"Jemput minum. "Haerin menuangkan air ke dalam cawan Puan Jina. Puan Jina tersenyum sebelum dia menghirup air itu.
"Hm sedapnya. Pandai Haerin buat air. "Puji Puan Jina. Haerin tersengih. Kalau lah Puan Jina tahu yang membancuh air itu ialah mamanya bukan dia.
"Puan.. "
"Panggil ibu. "Kata Puan Jina. Haerin tersengih. Depan bakal mak mertua kena sopan.
"Em ibu datang seorang je? Mana anak ibu? "Soal Haerin. Tercari-cari juga dia, mana tahu tunangnya datang sekali.
"Jimin ke? "Soal Puan Jina. Haerin terdiam. Ini lagi satu masalah dia, dia tak tahu nama tunangnya. Teruk betul.
Puan Jina tergelak perlahan melihat reaksi Haerin yang terpinga-pinga. Dia ada anak seorang je. Sengaja usik Haerin.
"Jimin tak ada. Ibu datang seorang je. Kenapa Haerin rindu dia ke? "Soal Puan Jina.
Tersedak Haerin dibuatnya. Macam mana nak rindu kalau bersua muka pun tak pernah.
"Tak lah. Tanya je. "Haerin mengeleng kepala.
"Dah lama ibu tak jumpa Haerin. Makin cantik. Haerin belajar dekat mana? "Puan Jina memulakan sesi berborak.
Haerin tersenyum malu bila dipuji cantik. Jeon Haerin pantang dipuji.
"Belajar dekat Universiti Seoul. Ambil course music technology. "Balas Haerin.
"Wah besar bakat Haerin. "Puan Jina menepuk beha Haerin.
"Eh tak adalah besar. Setakat menyanyi tu bolehlah."balas Haerin.
"Menyanyi? Jimin pun suka menyanyi. Ibu tak sangka minat Jimin dengan Haerin sama. "Kata Puan Jina.
Haerin tersengih lagi. Dari tadi asyik Jimin je. Lagi bagus dia tanya soalan tentang Jimin juga.
"Cakap pasal Jimin kan, apa kata ibu share nombor telefon dia dekat Haerin? Tunjuk gambar dia ke? "
Haerin memandang Puan Jina dengan harapan tinggi. Dapat tengok sekali pun tak apa.
"Maaflah anak ibu sibuk bertugas dekat luar negara. Dia segan nak contact Haerin. "Kata Puan Jina.
Hancur harapan Haerin.
Kenapa?
Kenapa Jimin kena malu?
Jimin ke dia yang perempuan ni?
"Sudahlah tu berborak. Jom makan Jina. Saya dah siap hidang. "Puan Miran muncul di ruang tamu.
Puan Jina mengangguk. Mereka bertiga bangkit ke meja makan. Haerin hanya diam sementara dua wanita dihadapannya ini rancak berbual.
"Ouh mama lupa nak bagitahu Haerin. Ini persetujuan dari kedua belah pihak. Jimin nak langsungkan majlis pernikahan lepas dia balik ke Korea semula. "Kata Puan Miran.
Makanan yang dikunyah Haerin tersembur.
Ah sudah.
Tak pasal-pasal dah buat aksi tak senonoh depan bakal mak mertua.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfic| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...