| Park Jimin X Jeon Haerin |
Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya.
Lelaki itu terlalu misteri.
Mesej tidak pernah.
Call lagilah mustahil.
Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...
"Mengadanya awak ni. Awak tunggu sekejap. "Haerin terus keluar dari wad. Jimin tergelak. Sengaja dia buat macam tu, nak pujuk Haerin.
Haerin datang kembali dengan kerusi roda. Dia membantu Jimin bangun dari katil.
Haerin menolak kerusi roda itu. Masuk ke dalam lif dan keluar menuju ke luar hospital. Mereka berhenti di bahagian taman.
"Aku cedera masa jalankan misi. Aku cuai tak perhati keadaan sekeliling sebab tu kena tembak. "Kata Jimin.
Haerin menunduk memandang Jimin sekilas.
"Saya tak nak tahu tentang itu, saya hormat kalau awak tak nak cerita. Saya faham tugas pasukan khas, tak semua boleh kongsi termasuk pada keluarga. Saya cuma nak tahu, kenapa awak pergi tanpa bagitahu apa-apa pada saya? Banyak kali Jimin. Awak menghilang tiba-tiba. Kalau awak tak boleh hubungi saya, awak boleh mesej. Saya faham kerjaya awak. Saya cuma tak boleh tahan bila awak menghilang tiba-tiba. Saya takut tahu tak? "Luah Haerin.
Mengingatkan dia diekori kelmarin buatkan dia rasa mahu menangis.
Jimin memandang Haerin. Tangan isterinya ditarik perlahan sehingga Haerin duduk dipehanya.
"Jangan risau tak kena pun pada luka tu. "Kata Jimin apabila Haerin mahu bangun.
Jimin memeluk Haerin dari belakang. Haerin yang lebih rendah darinya buatkan mudah untuk dia menyandarkan kepalanya pada bahu Haerin.
"Bagitahu aku apa jadi masa aku tak ada? "
"Ada orang ikut saya. Masa balik kelas, dia follow kereta saya. Saya berhenti dekat balai polis baru dia pergi. Saya takut sangat, saya call awak tak dapat. Saya harap awak ada untuk tenangkan saya. Tapi awak hilang. Saya tak boleh buat apa."
Jimin rasa sangat serba salah. Dia memeluk Haerin erat.
"Aku minta maaf. Aku janji lepas ini, aku akan bagitahu kau. Lepas aku sihat, kita buat laporan polis. Aku risau apa-apa jadi dekat kau. "Kata Jimin.
Haerin mengangguk.
"Sorry sebab berkasar dengan kau pagi tadi. I'm sorry baby. Pasal Eunseo tu jangan salah faham, dah dia buat lawak aku gelaklah. Aku pun terkejut dia datang melawat tiba-tiba sedangkan itu waktu bekerja. Kau tahu? Lepas kau pergi tu, Eunseo cakap dia suka aku. Dia nak jadi madu kau. "Jimin tersengih memandang Haerin.
"Dah agak. Habis itu awak setuju ke? "
"Mestilah tak, sayang. Aku cinta, suka dan sayang dekat kau je. You are my one and only baby okay? Walaupun tak lama lagi aku dapat baby baru. "
Haerin memandang Jimin lama.
"Apa maksud awak? "
"Ini dalam perut ni, mesti tak lama lagi ada baby. Jimin junior. "Ujar Jimin.
"Saya tak ada tanda-tanda mengandung lagi. "Balas Haerin.
"Kalau tak ada, aku buat lagi sampai ada. "
-- Tbc.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.