dua puluh dua : Unknown number

3.8K 373 73
                                    

Padang yang tadi penuh dengan asap dari bom tangan dan bunyi tembakan kini, kembali tenang apabila latihan pertempuran sudah tamat.

Semua kadet berdiri tegak dihadapan Jimin. Jimin memandang wajah-wajah kadet yang berlumur dengan celoreng hitam.

"Tahniah. Kerjasama antara kumpulan yang sangat bagus. Kita bersurai di sini. Pergi makan dan kembali ke berek. Bersedia untuk panggilan malam. Faham? "Soal Jimin.

"Faham kapten! "Semua kadet menjawab.

Mereka mula bersurai. Sorang demi seorang keluar dari barisan. Jimin dan Hoseok menyusul dari belakang. Mereka kembali ke pejabat.

Jimin duduk di kerusi pejabatnya. Topi hitam dicabut dari kepala lalu di letakkan di atas meja.

Hoseok memandang Jimin.

"Ada berita gembira ke? Mood kau baik hari ni. Selalu mesti budak-budak tu kena marah dengan kau. Diaorang pun hairan bila kau puji tadi. "Kata Hoseok.

Jimin tergelak. Bukan Hoseok seorang  sahaja cakap, ada juga dia dengar dari kadet lain. Jimin ketua platun yang garang.

Heh, garang-garang dia pun, sekali kadet perempuan nampak terus tahan diri dari senyum. Berlagak.

"Aku dah luahkan perasaan aku dekat Haerin. "Kata Jimin.

"Kau serius? "Soal Hoseok. Jimin mengangguk.

"Aku suka dia. Kau sendiri faham dengan kerja kita. Kalau ada misi, kadang-kadang tak balik. Susah aku nak dapat cuti. Dia faham keadaan aku dan dia tak pernah merungut tentang aku. "Kata Jimin.

Hoseok mengangguk. Dia setuju dengan Jimin. Sepanjang dia berkenalan dengan perempuan, ramai yang tak tahan dengan kerjayanya kerana dia tak dapat luangkan masa dengan mereka.

"Tapi aku risau juga, dia duduk dekat rumah seorang diri bila aku tak balik. Sekarang macam-macam kes boleh berlaku. "Sambung Jimin.

"Doalah isteri kau tak apa-apa. Teruskan cinta dia. Aku sokong hubungan kauorang. Lagipun aku rimas tau Eunseo tak habis-habis tanya aku. "Hoseok membuka cerita.

"Dia tanya kau apa? "

"Tentang hubungan kau dengan Haerin. Dia kan tahu, kau kahwin atas pilihan keluarga. Banyak kali dia tanya aku, kau selesa ke dengan Haerin. Dia takut kau terseksa kahwin dengan Haerin sebab kau tak cinta dia. Heol. Menyibuk betul rumah tangga orang. "Kata Hoseok.

Jimin mencebik. Patutlah Haerin tak suka dengan Eunseo.

"Apa aku nak buat eh supaya dia tak menyibuk? "Soal Jimin.

"Apa susah? Kau buatlah Haerin mengandung. Itulah bukti kau cintakan dia. "Hoseok memberi idea.

Jimin tersenyum senget.

"Kalau aku minta, mesti dia segan. "

"Tak payah minta. Jangan tunggu dia, kau mulakan dulu. Goda dia. "

--

Jari Haerin lincah menekan papan kekunci, menaip segala idea yang muncul difikiran.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Haerin mengeluh. Telefonnya di capai.

"Hello? "

Tiada sahutan. Haerin mengerutkan dahi. Dia melihat skrin telefon. Nombor tak dikenali.

"Hello siapa ni? "Soal Haerin lagi.

Masih tiada jawapan. Haerin mendecit. Baru sahaja dia mahu matikan, pemanggil itu menjawab.

"Aku rindu kau. "Kata dia.

Haerin tersentak. Siapa ini? Tiba-tiba telefon cakap macam tu. Mustahil Jimin, dia kenal suara lelaki itu walaupun nombor lain.

"Siapa ni? Jangan main-main. "Kata Haerin.

"Aku suka kau. Aku cinta kau. "Kata dia lagi.

Bulu roma Haerin meremang.

"Tapi kenapa kau kahwin dengan lelaki tu? Kau tahu tak aku dah lama nak kan kau. Kau sepatutnya jadi hak milik aku! Bukan orang lain! Aku tunggu kau dah lama! Tapi kau kahwin dengan orang lain! Kau buat hati aku merana. Kau buat hidup aku tunggang langgang kerana cintakan kau! Aku sayang kau Haerin. Aku cinta kau. Aku rindu kau. Aku nak kau. Hanya kau! "Lelaki itu tiba-tiba menjerkah.

Haerin tersentak. Dia terus mematikan panggilan. Jantungnya berdegup kencang dengan luahan lelaki itu.

Dia rasa sangat takut.

Haerin pantas memblock nombor itu. Tangannya jadi mengigil kerana terlalu terkejut.

--
Tbc.

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now