lapan : I am not single anymore

3.6K 425 34
                                    

Haerin mengigit bibirnya. Mata kejap-kejap melihat jam. Perasaan dia sekarang sangat gemuruh. Majlis perkahwinannya diadakan di hotel, jadi tetamu tak ramai. Lagipun ini permintaan dia dan Jimin untuk buat kecil-kecilan.

"Cuba duduk diam. I nak pakaikan gincu ni. Jangan gigit bibir tu. "Haerin dimarahi oleh jurusolek.

Haerin tersengih.

"Biasalah kak, tak sabar nak jumpa bakal suami tercinta tu. "Somin mencelah. Dia duduk di atas katil menghadap Haerin.

Haerin menjeling Somin. Banyaklah dia punya suami tercinta.

Dia takut sekarang ini. Lagi-lagi bila teringatkan mesej Jimin semalam.

"Biasalah tu. Masa I kahwin dulu, I macam you lah. Nervous gila tapi bila dah nampak muka suami I. Herm senyum tu sampai ke telinga. "Kata jurusolek itu.

Haerin hanya diam mendengar cerita itu. Macam mana dia nak tenang kalau dia tak kenal siapa Jimin.

"Haerin. "Puan Miran membuka pintu. Dengar sahaja namanya dipanggil, Haerin jadi gelabah.

"Jom. "Ajak Puan Miran.

Haerin bangkit dari kerusinya. Dia menarik nafas sebelum menghembus. Dia perlu tenang.

Mereka berdua menuju ke dewan utama. Dibahagian pintu, Encik Hyuk sudah menunggu Haerin.

"Cantik anak mama hari ini. "Kata Puan Haerin. Dia mengusap rambut Haerin sebelum diserahkan kepada Encik Hyuk.

Encik Hyuk memimpin tangan Haerin. Haerin berdebar saat mereka diarahkan masuk.

"Tenang Haerin. "Kata Encik Hyuk. Dia boleh rasakan tangan Haerin sangat sejuk.

Haerin mengangguk. Saat dia menjejakkan kaki di dalam dewan, semua mata memandangnya tapi Haerin hanya fokus melihat seorang lelaki yang berdiri tegak dan membelakanginya.

Itulah Jimin.

Semakin dekat, dia yakin apa yang Jimin mesej semalam semua tipu. Jimin tinggi. Badan dia tegap dan tak mungkin umur 54 tahun tubuh seperti itu.

Tiba-tiba Jimin memusingkan tubuhnya menghadap Haerin dan Encik Hyuk.

Tiba-tiba Jimin memusingkan tubuhnya menghadap Haerin dan Encik Hyuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saat itu hanya tuhan sahaja tahu perasaan Haerin. Terkejut, gembira dan berdebar.

Inilah abang askar yang dia langgar hari itu!

Hati Haerin terasa berbunga.

"Papa serahkan anak papa pada kamu Jimin. Jaga dia baik-baik."kata Encik Hyuk. Jimin mengangguk

"Jimin janji papa. "

Tangan Haerin yang dipimpin oleh Encik Hyuk kini bertukar. Jimin mengengam tangan Haerin dengan erat.

"Emm hai. "Sapa Jimin. Mukanya tak senyum tapi nampak sangat tenang.

Haerin tak membalas. Dia masih kaku sebab tak percaya lelaki yang dia minat ada didepan mata.

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now