Haerin berdiri dihadapan sinki. Dia melihat pregnancy test yang berada di tangannya. Jelas dua garis merah terbentuk disitu.
"Argh! "Haerin menjerit kegembiraan. Dia terus keluar dari bilik air. Telefonnya diambil. Dia mahu Jimin pulang awal.
Tapi belum sempat dia mahu menekan nombor Jimin, tiba-tiba Jimin sudah menghubunginya.
Haerin tersenyum. Dia terus menekan ikon hijau.
"Abang! Saya.. "
"Sayang tolong abang. "Jimin memotong percakapan Haerin.
"Abang dekat mana ni? Abang okey? "
"Abang dekat hospital. Tolong ambil abang. "Kata Jimin.
Haerin tersentak. Kenapa Jimin di hospital?
--
Haerin keluar dari kereta. Dia terus berlari ke bahagian kecemasan. Dia mencari katil yang menempatkan Jimin.
"Abang! "Haerin mendapatkan Jimin.
Bersama Jimin ada dua orang anggota polis.Haerin menunduk hormat pada mereka berdua.
"Okaylah encik Jimin, kami pulang dulu. Apa-apa info, kami akan maklumkan kemudian. "Kata salah seorang dari mereka.
"Baik. Terima kasih encik. "Jimin dan dua orang polis itu bersalaman sebelum mereka beredar.
"Abang, kenapa ni? Apa jadi? Abang cedera masa kerja? Siapa buat abang? "Soal Haerin. Keadaan Jimin, dahinya dibalut dengan kain kasa. Kaki kiri Jimin disimen.
Haerin terus memeluk Jimin erat. Rambut suaminya diusap. Rasa mahu menangis lihat keadaan Jimin. Hari itu kena tembak, sekarang kaki patah.
"Abang cerita nanti? Tak sesuai kalau abang bagitahu sekarang. "Kata Jimin. Belakang badan Haerin diusap. Menenangkan wanita itu. Macam dia pula yang cedera.
Haerin melepaskan pelukannya.
"Doktor kasi abang balik hari ini. Sayang tolong ambilkan tongkat tu. "Kata Jimin. Haerin terus mengambil tongkat yang tersandar di tepi katil.
"Boleh jalan tak? Kalau susah saya ambilkan kerusi roda. "Haerin memegang lengan Jimin.
"Abang okay. Janganlah risau sayang. Abang pernah patah kaki sebelum ni. Abang pernah luka lagi teruk dari sekarang. "Kata Jimin. Niat dihati mahu pujuk Haerin tapi lain jadinya apabila tiba-tiba Haerin menangis.
Ah sudah.
"Hey kenapa ni? "
"Abang ni! Abang cakap senanglah. Saya ni kesian tengok abang. Asyik cedera ja. Cuba fikir keselamatan abang. "Haerin mencebik. Tak pasal-pasal kena marah.
"Sorry abang janji lepas ni abang jaga diri abang. Dah jangan menangis. Kesianlah abang, semua orang tengok. Nanti diaorang fikir abang dera sayang pula. "Kata Jimin.
Haerin menoleh melihat sekeliling. Betul kata Jimin. Ramai memandang mereka berdua. Haerin termalu sendiri.
Haerin dan Jimin beredar setelah menjelaskan bayaran untuk rawatan Jimin. Haerin memandu pulang ke rumah.
"Sekarang bagitahu saya, apa jadi dengan abang. "
"Abang kena langgar dengan kereta. "Kata Jimin.
"What?! "
"Abang singgah kedai lepas balik kerja. Masa nak lintas jalan, tiba-tiba ada kereta laju nak langgar abang. Abang sempat elak tapi masih terkena. Dahi abang luka kena jalan tar. Kaki abang kena langgar dengan tayar kereta tu. "Cerita Jimin. Haerin terasa ngeri mendengarnya. Tak boleh bayang macam mana kaki Jimin kena langgar dengan kereta itu.
"Pihak polis syak, ini kes dendam. Jenayah yang dilakukan, dibuat dengan sengaja. "Kata Jimin.
"Tapi siapa yang dendam dengan abang? "
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fiksi Penggemar| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...