dua puluh empat : Someone is following me?

4.2K 371 43
                                    

Haerin dari tadi menunduk. Sedaya upaya dia cuba untuk tidak bertembung mata dengan Jimin. Renungan dari Jimin diabaikan.

Tangannya ligat memakaikan tali leher untuk Jimin. Tak tahu kenapa Jimin tiba-tiba gedik suruh dia pakaikan.

 Tak tahu kenapa Jimin tiba-tiba gedik suruh dia pakaikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jimin melihat Haerin dengan senyuman di bibir. Dia tahu Haerin masih malu dengannya. Mana taknya, bangun tidur Haerin tak mahu pandang dia. Pipi pun dari tadi merah je.

"Haerin cuba pandang aku. "Arah Jimin.

"Saya sibuklah. "Kata Haerin. Matanya tenung sahaja tali leher macam nak tembus.

"Kau malu lagi ke? Tenang okay. Aku suami kau. Buat apa nak malu. "Ujar Jimin.

Haerin gigit bibir. Teringat kejadian semalam, segera Haerin menyiapkan kerjanya.

"Jangan gigit bibir macam tu. Seksi tahu tak? "Jimin menyentuh bibir Haerin.

Haerin menepis.

"Awak ni miang sangat kenapa? "

"Mana ada miang. Aku tengah beromantik dengan kau. "Jimin memeluk pinggang Haerin. Dahi Haerin dikucup. Jimin terus menarik Haerin ke dalam pelukannya.

Haerin terdiam.

"Aku sayang kau tau. Kau sayang aku tak? "Soal Jimin.

Haerin berkerut. Kenapa Jimin ni?

"Ya saya sayang awak juga. "Balas Haerin.

"I love you. "Jimin mengucup sekilas bibir Haerin.

"I love you too. Dah pergi kerja. Makin melarat pula nanti. "Haerin segera menghalang apabila Jimin mahu melabuhkan bibirnya lagi.

Jimin tergelak kecil. Dia mengambil blazer berwarna hijau tua yang melambangkan warna tentera.

"Malam ni masak sedap-sedap tau. Aku nak makan masakan kau. "Pesan Jimin.

Haerin mengangguk. Dia menghantar Jimin ke muka pintu. Jimin segera masuk ke dalam kereta.

Sempat dia melambai pada Haerin sebelum keretanya meninggalkan perkarangan rumah.

--

Kelas Somin dan Haerin habis pada jam enam petang. Haerin tergesa-gesa keluar diikuti Somin.

"Kau tak nak lepak ke? "Soal Somin.

"Tak bolehlah. Aku nak kena masak untuk suami aku ni. Aku nak singgah kedai lagi. "Kata Haerin. Dia mengeluarkan kunci kereta.

"Aduh aku lupa kawan aku ni dah kahwin. Okay, kalau ada apa-apa kau call aku. "Kata Somin.

Haerin mengangguk. Dia terus masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan sebelum dia memandu keluar dari kawasan universiti.

Haerin memberi signal ke kiri. Sebelum itu dia memandang cermin atas dan cermin sisi, dia masuk ke kiri apabila ada sebuah kereta hitam memberi ruang.

Haerin berhenti dihadapan sebuah kedai kek. Teringin pula dia mahu makan kek. Enjin dimatikan sebelum dia masuk untuk membeli kek.

Selesai beli, Haerin menuju ke keretanya tapi dia terperasan sesuatu.
Sebuah kereta hitam yang berhenti berdekatan keretanya. Itu kereta tadi.

Haerin menyedapkan hati. Mungkin kebetulan pemandu itu juga mahu singgah kedai berdekatan.

Haerin kembali memandu. Namun, tumpuannya terganggu apabila kereta hitam tadi memandu dibelakangnya.

Inginkan kepastian, Haerin berhenti dibanyak tempat. Sepanjang dia berhenti mesti kereta hitam itu turut berada tidak jauh dari tempat parkirnya. Nombor plat kereta semua sama.

Haerin rasa tidak sedap hati. Dia masuk ke kanan, kereta itu ikut. Dia membuat pusingan U kereta itu ikut juga.

Haerin jadi takut. Andai dia pulang ke rumah terus, pasti pemandu itu tahu rumahnya di mana. Keadaan akan lebih bahaya. Haerin mencapai telefonnya dengan sebelah tangan. Nombor telefon Jimin dihubungi.

Dia gementar apabila Jimin tidak menjawab panggilannya. Berkali-kali dia telefon, akhirnya dia putus asa.

Haerin membelok ke kanan. Keretanya dipandu laju menuju ke balai polis. Itu sahaja cara yang selamat. Haerin memandu masuk ke dalam. Dia berhenti disitu.

Matanya melihat cermin sisi. Kereta itu masih ada. Cuma dia berhenti diluar kawasan balai. Lama menunggu, akhirnya kereta itu beredar.

Haerin melepaskan nafas lega. Mengigil dia kerana ketakutan.

Haerin cuba menghubungi Jimin, namun gagal.

"Mana awak Jimin? Angkatlah. "

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now