dua puluh lapan : Honeymoon planer

3.9K 389 80
                                    

Seminggu di hospital, Jimin sudah dibenarkan balik. Penat juga Haerin ulang-alik dari rumah ke universiti selepas itu pergi hospital pula.

"Sayang bangunlah. Dah pagi. "

Tidur Haerin diganggu dengan suara Jimin. Dia letih kerana semalam Jimin pulang dari hospital pada jam 11 malam.

"Sekejaplah. "Balas Haerin.

Jimin menunduk memandang Haerin. Dia tersenyum sebelum menarik Haerin ke dalam pelukannya.

Haerin pula sudah terbiasa dengan perbuatan Jimin. Haerin terus melingkarkan tangannya pada pinggang Jimin.

Jimin hanya tahan sakit apabila tangan Haerin terkena pada lukanya.

"Penat sangat ke? "Soal Jimin. Rambut Haerin diusap.

"Sikit. Saya stress siapkan assigment. Tak cukup rehat. "Balas Haerin.

"Sorry mesti aku susahkan kau kan? Jaga aku. Kena ulang alik pula. "

"Mana ada. Tanggungjawab saya jaga awak. Lagipun hari ini saya tak ada kelas. Saya nak rehat puas-puas. "Kata Haerin.

Jimin terus mengucup dahi Haerin.

Dia betul-betul jatuh cinta dengan sikap Haerin. Haerin tak pernah merungut. Kalau mereka ada salah faham, Haerin selalu akan bertanya dan berbincang dulu. Tak terus marah-marah dia.

"Tak nak masak? "Soal Jimin.

Haerin terus bangun. Rambutnya dibetulkan.

"Nak pergi mana? "

"Awak nak makan kan? Saya nak pergi masaklah ni. "Haerin terus mengikat rambutnya.

Jimin tergelak. Dia sengaja tanya. Selalu awal pagi Haerin dah bangun mahu menyediakan sarapan. Hari ini pula nampak penat semacam.

Jimin terus menarik tangan Haerin semula sehingga isterinya terbaring di sebelah.

"Aku tanya je. "Kata Jimin. Dia kembali memeluk Haerin.

"Awak ni memang suka tidur tak pakai baju ke? "Soal Haerin. Jari telunjuknya mencucuk dada Jimin.

"Aah. Selesa. Eleh kau suka kan? "

"Sikitlah. "Haerin tergelak kecil.

"Jimin. "

"Hmm? "

"Awak sayang saya kan? "

"Mestilah. "

"Kalau macam tu, cuba awak romantik sikit. Tukarlah panggilan kita. "Pinta Haerin. Jarinya bermain di dada Jimin.

Haerin mendongak memandang Jimin. Bila perasan muka Jimin lain terus dia larikan jarinya.

"Buat lagi macam tu. Abang makan sayang nanti. "Kata Jimin.

Mata Haerin mengecil memandang Jimin.

"Abang? Hmm sweet juga. "Haerin tersengih. Kena biasakan diri ni.

"Hujung minggu ni sayang cuti? Jumaat? "

"Hujung minggu ni cuti. Jumaat belah pagi ada kelas. Petang tak ada. Kenapa? "Soal Haerin.

"Abang nak ajak pergi honeymoon. "

--
Tbc.
Sorrylah aku tak reti type bab geli-geli ni. Itu yg cringe namatey.

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now