600,124 likes
jeonhaerin Married!
View all 390,761 comments
Haerin tersengih melihat gambar perkahwinannya. Gambar itu ditangkap dari kamera telefonnya. Kalau nak gambar dari photographer memang lambat jawabnya.
Dia membaca komen-komen. Ramai yang mengucapkan tahniah.
"Buat apa tu? "Soal Jimin yang baru sahaja keluar dari bilik air.
Haerin menoleh, rasa mahu berdarah sahaja hidungnya saat melihat Jimin hanya memakai jubah mandi. Dengan rambut dia yang masih basah.
Melihat Haerin tidak menjawab dan kaku melihat dia, Jimin menghampiri Haerin.
Dia melihat skrin telefon Haerin yang terpampang gambar perkahwinan mereka.
"Oh. "Itu sahaja jawapan Jimin. Jimin berjalan ke arah wardrobe. Pintu wardrobe dibuka lalu ditutup semula.
Haerin tersedar dari lamunan bila sedar Jimin hilang dari pandangan. Dia pantas bangun.
"Jimin awak ada instagram? Apa username awak saya nak.. "
Ayat Haerin terhenti apabila ternampak Jimin shirtless. Hanya mengenakan joger pant.
Jimin memandang muka pintu. Dia tersenyum sinis bila melihat Haerin terpaku.
"Err sorry. "Kata Haerin. Cepat-cepat dia menutup pintu semula. Haerin merebahkan badannya ke atas katil. Muka disembam pada bantal.
Tak sangka dia dapat suami seksi.
Malu!
"Argh! "Haerin menjerit kecil. Kakinya menendang selimut.
"Menjerit-jerit tu kenapa? "Haerin terus mengangkat mukanya. Dia terus duduk.
"Mana ada saya menjerit. "Haerin menafikan. Jimin hanya mengeleng. Kalau bukan Haerin siapa lagi? Mereka berdua sahaja dalam rumah itu. Nak tipu pun beragaklah.
Haerin membetulkan rambutnya. Nasib baik Jimin dah pakai baju.
Jimin merebahkan badannya diatas katil. Jam dah menginjak dua belas malam dan dia dah mengantuk.
"Awak nak tidur dah ke? "Soal Haerin.
"Aah. Kenapa? "
"Emm you know emm. "Haerin mengaru kepala yang tak gatal.
Jimin bangun dari baring. Dia duduk bersila menghadap Haerin.
"Cakap cepat. Kau nak apa? "
"Hari ini kan hari pertama saya jumpa awak so awak tak nak kenalkan diri ke? Maksud saya, kita dah kahwin. Saya nak tahu tentang diri awak. "Kata Haerin.
"Kau nak tahu tentang apa? "
"Anything yang awak selesa nak kongsi dengan saya. "Balas Haerin.
"Okey. Simple intro. Nama aku Park Jimin. Umur aku 26 tahun. Emm aku kerja sebagai askar. "Ujar Jimin.
Haerin mencebik. Kalau itu dia pun tahu.
"Apa jawatan awak? "
Dahi Jimin berkerut. Lama dia fikir sebelum dia faham apa yang Haerin maksudkan.
"Maksud kau pangkat aku dalam tentera? "Soal Jimin.
Haerin mengangguk sebelum dia tersengih.
"Aku kapten. Captain Jimin. "
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...