Pagi menjelma, Haerin tersedar dari tidur. Dengan mata yang masih terpejam, dia mahu mengeliat tapi pergerakannya terbatas.
Haerin terus membuka matanya. Terbeliak matanya saat melihat Jimin sedang enak memeluk pinggangnya. Paling buat dia rasa mahu menjerit apabila kepala Jimin terletak elok diatas dadanya.
Patutkah dia panggil ini sebagai pencabulan? Tapi mereka dah kahwin.
"Err Jimin. "Haerin menepuk lengan Jimin. Kalau tepuk bahu, menjerit kesakitan pula nanti.
Tak ada sahutan.
"Park Jimin. "Haerin memanggil lagi.
"Hmm. "Kali ini ada respon. Jimin bergerak sedikit hanya untuk mengeratkan lagi pelukan dan membetulkan kepalanya.
Haerin kemam bibir. Dia rasa malu sangat sekarang ini.
"Jimin bangunlah. "Kejut Haerin.
Jimin membuka matanya. Dia mendongak memandang Haerin.
"Kelas start pukul berapa? "Soal Jimin tiba-tiba. Dia melihat jam di dinding, sudah pukul lapan.
"Pukul sepuluh. "Balas Haerin.
Dengar sahaja jawapan Haerin, Jimin kembali melabuhkan kepalanya diatas dada Haerin.
Haerin tersentak. Dia ingat Jimin nak bangun.
"Awak tak nak bangun ke? Saya nak mandi. "Ujar Haerin. Jantung Haerin berdegup kencang. Tengoklah dengan keadaan Jimin yang memeluknya erat.
"Kelas kau mula lambat lagi. Nantilah kau mandi. "Kata Jimin. Haerin terdiam. Dia hanya kaku dipeluk Jimin. Sudahlah Jimin tak pakai baju.
Satu minit. Dua minit. Jimin tarik senyuman.
"Kuatnya degupan jantung kau. Are you nervous? "Soal Jimin mengusik.
"Mana ada. "Haerin menafikan. Dalam hati, hanya tuhan sahaja tahu betapa dia terkejut dengan perubahan Jimin. Semalam dia balik marah-marah dan pagi ini dia jadi romantik tiba-tiba.
"Aku suka peluk kau. Selesa. "Kata Jimin.
Haerin menunduk memandang Jimin. Mata lelaki itu masih terpejam. Dia terpandang pula balutan di bahu Jimin.
"Em bahu awak tu. Kenapa? Dah rawat dekat hospital? "Soal Haerin dengan berhati-hati.
"Aku kena tembak. Nasib baik sempat elak, cuma kena sikit tapi tak tembus. Aku dah buat rawatan. "Kata Jimin membuatkan Haerin terkejut.
Tekaan Haerin betul. Jimin bukan sekadar askar biasa. Kalau askar biasa tak mungkin sampai di tembak betul-betul.
"Awak kerja apa sebenarnya Jimin? "
"Aku askar dalam pasukan khas. Aku leader team Alpha. Kau tahu? Bila kami dah tersenarai dalam pasukan khas, identiti kami perlu dirahsiakan. Mungkin ramai orang nampak kami askar sekadar di kem tentera tapi ramai tak sedar disebalik itu ramai antara kami sanggup bergadai nyawa untuk selamatkan orang lain. "Haerin terdengar esakan dari Jimin. Terkejut dia apabila nampak lelaki itu menangis.
"Maaf aku menghilang tiba-tiba. Selepas aku jogging hari tu, aku dapat panggilan kecemasan. Ada dua orang wartawan diculik oleh Taliban. Mereka dijadikan tebusan. Masa itu juga aku kena balik ke kem untuk jalankan misi. Malam itu kami diterbangkan ke Afghanistan untuk menyelamatkan mangsa. Sebab tu aku tak balas dan jawab mesej kau. "
"Pasal semalam. Aku minta maaf sebab tengking kau. Emosi aku tak stabil. Kau masih ingat Yoongi? Dia terkorban masa cuba selamatkan mangsa. Aku rasa sedih sangat sebab kehilangan dia. Team aku kehilangan ahli. Ahli yang paling kami sayang. "
Haerin mendengar luahan Jimin. Tangannya bergerak mengusap rambut Jimin membuatkan Jimin memandang Haerin.
"Aku rasa bersyukur sebab dapat isteri yang memahami aku. Kau langsung tak mendesak aku semalam. Cuma aku yang susah nak kawal emosi sendiri. "Kata Jimin.
"Awak dah jujur dengan saya pun dah okey. Sekurang-kurangnya saya tahu awak ke mana lepas ni. Tak adalah saya buat andaian sendiri dan fikir bukan-bukan. "Ujar Haerin.
Jimin memandang Haerin dengan muka nakal.
"Kau fikir apa? "
"Emm saya fikir awak jumpa Eunseo."
"Memang aku jumpa Eunseo pun. "Kata Jimin.
Haerin terus memandang Jimin. Mana satu lelaki ini? Melihat muka cemerut Haerin buatkan Jimin tergelak.
"Eunseo dalam team aku juga. Dia join misi menyelamat tu. So kira jumpa jugalah kan? "Jimin mengusik.
Haerin mencebik. Ingatkan jumpa personal. Kalau jumpa sebab kerja dia tak kisahlah.
Jimin merenung ke dalam mata Haerin lama sehingga membuatkan Haerin malu.
Jimin mendekatkan wajahnya dengan Haerin. Bibir Haerin dikucup lama membuatkan wanita itu terkedu dan terkejut.
"I'm sorry baby. "
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...