Haerin mengantung kad pelajar pada lehernya. Bag tangan dan bag sandang diambil. Ikutkan dia mahu cuti sempena perkahwinannya tapi tengoklah sekarang. Jimin tak balik-balik.
Haerin menyarung kasut pada kakinya sebelum dia keluar. Memandangkan dia duduk di rumah Jimin, dia terpaksa meminta tolong Somin menjemputnya kerana keretanya masih berada di rumah ibu bapanya.
"Hai girlfriend. Cepatnya kau cuti. "
Sapa Somin sebaik sahaja Haerin masuk ke dalam kereta."Kalau aku cuti lama sangat, nanti aku banyak tertinggal apa yang lecture ajar. "Kata Haerin.
Hanya alasan itu yang mampu dia beri. Tak akan dia nak beritahu yang Jimin hilang. Hal rumah tangga tak elok cerita dekat orang lain.
"Jimin mana? Dia tak hantar kau? "Soal Somin. Dia mula memandu ke universiti.
"Tak. Dia kerja. "Balas Haerin.
Jujurlah dia rasa geram dengan Jimin. Sudahlah dia baru sahaja mengenali lelaki itu. Bila dia mesej tak nak balas. Kalau ya pun bagitahu dia pergi mana. Ini tidak, biar dia dengan tanda tanya.
Somin seperti dapat hidu sesuatu, dia segera menukar topik perbualan mereka.
"Somin kau kenal tak junior kita nama dia Choi San? "Soal Haerin. Tiba-tiba dia teringat lelaki itu.
"Tak. Kenapa? "
"Hari tu, dia datang wedding aku. Aku rasa aku tak ada jemput mana-mana junior kita. Then dia boleh mengaku depan Jimin yang dia suka aku. "Haerin menceritakan semuanya.
"Seriuslah? Macam mana dia boleh tahu location wedding kau? Berani mati betul. "Kata Somin.
Haerin menjungkit bahu.
Somin menghentikan keretanya di tempat parkir. Mereka berdua keluar dari kereta dan berjalan ke bangunan muzik.
"Haerin ah! "Haerin dan Somin menoleh.
Baru sahaja disebut, Choi San berlari mendapatkan mereka berdua.
"Anyeonghaseyo. "San menunduk hormat pada mereka berdua. Haerin dan Somin membalas.
"Siapa ni? "San memandang Somin.
"Park Somin. Kawan baik dia. "Kata Somin.
"Oh. Hai kak, nama saya Choi San. Nice to meet you. "San tersenyum manis.
"Hai. "Somin membalas.
"Eo Haerin awak ke mana semalam? Saya cari awak, tak ada. "Soal San.
"Dia kan dah kahwin. Cutilah sehari. Haih awak datang wedding dia tak akan tak boleh fikir. "Somin selamba membalas bagi pihak Haerin.
San memandang Somin lama dengan pandangan yang susah untuk ditafsirkan. Seram sejuk jadinya Somin.
"Err kitaorang dah lambat ni. Jumpa lain kali okay? "Haerin cepat-cepat menarik tangan Somin.
San melambaikan tangannya pada Haerin. Mereka berdua cepat-cepat pergi.
"Kalau itu Choi San yang kau maksudkan, aku kenal dia. "Kata Somin setelah mereka sudah menjauh.
Bukannya mereka lambat pun, saja bagi alasan supaya dapat elak dari San.
"Kau kata kau tak kenal. Mana satu kau ni? "Soal Haerin. Mereka masuk kedalam dewan kuliah. Ada lagi sepuluh minit sebelum kelas bermula.
"Aku kenal budak tu. Cuma aku tak tahu nama dia Choi San. Dia tu rapatlah dengan senior-senior lain. Aku selalu nampak dia lepak dengan diaorang. "Kata Somin.
"Kau tak pelik ke? Dengan kau dia guna panggilan hormat so senior lain pun mesti dia panggil macam tu tapi aku? Selamba ja cakap macam aku ni member dia. "Ujar Haerin.
Dia ada perasaan yang tak baik dengan Choi San.
"Entahlah. Tapi kau nampak tak muka dia macam mana bila aku perli tadi? Creepy. "Kata Somin.
Haerin terdiam. Betul kata Jimin, San ada muslihat lain.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...