Sudah beberapa jam Haerin dimasukkan ke dalam wad. Menanti masa untuk dia bersalin. Sepanjang menunggu, berlaku kontraksi.
Pada mulanya sakitnya biasa sahaja tapi lama-lama dia rasa tak tahan.
"Mama sakit. "Adu Haerin pada Puan Miran.
"Sabar. "Puan Miran mengusap rambut Haerin.
"Macam mana doktor? "Soal Puan Miran pada doktor yang menguruskan Haerin.
"Diameter serviks dah 10 cm. "Kata doktor. Maksudnya Haerin sudah boleh bersalin sekarang.
Puan Miran menunggu Haerin di luar wad bersalin.
Haerin menutup matanya. Rasa sakit yang mencengkam. Fahamlah dia bila orang kata mengandung ini sangat sakit.
"One, two, three and push. "Kata doktor.
Haerin meneran setiap kali doktor memberi arahan. Rasanya sangat sakit. Sukar untuk digambarkan.
"Sikit lagi puan Haerin. Saya dah nampak kepala baby. "Kata doktor. Mendengar kata-kata doktor itu, Haerin meneran lagi.
Saat terdengar tangisan bayi memenuhi bilik itu, air mata Haerin mengalir. Rasa sakit tadi terus hilang melihat bayi yang didukung oleh doktor.
Setelah bayi itu dibersihkan, doktor membaringkan bayi itu disebelah Haerin.
Haerin tersenyum melihat anaknya yang terkebil-kebil memandangnya. Muka anaknya sama macam Jimin. Mata dan bibir. Haerin mencium dahi anaknya.
Sebelum Jimin bertolak ke luar negara, dia dan Jimin sudah membuat keputusan untuk memberi nama untuk anak mereka.
Park Jinhae
"Tahniah. Puan dapat anak lelaki. "
--
2 Bulan kemudian.
Tubuh Jinhae yang sudah siap dimandikan dibalut dengan tuala. Haerin mendukung Jinhae lalu dibawa ke katil.
"Argh comelnya anak ibu ni. "Haerin mencubit pipi Jinhae perlahan. Dengan pipi bulatnya, siapa yang lihat pasti geram.
Haerin bangun mengambil baju untuk Jinhae sebelum dia kembali ke katil. Lampin dipakaikan sebelum Haerin menyarung seluar dan baju.
"Hari ini ayah balik. Jinhae kena pakai comel-comel tau. "Kata Haerin. Jinhae hanya tersenyum suka memandang Haerin.
Haerin tergelak. Kalau dia cakap apa-apa dengan Jinhae mesti anaknya akan memberi respon. Kalau tak ketawa dia sembur air liur. Kalau baju basah sebab air liur dia tu, nasiblah.
Haerin menilik penampilannya di cermin. Setelah berpuas hati dia terus mendukung Jinhae bersamanya.
Tak sabar nak jumpa Jimin!
Haerin meletakkan Jinhae di kerusi khas untuk bayi. Dia memakaikan tali pinggang untuk Jinhae. Haerin mula memandu ke lapangan terbang untuk menjemput Jimin. Dalam satu jam memandu, dia tiba.
Haerin menunggu bersama Jinhae. Dari jauh dia sudah nampak susuk tubuh, segak memakai uniform askar dengan beret di kepala.
Argh dah lama tak jumpa makin kacak!
Haerin menghampiri Jimin. Dia terus tersenyum bila nampak Jimin terkaku memandangnya. Lagi-lagi dia bukan datang seorang.
"Abang. "Haerin memanggil. Jimin terus memeluk Haerin. Betapa dia sangat rindu dengan wanita itu.
"Ini anak kita? "Soal Jimin. Dia mengambil Jinhae dari Haerin.
"Handsome kan? Macam abang. "Kata Haerin.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...