Haerin menghampiri Jimin yang berada di ruang tamu. Suaminya tekun menghadap laptop. Walaupun Jimin ambil cuti, dia masih buat kerja di rumah.
"Abang. "Haerin duduk disebelah.
"Hmm? "
"Pandanglah saya. "Kata Haerin apabila Jimin sibuk melihat skrin laptop.
"Cakap je. Abang dengar. "Ujar Jimin. Tangannya menaip sesuatu.
Haerin memuncung. Dia terus memegang pipi Jimin supaya memandangnya. Jimin mengalah. Dia terus berpusing, duduk menghadap isterinya.
"Kenapa sayang? "Soal Jimin.
Haerin tersengih. Dia terus menunjukkan pregnancy test pada Jimin. Jimin mengambil benda itu dari tangan Haerin. Dia melihat dua garis merah itu.
"Saya mengandung. "Kata Haerin.
Jimin menunduk. Lama. Buatkan Haerin hairan. Jimin tak suka ke?
"Abang? "
Jimin terus mengangkat kepala memandang Haerin. Terkejut Haerin apabila melihat Jimin menangis.
"Terima kasih sayang. "Jimin terus memeluk Haerin. Hanya tuhan sahaja tahu perasaan dia ketika itu. Terlalu gembira saat melihat pregnancy test itu.
Jimin melepaskan pelukannya.
"Esok kita pergi klinik. Cek kandungan sayang. "Kata Jimin.
Haerin mengangguk.
"Oh my god. Macam mana abang nak buat kerja kalau macam ni. "Kata Jimin. Tak jadi dia mahu menaip. Terasa mahu memandang isterinya tiap masa.
"Mengada. "Haerin menolak bahu Jimin. Jimin hanya tergelak.
--
"Macam mana doktor? "Soal Jimin saat doktor selesai memeriksa Haerin.
"Tahniah. Isteri encik mengandung empat minggu. "Ucap doktor itu.
Jimin tersenyum.
"Kandungan dia okay. Sihat. Jaga pemakanan dia. Awal kandungan ini, banyakkan minum susu supaya kalsium dapat menguatkan tumbesaran bayi dalam perut. "Kata doktor itu.
Jimin dan Haerin terangguk mendengar nasihat dari doktor itu. Selepas selesai sesi pemeriksaan, mereka keluar dari klinik.
"Jom kita beli barang baby. "Ajak Jimin.
Haerin hanya mengeleng kepala. Amboi tak menyabar. Jantina bayi pun tak tahu lagi. Tak padan dengan kaki sakit.
--
Tbc.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] Captain ; Park Jimin
Fanfiction| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki itu terlalu misteri. Mesej tidak pernah. Call lagilah mustahil. Cover paling cantik dari @deoqyu_ ❤...