tiga puluh satu : Honeymoon II

3.6K 394 43
                                    

Jimin menunggu Haerin di pintu tandas. Tak lama, dia menghampiri isterinya. Belakang badan Haerin di usap perlahan.

"Kita pergi klinik lah. Dah tiga kali sayang muntah ni. "Kata Jimin.

Haerin berkumur.

"Dah malamlah abang. Esok okay lah ni. Saya salah makan kot. "Kata Haerin.

Jimin dan Haerin kembali ke bilik mereka. Mujur ada Jimin, kalau tak dia tak berani nak keluar rumah tengah malam.

Jimin membentangkan comforter diatas lantai. Bantal yang tersimpan elok didalam almari diambil. Haerin merebahkan badannya diikuti Jimin.

"Selesa tak? Rumah nenek tak ada katil. Nak abang tambah comforter lagi? "Soal Jimin.

"Tak nak. "Haerin mengeleng. Dia terus memeluk pinggang Jimin. Mukanya disembam pada dada lelaki itu.

Tindakan Haerin buatkan Jimin hairan. Jarang Haerin nak peluk dia dulu. Selalu dia yang akan mulakan.

"Kalau loya lagi cakap dengan abang tau? "

"Hmm. "Haerin mengangguk. Dia memeluk Jimin lebih erat. Jimin hanya tersenyum kecil, dahi Haerin dikucup sekilas sebelum dia membalas pelukan isterinya.

--

Pagi itu, Haerin menolong nenek Park memasak di dapur. Lega dia apabila nenek Park tak memarahi dia kerana tidak pandai memasak. Malah wanita tua itu mengajar Haerin apa yang patut.

"Bila kita masak, kita kena masak dengan penuh kasih sayang. Barulah masakan jadi sedap. "Kata nenek Park.

Haerin mengangguk setuju.

"Nenek ajarlah Haerin masak makanan yang abang Jimin suka makan. "Pinta Haerin.

"Jimin tu semua makanan dia suka makan. Ha tak apa, nanti petang nenek ajar kamu masak. "Kata nenek Park.

Haerin tersenyum.

"Buat apa tu? "Jimin muncul didapur.

Haerin dan nenek Park memandang Jimin. Seperti biasa Haerin sentiasa terpegun dengan Jimin.

Tengoklah dengan hanya pakai t-shirt dan seluar track hitam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengoklah dengan hanya pakai t-shirt dan seluar track hitam. Tak cukup dengan itu, Jimin siap ikat rambut dia.

Jimin baru sahaja balik jogging. Rutin harian dia. Tak kisah dekat mana.

Haerin tersengih. Tak pernahlah dia tak jatuh hati dengan Jimin. Lelaki itu selalu buat dia jatuh cinta.

"Nenek dengan Haerin tengah WWE ni. Kamu tak nak join ke? Jadi pengadil. "Kata nenek Park selamba.

Jimin hanya tergelak dengan jawapan neneknya. Dah nampak, tanya lagi. Nenek Park hanya mengeleng kepala, dia keluar dari dapur untuk menghidangkan lauk.

Melihat nenek Park sudah tiada, Jimin terus menghampiri Haerin.

"Kenapa sayang tengok abang macam tu? "Soal Jimin.

"Handsome. "Puji Haerin. Dia terus alihkan pandangan. Malu pula Jimin tenung dia.

Jimin tergelak. Tiba-tiba dia rasa mahu mengusik Haerin. Walaupun perkahwinan mereka sudah menginjak setahun, Haerin masih malu-malu dengannya.

"Abang rindulah dengan sayang. "Bisik Jimin.

"Saya pun rindu dekat abang. "Balas Haerin. Sengaja jari telunjuknya bermain di dada Jimin.

Jimin menelan air liur. Nak goda dia ke apa ni?

Jimin terus menarik pinggang Haerin. Bibir Haerin dikucup. Haerin terkejut, dia terus menolak Jimin.

"Abang! Nenek nampak nanti macam mana. "Haerin memukul lengan Jimin.

"Padan muka. Siapa suruh goda abang. Jangan mulakan, takut abang dukung sayang bawa masuk bilik. "Kata Jimin dengan senyuman sinis.

"Ha! Dekat rumah nenek pun nak berasmara. Gatal betul lah kamu ni Jimin. "

Haerin dan Jimin menoleh. Sah, mesti nenek nampak.

--
Tbc.
Sorry guys lama tak update tiba ii kemalasan menguasai diri.

[ COMPLETE ] Captain ; Park JiminWhere stories live. Discover now