empat : End of semester break

3.5K 390 15
                                    

Tamat cuti semester, kehidupan sebagai pelajar diteruskan semula. Haerin duduk dibahagian tengah dewan kuliah. Menunggu pensyarahnya datang.

"Hai girlfriend. "

Haerin menoleh ke sebelahnya apabila ada seorang perempuan duduk.

"Hai Somin. "Balas Haerin. Somin, rakan baiknya. Dia memang suka panggil Haerin macam tu. Kadang-kadang ada orang yang berfikiran cetek, gelar mereka ini lesbian.

Fuh, entah apa-apa.

"Kau kenapa? Sendu je. "Soal Somin. Dia meletakkan bag tangannya. Tangan sibuk mengeluarkan buku.

"Aku kena kahwin. "Kata Haerin.

"Apa kahwin?! "Somin menjerit. Tak sengaja. Terkejut punya pasal. Tak semena-mena, semua di dalam dewan kuliah memandang mereka berdua.

"Ei diamlah. Kau ni buat malu aku je tahu tak? "Haerin menutup muka. Rasa macam tak nak mengaku kawan pula.

Somin tersengih pada orang lain. Kemudian dia meminta maaf.

"Kau serius ke ni? "Soal Somin. Dia macam tak percaya pula. Kalau tentang kisah pertunangan Haerin itu, dia tahu lah.

"Ya. Semalam bakal mertua aku bagitahu. Lepas je tunang aku balik sini, kitaorang akan kahwin. Kau faham tak perasaan aku macam mana? "Haerin meluahkan.

Somin menepuk bahu Haerin.

"I feel you babe. "Somin mengelengkan kepala.

"Bilanya dia balik? "Soal Somin.

"Entah. Mama aku cuma cakap dia nak buat majlis 18 hari bulan. "Balas Haerin.

"Weh 18 hari bulan tu minggu depan tahu tak? Gila. Minggu depan kau tak dah tak single lagi. Broken lah peminat kau. "Kata Somin.

Haerin mengangguk. Kemudian memandang Somin.

"Minggu depan?! "Haerin terus membuka telefonnya. Kalendar bahagian kalender dilihat. Tarikh itu jatuh pada hari Sabtu.

"Oh my god. Somin! Apa patut aku buat ni? "Haerin memandang Somin. Rasa mahu menangis pula.

"Buat apa Haerin dan Somin?  Nak berkongsi dengan kami? "

Haerin dan Somin pantas menoleh ke hadapan apabila suara pensyarah kedengaran melalui pembesar suara.

"I say man, kuat sangat ke kita bersembang tadi?  "Soal Somin dalam berbisik. Mukanya ditutup dengan buku.

Haerin menjungkit bahu. Dia juga menunduk. Malu!

--

Haerin memberhentikan keretanya dihadapan rumah, menunggu pagar automatik terbuka. Baru sahaja dia mahu masuk, tiba-tiba sahaja ada ambulans keluar dari perkarangan rumahnya. Nasib baik dia sempat tekan break.

"Siapa pula yang sakit ni? "Soal Haerin. Dia melihat ambulan yang sudah pergi melalui cermin pandang belakang.

Haerin segera memandu masuk ke dalam perkarangan rumah. Wajah sayu Hyeon yang terpampang di muka dipintu mengundang rasa risau dihatinya.

Haerin segera keluar dari keretanya. Dia berlari mendapatkan Hyeon.

"Yah kenapa kau menangis? Mama mana? "

"Akak! Mama pengsan. "Kata Hyeon sambil menangis.

"Ha?! "

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now