Jimin memandu dari Seoul ke Busan, kereta yang dipandu mula memasuki kawasan perkampungan. Jimin berhenti dihadapan sebuah rumah yang berbentuk tradisional.
"Rumah siapa ni? "Soal Haerin.
"Rumah nenek abang. "Kata Jimin.
"Maksud abang, kita honeymoon dekat Busan ni? Tinggal dekat rumah nenek? "Soal Haerin.
Jimin mengangguk.
"Kenapa, sayang tak suka? "
"Suka. Saya rasa menarik. Lagipun saya tak pernah duduk dekat kampung. "Kata Haerin.
"Abang bukan tak nak bawa sayang pergi honeymoon dekat luar negara tapi sayang fahamkan, abang susah nak dapat cuti. Sayang sibuk belajar, abang sibuk kerja. "Ujar Jimin.
Haerin mengangguk. Dia juga sibuk belajar. Mana boleh cuti sesuka hati. Jadi cuti hujung minggu ini dimanfaatkan oleh mereka berdua.
"Tak apa. Saya tak kisah. "Balas Haerin.
Mereka berdua keluar dari kereta. Haerin memerhati kawasan sekeliling. Dia jakun sebenarnya berada di kampung sebab selama ini hidupnya dibesarkan di bandar.
Betullah kata orang, udara dekat kampung lebih sihat berbanding bandar.
"Siapa pula sedap-sedap parking depan rumah aku ni? "Haerin menoleh ke muka pintu apabila terdengar suara tua sedang membebel.
Wanita tua itu mengecilkan matanya memandang Haerin dan Jimin.
"Siapa tu? "Soal wanita itu.
Jimin tergelak melihat neneknya, dia terus menarik tangan Haerin.
"Ini Jimin lah nek. "Kata Jimin.
"Jimin cucu aku ke? "Soal nenek Park.
(Lol kenapa aku tak tahu nak bagi nama apa. )
"Ya. Nenek nampak ke tak ni? "Soal Jimin. Nenek Park mengecilkan lagi mata sampai nampak macam tutup mata dah.
Tanpa balas apa-apa, wanita itu masuk ke dalam semula.
"Nenek abang memang macam tu. Rabun dia teruk sangat. "Ujar Jimin. Haerin hanya tergelak kecil.
Tak sampai seminit nenek Park keluar semula. Cermin mata dipakai.
"Lah cucu aku! "Nenek Park memakai selipar sebelum menghampiri Jimin. Dia terus memeluk tubuh lelaki itu.
"Lamanya kamu tak balik jenguk nenek. Nak jadi cucu derhaka ke? Aigoo rindu betul nenek. Makin semangat ya badan kamu. "Nenek Park menepuk belakang badan Jimin.
"Sorrylah nenek. Jimin sibuk kerja. "Kata Jimin. Dia tersengih memandang nenek Park.
Nenek Park memandang Haerin pula.
"Ini ke isteri kamu? "Soal nenek Park.
Jimin mengangguk.Haerin terus menyapa nenek Park.
"Uish lawa isteri kamu. Sebiji macam nenek masa muda-muda dulu. Cantik macam ni lah. "Kata nenek Park.
Tak tahu kenapa, Haerin terhibur dengan gelagat nenek Jimin. Banyak mulut.
"Marilah masuk. "Ajak nenek Park.
Jimin dan Haerin masuk ke dalam rumah bersama dengan bag baju mereka. Haerin ternganga melihat dekorasi rumah itu. Sebiji macam rumah orang lama-lama.
"Kenapa kamu tak cakap awal-awal nak datang. Nasib baik nenek sempat masak. "Kata nenek Park.
"Saja nak suprise nenek. "Balas Jimin.
Nenek Park mencebik.
"Suprise nya. "Nenek Park buat gaya macam terkejut.
Haerin hanya tergelak. Suka dia melihat gelagat Jimin dan nenek Park.
"Jomlah makan. Kebetulan nenek masak makanan kegemaran kamu. Mesti kamu penat memandu. "
Haerin dan Jimin berjalan ke meja makan. Bezanya meja makan di sini kena duduk atas lantai. Bukan macam rumah dia.
Nenek Park menghidangkan sup ayam ginseng. Mereka makan bersama-sama. Tak sangka nenek Park ni seorang yang sporting. Tak kering gusi melihat mereka berdua.
Tiba-tiba Haerin terasa perutnya lain macam. Tekaknya terasa loya. Haerin berhenti makan. Makin lama dia rasa mahu muntah.
"Nenek. Tandas dekat mana? "Soal Haerin. Mulutnya ditutup apabila dia rasa tak tahan mahu muntah.
"Luar rumah. Kenapa kamu.. "Tak sempat habiskan ayat, Haerin sudah berlari dahulu.
Jimin dan nenek Park memandang Haerin yang semakin hilang dari pandangan dengan hairan.
"Isteri kamu ada alah dengan ginseng ke? "Soal nenek Park.
"Taklah. Sebelum ni okay je. Tak tahu kenapa tiba-tiba dia loya. "Kata Jimin. Jimin meneguk air kosong.
"Hmm dia mengandunglah tu. "
Tak semena-mena air yang diminum Jimin tersembur.
--
Tbc.
Goodluck sapa ambil result esok! Arghhh
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfic| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...