dua puluh lima : He injured

3.7K 380 55
                                    

Afghanistan-Pakistan boderland.

Pesawat Airbus A400M Atlas yang membawa pasukan Alpha dari Korea Selatan dan pasukan Delta Forces dari Amerika mendarat di kawasan tanah lapang.

Semua pasukan khas turun dengan segera.

"One team will enter from north east and the other team will enter from south east. "Kata Jimin.

Mereka semua mengangguk. Berlengkap dengan senjata, mereka mula menuju ke bahagian masing-masing.

Sampai dibahagian pintu, Jimin bersandar pada dinding. Dia menolak pintu, tangannya teruskan mengarahkan Hoseok, Taehyung dan Eunseo untuk masuk. Dia mengikut mereka dari belakang.

Walaupun keadaan dalam bangunan itu gelap, mereka tidak lepas memeriksa setiap bilik.

Apabila Eunseo memeriksa, Jimin dan Taehyung akan  memerhati sekeliling.

Tanpa disangka, seorang tentera dari Amerika terpijak papan dan jatuh kedalam perangkap.

"Andrew trap. Get down! "Jerit ketua pasukan Delta Forces.

Serentak itu, tembakan rambang dikeluarkam oleh pihak musuh. Pasukan Alpha segera berlindung disebalik dinding.

Jimin mengintai, dia terus menembak sasaran yang berdekatan.

Hoseok membaling bom tangan pada kawasan musuh.

"Move! "Arah Jimin. Mereka terus bergerak ke kawasan yang lebih selamat.

Kedua pasukan khas itu masih mencari tebusan. Setiap tempat yang mereka pergi, pasti ada orang yang menjaga. Bunyi-bunyi tembakan jadi biasa di telinga.

Sehingga satu bahagian, bilik yang bercahaya menemukan mereka dengan tebusan.

Mereka terus menembak musuh-musuh yang menjaga tebusan. Misi berjaya. Tebusan dapat diselamatkan.

Baru sahaja Eunseo mahu menghampiri tebusan, tembakan yang hampir kena pada kakinya menghentikan langkah wanita itu.

Eunseo terus memandang Jimin tidak percaya. Dia nak bunuh aku ke?

Jimin memberi isyarat jari pada bahagian hujung dinding. Terdapat bom yang bersambung dengan tali Kalau Eunseo terlanggar pasti bangunan itu akan meletup.

Tugas Taehyung, dia mematikan bom itu. Hoseok dan Eunseo menguruskan tebusan.

Jimin menghubungi pangkalan melalui ear monitor.

"Mission completed. Hostage are safe."

Tanpa Jimin sedar, seorang musuh yang masih sedar dan lemah, mengacukan senapang padanya. Beberapa tembakan dilepaskan.

"Kapten Jimin! "

Jimin tersentak. Rasa sakit yang tiba-tiba mencucuk buatkan dia terkaku. Jimin rebah. Dahinya berkerut menahan sakit. Darah berlumuran keluar.

Tembakan terus dilepaskan pada musuh tadi sehingga dia tidak lagi bernyawa.

"Jimin! "

--

Haerin terjaga dari tidur. Dia melihat jam ditangan. Terkejut dia saat melihat sudah jam satu pagi. Lauk yang terhidang dipandang sepi.

Entah pukul berapa dia tunggu Jimin balik sampai tertidur dimeja makan.

Haerin melihat telefonnya. Hampa kerana Jimin tak menjawap panggilan dan mesejnya.

"Kalau ada kerja bagilah tahu. "Kata Haerin sendirian.

Haerin menyimpan lauk ke dalam peti ais. Esok kalau malas, dia panaskan sahaja.

"Saya faham awak kerja tapi bagilah tahu saya kalau awak ada kecemasan. Jangan menghilang tiba-tiba. Jangan biarkan saya sendiri macam ni. Saya takut duduk seorang diri. Apatah lagi bila diekori orang yang saya tak kenal. "Haerin meluah.

Dia tahu tak ada siapa dengar tapi dia rasa sedikit lega apabila dapat meluah.

Haerin merebahkan badannya diatas sofa. Dia melihat gambar Jimin yang diambilnya melalui telefon.

Tiba-tiba skrin bertukar kepada panggilan telefon. Terkejut Haerin. Nombor tidak dikenali.

Dia takut mahu angkat kerana risau jika individu yang sama menghubungi dia. Mula-mula dia biarkan namun apabila nombor itu berkali-kali telefon, dia angkat juga.

"Hello? "

"Ini Jeon Haerin ke? "Soal pemanggil.

"Ya saya. Awak siapa? "

"Saya Kim Taehyung. Rakan sekerja Jimin. Saya cuma nak bagitahu, Jimin cedera parah ketika bertugas. Dia sudah di transfer ke hospital Seoul. "

--
Tbc.
Hai

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now