Sebuah range rover berhenti dihadapan sebuah kilang. San keluar dari kereta itu dengan diikuti beberapa orang pengawal.
"Tuan! "Beberapa orang pekerja menunduk padanya.
San hanya mengangkat tangan. Seorang lelaki menghampirinya.
"Tuan, Hongjoong tunggu tuan dekat makmal. "Kata lelaki itu. San mengangguk.
Dia melalui bahagian dimana pekerja-pekerja sedang membungkus dadah di dalam paket makanan. Dia berjalan terus hingga ke bahagian dalam kilang di mana sebuah makmal dikhaskan untuk menghasilkan pelbagai jenis dadah.
Apabila San ternampak Hongjoong dia terus menghampiri lelaki itu. Tanpa amaran muka Hongjoong ditumbuk kuat.
"Bodoh! Macam mana kau uruskan budak-budak kau? "Marah San.
Semua yang berada di dalam makmal itu hanya memandang. Sudah lali dengan perangai bos mereka.
"Bagitahu aku apa jadi? "San memandang Hongjoong tajam.
"Polis dah tahu kilang roti dekat Daegu tu jadi tempat operasi kita buat dadah. Semua budak-budak dekat sana kena tangkap dan dadah dirampas. "Kata Hongjoong. Dia menunduk. Tahu kenyataannya itu akan buat San marah.
"Shit! Kau tahu tak berapa banyak kita rugi?! "San menunjal kepala Hongjoong.
"Maaf tuan. "Ucap Hongjoong.
"Maaf, maaf kau ingat maaf kau boleh kembalikan duit aku? Ini last warning. Sekali lagi polis tahu, siap kau. "Kata San. Hongjoong mengangguk.
Amaran San tidak boleh dibawa main. Bila dia serius, apa yang dia cakap dia akan buat.
San mengeluarkan sekeping gambar dari poketnya lalu diberi pada Hongjoong.
"Siapa ni tuan? "Soal Hongjoong.
"Somin. Aku nak kau culik dia. Jadikan dia bahan uji kaji kita. "Kata San.
"Baik tuan. Oh tentang Haerin, kami ada berita baru tentang dia. "Ujar Hongjoong.
"Apa? "
"Dia mengandung. "Kata Hongjoong.
"Shit! "
--
Tbc.
Nah double update
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...