngilu walaupun dah beransur pulih.
"Kapten! "Seorang askar berpangkat sarjan menabik hormat padanya.
Jimin membalas tabik itu. Sebelum dia kembali berjalan. Jimin masuk ke dalam pejabatnya.
Hoseok dan Taehyung yang datang lebih awal menoleh ke arahnya.
"Hey Jimin. "Sapa Taehyung. Seminggu dia tak nampak lelaki itu.
Jimin duduk di kerusi. Sapaan Taehyung dibalas dengan senyuman.
"Kau datang kerja ni, betul-betul dah sihat ke? "Soal Hoseok.
"Setakat kerja pejabat dengan bagi arahan dekat budak-budak tu bolehlah. Bosanlah duduk rumah. Isteri aku pun busy belajar. Kalau dia ada dekat rumah selalu bolehlah aku cuti lama sikit. Ini dia tak ada. Malam baru jumpa. "Kata Jimin.
Hoseok hanya mengiyakan sahaja.
Tiba-tiba pintu pejabat mereka dibuka. Jimin memandang tapi hanya sekejap apabila dia perasan yang masuk adalah Eunseo.
Luahan Eunseo pada hari-hari yang lepas buatkan Jimin jadi tak selesa dengan perempuan itu.
Eunseo duduk ditempatnya. Dia perasan Jimin tak sudi melihatnya. Dia juga rasa menyesal dengan tindakan yang memalukan dirinya sendiri.
Hoseok dan Taehyung yang perasan dengan keadaan mereka berdua terus meminta diri dengan alasan ada latihan pertempuran.
"Emm Jimin. "Panggil Eunseo.
"Apa? "Soal Jimin tanpa memandang Eunseo. Dia sibuk membuka komputer riba.
"Aku nak minta maaf sebab pertikaikan isteri kau dan aku minta maaf dengan luahan melampau aku. Aku tahu kau tak selesa. "Kata Eunseo.
"Aku memang tak selesa. Aku nak kau lupakan perasaan kau. Aku anggap kau kawan sahaja dan maaf kau diterima. Jangan ulang perkara yang sama. "Balas Jimin dengan nada tegas.
Baru sahaja Eunseo mahu membalas telefon Jimin berbunyi.
Jimin terus mengangkat panggilan apabila terlihat nama Haerin.
--
Haerin menunggu di dalam kereta. Dia mengeluh kuat. Rasa geram pun ada. Dia sudah sampai ke universiti tapi tiba-tiba dapat mesej yang kelasnya batal.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nombor yang tidak dikenali. Haerin menarik nafas.
Tak mungkin lelaki hari itu. Dia sudah block nombornya.
"Hello? "Soal Haerin.
"Hai sayang. Aku rindu kau. "Kata suara di dalam talian. Haerin terkejut.
"Kenapa diam? Terkejut? Kenapa kau block nombor aku? Kau ingat aku tak boleh kacau kau lagi. Auw kau salah Jeon Haerin. "Kata lelaki itu.
"Awak siapa? Kenapa kacau saya? Saya tak ada buat salah apa-apa dengan awak. "Haerin cuba membalas.
"Aku kacau sebab aku sayang kau. Aku cinta kau. Kau kata kau tak buat salah? Hey! Kenapa kau kahwin dengan lelaki tu?! Aku separuh mati cinta kau tapi kau kahwin dengan orang lain. "Lelaki itu menjerit. Haerin tersentak dengan teriakkan lelaki itu.
Tangannya kembali mengigil.
"Aku langsung tak kenal kau. Jangan kacau aku! "Balas Haerin.
"Kau tunggu. Kau akan kenal aku. Aku bunuh Park Jimin. Masa itu baru kita boleh bersama. "Kata lelaki itu dengan gelak tawa.
Haerin terus matikan talian. Nombor itu juga diblock.
Ugutan bunuh itu buat dia takut. Terus dia menghubungi nombor Jimin. Tak seperti sebelum ini, Jimin laju mengangkat panggilan.
"Abang! "
--
"Hey sayang. Kenapa ni? Cemas je. "Soal Jimin.
"Saya takut. Lelaki hari itu, dia call saya lagi. Dia kata nak ugut bunuh abang. Saya takut Jimin. "Jimin terdengar Haerin menangis.
Jimin terus menutup komputernya.
"Tunggu situ. Abang datang. Kita terus buat laporan polis. "Kata Jimin. Dia terus bangun.
Eunseo yang tidak habis lagi dengan ayatnya buntu apabila Jimin sudah meninggalkan pejabat.
--
Tbc.
Okey konflik Eunseo tamat dkt sini. Sambung dengan Choi San pulak.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfic| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...